
10/20/2009 11:05:00 PG

azieda11

10/08/2009 04:30:00 PTG

azieda11
<
Kembara Mutiara singgah di rumah Cikgu Nizam..... rumah kembara yang ke
<
Dah penat makan, jom kita gie umah zaki lak...... meneruskan perjalanan ke renggam... dari kluang... jauh jugak weh....! aku lagi jauh dari endau... dating kluang semata-mata nak raya ngan member tersayang.... sesungguhnya ukhuwwah yang terbina di Mutiara.... sangat manis untuk dikenangan terima kasih mutiara....
<
<
Rehat kejap...... sebelum pergi rumah cikgu zaki kami rehat,kejap.... bagi perut kosong sikit untuk diisi ngan daging arnab muda yang dimasak secara...entah saya pun x tahu.... asal sedap dan halal kira oklah tu....rehat kejap....santai sambil solat asar di masjid kampong tengah renggam...
<
Ini adalah antara kereta yang menyertai kembara mutiara di Aidilfitri 2009..... lebih kurang 11 buah kereta dah macam orang belarak nak kawin.... inilah ukhuwwah yang sukar dicari di luar sana.... hanya istimewa di mutiara....Guru Besar saing... x ikut ker....
To be continue dengan ceriter lak... ari x sempat sebab... nak balik bukak puasa lak.... k jumpa lagi...salam lembaran di Aidilfitri.... esok ada jamuan raya lak kae SKTL.... jangan lupa pakai baju raya eeeekakakkaka....

8/16/2009 04:22:00 PTG

azieda11
SKTL,endau: Majlis Solat hajat perdana II telah diadakan pada 14 Ogos 2009, diSurau An Najjah SKTL, ambo macam biasalah sebagai pak imam bergandingan mentop bersama ustaz Aziz, majlis tersebut berlansung bermula pada pukul tujuh malam, bermula dengan ketibaan ibu/bapa dan murid sampailah majlis tamat pada pukul 9.30 malam, dikhatamkan dengan acara paling ditunggu2 iaitu makanlah aper lagi.....

Ari nie, betapalah kurang bernasib baik ambo, semasa nak datang ke sekolah dalam pukul 6.00 petang, ambo dah siap berbaju melayu siap starika lagi, konon-kononnya nak datang awal daripada yang lain, ambo turun dari umah naik motor, tengok langit kat tanjong Gemok clear jah, x dak nampak nak ujan, jap lagi tengah syok bawak moto, tengok atas jambatan mendung jah... x pe lagi... ambo gagahi jua bawak moto, ujan x kuat kot, bisik hati ambo.... sesampai jah ambo atas jambatan endau, ujan terus lebat bagaikan air paip atas kepala ambo, kejap jah habis semua kain baju ambo basah, x kan ambo nak sembahyang ajat pakai kain basah... jadi nyoh!, ambo pusing balik umah salin pakaian lain dan bertolak semula ke sekolah, ingatkan ujan dah kurang.... masih sama lagi, ambo masih lagi kebasahan... selamatlah sampai je kat sekolah, dalam kereta ambo, yang ambo tinggalkan kat sekolah ade, lehlah tukar pakaian ... dan meneruska agenda amanah tugasan ambo pada malam ni.... beres!... syukur kepada Allah yang memberi setiap ujian untuk menguji hambanya....
kehadiran ibubapa pada malam, kira boleh tahanlah.... ramai jugak, teriima kasih kepada semua yang hadir, kita sama-sama mendoakan semoga murid SKTl pada tahun ini, dapat kecemerlang dalam peperiksaan nanti, dan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat... ambo beres sokmo....
sorri gambar x dan nak ambik sebab ambo jadi tok imam....

7/01/2009 03:04:00 PTG

azieda11
PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL DAKWAH
anjuran Unit Operasi Dakwah,
Sektor Pendidikan Islam,
JPNJ
PENDAHULUAN
Jabatan Pelajaran Negeri Johor dalam usaha mengumpul idea-idea dan kreativiti-kreativiti serta inovasi-inovasi yang dapat menyokong usaha-usaha ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam kalangan murid-murid. Untuk tujuan itu, aktiviti-aktiviti berbentuk penulisan, kajian-kajian tindakan serta sebarang kajian ilmiah yang boleh memberi impak kepada pendidikan di negeri Johor amat digalakkan. Sebagai menyokong usaha-usaha murni ini, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, ingin mempelawa semua warga guru Pendidikan Islam di negeri ini menyertai pertandingan "Penulisan Artikal Dakwah".
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
1) Terbuka kepada semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor.
2) Artikel hendaklah ditulis (penulisan sendiri) tetapi sebarang bentuk rujukan yang boleh menyokong idea adalah dibenarkan.
3) Artikal hendaklah ditulis berdasarkan salah satu daripada tajuk berikut :
a) Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan akidah remaja Islam di sekolah.
b) Pengaruh gejala negatif sering kali dikaitkan sebagai punca kemerosotan sahsiah pelajar muslim. Bincangkan langkah-langkah menanganinya menurut pandangan Islam.
c) Ibadat berkualiti sumber pembentukan sahsiah unggul murid. Bincangkan.
d) Solat dapat membangunkan modal insan berkualiti. Cadangkan bagaimana pelaksanaan solat berjemaah dapat diurus dengan berkesan di Sekolah Menengah.
e) Guru merupakan golongan yang paling berpengaruh dalam membangunkan sahsiah unggul murid. Bincangkan bagaimana Guru Pendidikan Islam boleh menjadi penggerak pembentukan peribadi murid di sekolah.
f) Etika berpakaian menurut Islam, kesannya dalam pembentukan sahsiah pelajar.
g) Baginda Rasulullah S.A.W contoh sahsiah unggul. Tuliskan beberapa kisah yang menyokong penyataan ini dan bagaimanakah ianya boleh diteladani oleh pelajar-pelajar muslim.
4) Setiap artikal hendaklah disokong dengan hujah-hujah sama ada dari nas-nas al-Quran, hadith, pendapat-pendapat ulamak ataupun bukti-bukti dari sirah ketamadunan Islam. Ayat-ayat al-Quran yang dijadikan hujah hendaklah dinyatakan nama surah dan nombor ayat manakala hadith-hadith yang dijadikan sandaran hendaklah dinyatakan periwayatnya.
5) Artikel hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensetif mana-mana kaum dan agama lain serta tidak menyentuh isu-isu politik negara.
6) Format penulisan adalah seperti berikut :
6.1) Menggunakan font Arial 12
6.2) Double spacing
6.3) Tidak kurang dari 15 muka surat dan tidak melebihi 25 muka surat, tidak termasuk senarai rujukan.
6.4) Menggunakan kertas A4 saiz
6.5) Ditulis di dalam Bahasa Melayu
7) Penilaian Artikal :
7.1) Jawatankuasa Penilaian Artikel adalah dari mereka yang dilantik oleh JPN Johor.
7.2) Penilaian Artikel akan diasaskan kepada perkara-perkara berikut :
7.2.1) Isi artikel
7.2.2) Pengolahan isi yang menarik berserta hujah dan contoh
7.2.3) Data-data sokongan
7.2.4) Bahasa
8) Hadiah Pemenang (Wang Tunai)
8.1) Pemenang Pertama : RM500.00 (Lima ratus ringgit sahaja beserta sijil)
8.2) Pemenang Kedua : RM300.00 (Tiga ratus ringgit sahaja beserta sijil)
8.3) Pemenang Ketuga : RM200.00 (Dua ratus ringgit sahaja beserta sijil)
9) Tarikh tutup penyertaan ke JPN Johor adalah pada 15 September 2009
10) Penyerahan artikel : Artikel-artikel hendaklah diserahkan dalam bentuk 'hard' dan 'soft copy' ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (U.P : Ketua Unit Pendidikan Islam) dan Ketua Unti Pendidikan Islam akan menyerahkan ke Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, sebelum atau pada 15 September 2009.
11) Keputusan pemenang akan dimaklumkan. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan adalah MUKTAMAD.
12) Artikel-artikel yang telah dihantar adalah menjadi hak milik pihak penganjur.