..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Selasa, 28 Julai 2009

Israel Buka Kelab Malam Berhampiran Al-Aqsa


Israel memang kurang ajar. Rejim Zionis itu memberi izin operasi sebuah kelab malam berhampiran Masjid Al-Aqsa, Masjid suci ketiga bagi seluruh umat Islam di dunia. Untuk acara pembukaan, pengelola kelab malam menghadiahkan kemasukan percuma.

Berdirinya kelab malam Israel berhampiran Masjid Al-Aqsa menuai reaksi keras dari Menteri Wakaf Palestin di Gaza, Dr. Taleb Abu Sha'ar (gambar)dalam pernyataannya bukan hanya mengutuk rejim penjajah Israel yang telah mengabulkan berdirinya kelab malam tersebut, tapi juga mengecam undangan yang disebarkan kerana bergambar para penari kelab malam dengan latar belakang Kubah Batu yang menjadi ciri khas Masjid Al-Aqsa.


Abu Sha'ar mengingatkan, apa yang dilakukan Zionis Israel makin membahayakan keberadaan tempat suci umat Islam itu. Kerana selain memberi keizinan operasi kelab malam, Israel juga memberi izin pembangunan sinagog-sinagog Yahudi di sekeliling Masjid Al-Aqsa. Rejim penjajah itu bahkan mengumumkan akan membangun sebuah desa wisata Yahudi di bawah sinagog-sinagog tersebut.

Abu Sha'ar menyerukan negara-negara Arab dan Islam agar lebih agresif mengambil tindakan untuk menyelamatkan kota Jerusalem dan kompleks Masjid Al-Aqsa dari kehancuran yang dilakukan Israel, termasuk mencegah makin meluasnya pembangunan pemukiman Yahudi di wilayah Palestin.

Israel bercita-cita merebut Jerusalem yang menjadi hak rakyat Palestin, dengan cara melenyapkan bukti-bukti sejarah kota itu, mengerahkan kominti Yahudi untuk menetap di Jerusalem dan merosak berbagai-bagai tempat suci di Jerusalem.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah