..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Agama. Papar semua catatan

Khamis, 26 November 2009

Tata cara merayakan hari raya korban


Salam teman-teman,

'iedul Adha: ุนูŠุฏ ุงู„ุฃุถุญู‰) adalah sebuah hari raya Islam. Pada hari ini diperingati peristiwa korban, iaitu ketika nabi Ibrahim, yang bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail untuk Allah, kemudian digantikan oleh-Nya dengan kibash

Pada hari raya ini, umat
Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan solat 'ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan iedul Fitri. Setelah solat, dilakukan penyembelihan hewan korban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti putranya.

Hari Raya iedul Adha jatuh pada tanggal 10 bulan
Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah perayaan iedul Fitri. Hari ini juga beserta hari-hari Tasyrik(11, 12 dan 13 zulhijjah) diharamkan puasa bagi umat Islam.

Puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah yg telah mempertemukan kita kepada hari yg agung ini dan memanjangkan umur kita sehingga dapat menyaksikan hari dan bulan berlalu dan mempersembahkan kepada kita perbuatan dan ucapan yg dapat mendekatkan kita kepada Allah.

Hari Raya qurban termasuk kekhususan umat ini dan termasuk tanda-tanda agama yg tampak juga termasuk syi’ar-syi’ar Islam maka hendaknya kita menjaganya dan menghormatinya.

ุฐَู„ِูƒَ ูˆَู…َู†ْ ูŠُุนَุธِّู…ْ ุดَุนَุงุฆِุฑَ ุงู„ู„ู‡ِ ูَุฅِู†َّู‡َุง ู…ِู†ْ ุชَู‚ْูˆَู‰ ุงู„ْู‚ُู„ُูˆْุจِ

Demikianlah dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati .

Berikut ini akan dijelaskan secara ringkas adab-adab dan hukum-hukum tentang hari raya :

1. Takbir Disyari’atkan .Bertakbir sejak terbit fajar pada hari Arafah hingga waktu Ashar hari tasyrik terakhir yaitu pada tanggal tinggal belas ZulHijjah .

Allah ta’ala berfirman:Dan berzikirlah dalam beberapa hari yg terbilang

Caranya dgn membaca:ุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ، ุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ، ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„ู‡ُ ูˆَุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ،ุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ ูˆَู„ู„ู‡ِ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ“ Allah Maha Besar Allah Maha Besar. Tiada Tuhan selain Allah Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi-Nya segala pujian.

“Disunnahkan mengeraskan suaranya bagi orang laki di masjid-masjid pasar-pasar dan rumah- rumah setelah melaksanakan shalat sebagai pernyataan atas pengagungan kepada Allah beribadah kepada-Nya dan mensyukuri-Nya.

2. Menyembelih binatang korban. Hal tersebut dilakukan setelah selesai solat ied berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam

:ู…َู†ْ ุฐَุจَุญَ ู‚َุจْู„َ ุฃَู†ْ ูŠُุตَู„ِّูŠَ ูَู„ْูŠُุนِุฏْ ู…َูƒَุงู†َู‡َุง ุฃُุฎْุฑَู‰، ูˆَู…َู†ْ ู„َู…ْ ูŠَุฐْุจَุญْ ูَู„ْูŠَุฐْุจَุญْ (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ ูˆู…ุณู„ู…)

Siapa yg menyembelih sebelum shalat maka hendaklah dia menggantinya dgn hewan kurban yg lain dan siapa yg belum menyembelih maka hendaklah dia menyembelih.

Waktu menyembelih kurban adalah empat hari; hari raya dan tiga hari tasyrik sebagaimana terdapat dalam hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam.

3. Mandi dan mengenakan wewangian. Hal ini bagi orang laki dan memakai pakaian yg paling bagus tanpa berlebih-lebihan. Sedang-kan wanita disyari’atkan baginya keluar menuju tempat solat ied tanpa tabarruj(bersolek) tanpa memakai wangian dan hendak-lah seorang muslimah berhati-hati pergi dalam rangka ta’at kepada Allah dan shalat sedang dia melakukan maksiat kepada- Nya dgn tabarruj membuka aurat dan memakai wangian di hadapan orang laki.

4. Makan daging korban. RasulullahShalallahu ‘alaihi wassalam tidak makan daging korban sebelum pulang dari solat ied setelah itu baru dia memakannya.

5. Pergi ke tempat solat ied berjalan kaki jika memungkin-kan dan disunnahkan solat ied di lapangan terbuka kecuali jika terdapat uzur seperti hujan misalnya maka pada saat itu sebaiknya shalat di masjid berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam.

6. Solat bersama kaum muslimin dan mendengarkan khutbah.

7. Melalui jalan yg berbeda. Disunnahkan utk berangkat ke tempat solat ied.....pergi jalan lain, balik jalan lain berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam.

8. Ucapan selamat. Tidak mengapa saling mengucapkan selamat seperti :

ุชَู‚َุจَّู„َ ุงู„ู„ู‡ُ ู…ِู†َّุง ูˆَู…ِู†ْูƒُู…ْ“ Semoga Allah menerima kitadan anda sekalian”.

sekian, terima kasih.




Selasa, 8 September 2009

Salah Faham:Pemain bola sepak dikecualikan berpuasa


SS Dr Allamah Syeikh Ali Jum'ah : Mufti Negara Mesir.
Beliau pernah ditumbuk oleh salah seorg ekstremis Wahhabiy Mesir di atas sebuah Masjid slps kuliahnya kerana menyatakan harus hukumnya menyambut MaulidRasul SAW

Baru-baru ni wartawan utusan melaporkan bahawa Darul Ifta telah memberikan pengecualian kepada Pemain bola sepak Mesir dari berpuasa di bulan ramadhan kerana pemain berkenaan perlu mengikuti latihan bola sepak bagi Kejohanan Remaja Dunia yg bakal berlangsung 23 September depan. Laporan itu sedikit sebanyak mendatangkan kekeliruan umat Islam seluruh dunia. Sila lihat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=Sukan_Luar_negara&pg=sl_07.htm&arc=hive

Demi mengelakkan kekeliruan dan meluruskan pandangan yang adil terhadap para ulamak, maka perlulah kita mengetahui pandangan sebenar isu berkenaan : Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah Hafizahullah ketika menjawab kekeliruan orang ramai tentang perkara ini berkata :

“Seorang pemain bola sepak, terikat dengan kontrak yang dimeterai antaranya dengan kelab atau pasukan tersebut maka ianya dikira seorang yang dibayar gaji diatas pekerjaan tersebut. Jika pemain telah mengikat kontrak ini hanya memperoleh sumber rezekinya daripada pekerjaan sebagai pemain bola sepak, maka jika terdapat perlawanan yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan maka dibenarkan untuknya berbuka puasa untuk perlawanan tersebut jika mutu permainannya akan terjejas disebabkan berpuasa. Ini merupakan rukhsah kepada pemain tersebut kerana dia dianggap sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji dan perkerjaannya akan terjejas jika pemain tersebut tidak bertenaga. Ini seperti yang disebutkan oleh ulama Hanafiyah di dalam kitab-kitab mereka, seseorang yang dibayar gaji di dalam tempoh tertentu (kontrak) maka dibenarkan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan jika dia tidak mampu untuk berpuasa ketika melaksanakan kerjanya.(Maka pekerjaan kontrak sebegini termasuklah kepada pekerjaan sebagai pemain bola sepak).

Menurut al-Imam Ibn Abidin rahimahullah di dalam kitabnya “ Raddul Mukhtar a’la Durri al-Mukhtar” : "Di dalam permasalahan kerja kontrak, jika pekerja tersebut masih terdapat pendapatan yang mencukupi untuk dirinya dan keluarganya (selain pekerjaan yang memerlukan untuknya berbuka puasa pada bulan Ramadhan) maka diharamkan kepada pekerja tersebut untuk berbuka puasa pada Bulan Ramadhan. Tetapi jika dia tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain pekerjaan tersebut untuk menampung perbelanjaan keluarganya, jika dengan disebabkan berpuasa tersebut menjejaskan mutu kerjanya maka dibenarkan untuknya berbuka..." .


Katanya lagi : "Kes Ini hanyalah untuk perlawanan yang terpaksa dibuat pada waktu siang yang menyebabkan seseorang pemain tersebut mungkin tidak berupaya. Manakala untuk latihan, perlulah kepada jurulatih untuk membuat latihan pada waktu malam kerana latihan malam itu tidak akan menjejaskan ibadah puasa itu sendiri. Jika pihak pengurusan sebenarnya mampu untuk melaksanakan latihan pada waktu malam tetapi tidak dilaksanakan maka berdosa hukumnya meninggalkan puasa...”-intaha


Pencerahan :

1) Berdasarkan keterangan ini, jelas kepada kita bahawa apa yang dilaporkan oleh Wartawan Utusan Malaysia di atas amat bertentangan dengan kenyataan sebenar sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh al-Allamah Dr Ali Jum’ah. Kenyataan sebenar ialah dibenarkan (diberi kelonggaran) untuk berbuka puasa jika sesi latihan disiang hari. Maksudnya, bersahur dan berniat puasa terlebih dahulu, jika keletihan @ mudharat baru berbuka. Bukannya dikecualikan dari ibadat berpuasa di bulan Ramadhan.


2) Kenyataan SS Mufti Mesir berpandukan kepada rukhsah (kelonggaran hukum). Manakala laporan akhbar utusan mengulas tentang 'azimah (ketetapan hukum asal). Dalam disiplin Usul Feqh, Antara rukshah dan 'azimah terdapat perbezaan yang amat ketara.


3) SS Allamah Dr Ali Jum'ah juga berhujjah mengikut laras pandangan mazhab Hanafi berasaskan kontrak pekerja yang tidak mempunyai pendapatan lain untuk menyara diri @ keluarganya. Gaji pula dinilai berdasarkan prestasinya. Maka jika puasa menyebabkan hilang prestasi kerja kerana terpaksa membanting tulang disiang hari, maka diharuskan berbuka. Dan dikenakan qadha ke atas puasa yang ditinggalkan itu. Bukannya dikecualikan terus hukum yang wajib berkenaan semata-mata kerja berat @ bermain bolasepak dan selainnya. Kendatipun ia masih dikira dalam ruangan rukshah. Jika pekerja @ pemain berkenaan berkeupayaan utk bermujahadah. Maka ia lebih afdhal. Soal menutup aurat seperkara lain. Puasa tetap sah jika tidak menutup aurat. Tetapi nisbah pahalanya berkurangan kerana melakukan ibadat berkalang maksiat. Saya pernah merujuk SS Dato Mufti Penang dalam masalah ini. SS Dato Tuan Guru kami menjelaskan senario pandangan al-Syafiiyyah terhadap pekerja kontrak hampir sama.
4) Laporan picisan akhbar ini juga menggambarkan seolah-olah Darul Ifta membenarkan pemain tersebut ponteng fardhu puasa pada waktu latihan dgn sewenang-wenangnya. Sedangkan ia hanyalah rukhshah jika latihan disiang hari. Manakala cadangan latihan malam yang disyorkan SS Mufti tidak pula dihighlight.
Bagi saya, laporan tidak adil ini secara langsung menyebabkan umat Islam pesimis dgn kredibiliti Darul Ifta al-Masriyyah dan peranan para ulamaknya. Bagi kami, kami lebih tsiqah kepada para ulamak dari para wartawan yang memahami sesuatu pandangan secara kabur. Dan hanya bertindak mengedit isu-isu tertentu untuk melariskan jualan akhbar mereka. Nauzubillah. Sepatunya, rujuklah sesuatu fatwa kepada ahlinya. Semoga Allah terus memuliakan para alim ulamak kita yang ikhlas berjuang menegakkan syiar agamaNya.


Disedut Dari

Ahad, 16 Ogos 2009

Berzina Kerana Ikhlas



mohd naim mohd zain

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebasรข€¦..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia รข€“ Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia รข€“ Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah