..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..
Memaparkan catatan dengan label Dedikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dedikasi. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mei 2010

SELAMAT HATI IBU 2010




Ucapan Salam Hari Ibu buat ibu ku tersayang... sesungguhnya jasamu tidak mampu ku balas...dengan wang ringgit..... x mampuku gambarkan betapa...ku sayang padamu... hanya iringan doa...daripada anakmu ini moga ibuku diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang utuh... untuk bebakti kepada Allah yang satu...terima kasih ibu.... x lupa juga buat isteriku.... yang sentiasa tabah... memghadapi kerenah 3 orang cahaya mataku... seorang diri... tanpa ditemani suami disisi... ketabahanmu... amatju hargai... terima kasih sayang.... semoga Allah limpahkan dalam hatimu... keikhlasan yang tinggi... dalam usaha meraihkan redhamu ya Allah.... semoga isteriku...adalah ibu contoh yang baik buat anak2 ku..... saya sayang awak....SELAMAT HATI IBU 2010...

Sabtu, 9 Januari 2010

Puteraku Muhammad Fahim Amsyar








Zuriatku yang ketiga ini... selamat dilahirkan pada 7.15 pagi tanggal 4 Disember 2009, di Hospital Machang, Kelantan.... seusainya lahir.... aku dah berkeiginan untuk meletakkan nama puteraku ini dengan.... MUHAMMAD FAHIM AMSYAR BIN MOHD FAZIL.... camana cantik x nama dia.... time2 macam nie.... aku sangat2 rindu pada putera dan puteriku..... yang Allah berikanlah hambamu ini kekuatan untuk menghadapi semua ini....

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Hari Lahir Sayang yang ke 32




Selamat Menyambut Tahun kelahiran yang ke 32... umur dah makin lanjut, semoga dipanjangkan usia umi dan dimurahkan rezeki serta mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat..... kami sayang umi... ummmah.... ikhlas dari abi, asyraf, arifah dan amsyar.... love u so much....

Selamat tahun baru 2010




Selamat Menyambut tahun Baru 2010..... 2009 ditinggal menjadi teladan dan pengajaran.... 2010 menjadi sasaran untuk memperbaiki kehidupan dengan lebih baik dan bermakna kepada kita semua... salam tarbiah bilbarakah daripada saya sekeluarga... kullu aam wa antum bil khair.....

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Salam Maal Hijrah 1431, semoga dengan kehadhiran Tahun baru ini, memberi seribu erti buat kita semoga, tahun baru yang lebih baik daripada yang sebelumnya... insya Allah.

Salam Maal Hijrah Buat Semua dari kami

Muhammad Fahim Asyraf
Muhammad Fahim Amsyar
Nurul Arifah Faqihah

Selasa, 20 Oktober 2009

Kembara Mutiara di Aidilfitri siri kedua

Ikatan Ukhuwwah Semanis Mawaddah inilah ikatan yang ingin kawan semai dan cari, setiap kali berukhuwwah keinginan hati hendak ia sentiasa berkekalan sehinggga ke akhir hayat... dapat dikenang manis dalam ingatan... namun kenangan indah ini sukar untuk diperolehi dan sukar untuk dicari di mana2.... oleh itu setiap ikatan yang terjalin hendaklah sentiasa di ikat kukuh... sepanjang masa... kerana ini adalah tuntutan Islam itu sendiri....

antara ikatan yang manis ialah... ikatan ukhuwwah yang saya semai semasa saya mengajar 3 tahun dulu di SK Ladang Mutiara, Kluang... sehinggga kini saya kenang... betapa ikatan manis itu... seolah2 hubungan kami seperti adik beradik kandung.... ke mana saja bersama.... di sebabkan kepayahan mendidik anak bangsa dan kesukaran yang dihadapi untuk meredah jalanan yang sukar untuk mengajar di SKLM membuatkan hati kami bersatu bersama menghadapi mehnah dan tribulasi yang mencabar ini sehingga ke akhirnya....

macam-macam kenangan manis dan pahit semasa mengajar di sana terlalu banyak dan sukar untuk digambar.... sebagaimana pepatah arab ada mengatakan yang bermaksud : "sesiapa yang tidak merasa, tidak kan tahu akan rasanya", oleh hanya yang tahu akan faham akan situasi kami pada masa itu.... yang tak tahu hanya tahu mengata.... mudah....sabarlah....biasalah tuh..... x perit sangat... dan macam2 lagi kata2 kalau difikirkan boleh melunturkan semangat guru2 yang dilemparkan ke suatu tempat yang semua orang tidak suka... tapi disebabkan rasa amanah terhadap tugas kami teruskan jua.... disebabkan inilah ukhuwwah antara kami teramatlah manis sekali... ya Allah terima kasih atas segalanya... kini semua itu adalah kenangan... saya dah dipindahkan ke sekolah yang baru di SKTL, endau... ingatkan dah dapat pindah balik kelantan.... tapi jauh panggang dari api... itu lha hakikat insan yang lemah seperti... saya... selalu di tindas.... oleh binantang buas yang berkuasa dan berjawatan..... namun kita perlu ingat.... selama mana mereka berkuasa.... kalau hati tidak ingat Allah..... hidup ini ibarat roda..... ingatlah kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah.....

prinsip ini sentiasa dipegang oleh seorang yang bergelar mukmin.... buatlah perkerjaan untuk mendapat keredhaan Rabbi.... bukannya kemuliaan di mata insan kehinaan di sisi Allah... semoga berjaya di dunia dan akhirat.... terima kawan-kawan atas kenangan ini......



Hero Lelaki SKLM dari kiri duduk Baha, Haji Idrus(GPK Coolman) dan Adie, berdiri dari Belakang Ise, Pejal, Suhaimi, ustaz Dil Kya Karee, Zaki, Ustaz Mawi, Juru Teknik Baru SKLM dan Apih Kelate.




Guru Pompuan SKLM baru dan lama termasuklah ngan isteri2 jejaka macho SKLM x termasuk Isteri Tercinta penulis Blog(masa nie dok jauh nun kalate sane)....




Raya kat SKTL pulak.... x kalah meriahnya.... meriah sangat2 sampai perut x leh terima tempahan kerana terlau padat.... dengan makanan x bertema... terima kasih semua dan selamat hari raya.....










Sabtu, 1 Ogos 2009

Tugasan Hujung Minggu...

Assalamualaikum....

Salam tarbiah bilbarakah.... dan Salam Perjuangan...

Minggu ni ambo x balik kampung sebab minggu lepas ambo dah balik, jadi dihujung minggu gini ambo terpaksa menyibukkan diri ambo dengan perkara-perkara.. yang tidak membuatkan ambo sedih teringat anak bini...

pagi2 ambo dah basuh baju.. lepas ambo kuar umah gie pasar pagi sabtu kat endau.. carilah ape2 patut untuk dijadikan sarapan pagi(nasi kerabulah!.. ambo ke orang klate..) lepas tu ambo gie sekolah untuk buat ape yang patut, pagi nie ambo nak beberapa member(GB, Zack dan Abu) yang ader kat sekolah buat kerja pemasangan wayar internet ke bangunan baru... biasalah x pandaipun buatlah pandai-pandai... lama-lama pandailah tu..kan!



inilah dia pasar pagi di Endau, Johor... maju ke tak hehehe...


alhamdulillah usaha kami diberkati Allah, kami berjaya menyiapkanya dengan penuh berjaya dan bergaya terima kasih Allah.... org semua dah balik sebab ade keluarga maka tinggallah aku sendirian, kalu ambo tak bersendirian manakan boleh ambo nak berblog... jadi ambo gunalah masa sebelum solat zohor nie untuk berblog....

duduk sorang nie, teringatlah pulak kat anak bini ambo... jadi untuk mengurangkan rindu ambo pada mereka, ambo pun cubalah selak gambo2 yang ade dalam simpanan ambo... tup-tup ambo buat gambo2 tadi jadi macamnie... inilah hasilnya untuk hari thanks Ya ! Allah.



Senyumlah Pada Dunia, hidup kita pastikan tenang.

Jumaat, 31 Julai 2009

Terima Kasih Sayang

Assalamualaikum warahmatullahi barakaatuh,

Salam tarniah bil Barakah,

Pada minggu nie ambo x balik kampung, kalau ikutkan rasa memang nak balik tiap-tiap minggu, rindu sangat kat anak tersayang asyraf & Arifah, lebih-lebih lagi buat masa sekarang nie anak ambo yang kechik tu... dah pandai buat macam-macam gaya... menari... berlari...menangis....buat muka buruk... dan macam-maca telah yang memang x kering gusi kalau melihat dia, kalu bab makan dialah yang first, kita pelawe kat abe dia, dia yang dapat dulu.... selalu nak make jah, kalu tak make, duduk x senang, kejap masuk dapur, sat2 keluar, selagi x dapat makan ....selagi tulah x nak tido.... sampai tido pun kat tepi pinggan... rindu sangat....

apapun kali ini ambo nak ucap jutaan malah x terucap daripada ambo buat isteri ambo tercinta atas hadiah yang dia berikan sempena hari bapa dan hari lahir ambo tahun nie, isteri ambo nie, memang faham sangat dengan ngan hobi ambo terima kaasih sayang...

nak tahu aper hadiahnya nie lah hadiahnya.......



inilah antara barangan yang ambo impikan sejak sekian lamo untuk dijadikan koleksi peribadi ambo, kini ia telah direalisasikan oleh isteri tercinta, terima kasih sayang... Laptop harganya bagi ambo dah x mampu nak beli... tapi disebabkan orang nak bagi hadiah kita ambik je lah ekekek.... harga... hampir RM 2000 gak.... jenis acer extensa 4630Z, nak beli yang mana mampu beb.... kira2 leh buat kerja kira oklah tu.... kan....
syukran jazilan khairan kathiran.....

Isnin, 13 Julai 2009

Pagi Yang Memenatkan..

Minggu ini sebagaimana biasa ruten hidup aku, balik ke kampung halaman tercinta menziarahi kedua putra dan putriku serta isteriku tersayang jua ibuku tersayang yang tinggal berdekatan dengan rumah sewaku.

perjalanan hidupku tetap sama, entahkan bila berubah, kepulanganku disamut meriah dan riang oleh kedua cahaya mata, pengarang jiwaku. setelah merempuh perjalanan yang panjang yang penuh dengan kepayahan dan selalunya berperang dengan perasaan muak dan letih melihat stereng kereta yang sama dan x berubah membuatkan jiwaku tidak keruan, kepulanganku kali ini berbeza sedikit kerana ditemani sahabat seperjuang akhi rosdi dapat mengurangkan sedikit strees pada perasaanku, dengan ini perjalanan yang panjang tadi kurasakan hanya singkat sahaja.

dalam perjalan pulang itu pelbagai kenangan dapat kami imbaskan kembali, pelbagai topik menarik dapat kami canangkan dengan bernas dan matang sekali, banyak konlusi yang dapat kami jadikan pengajaran, tidaklah perjalanan jauh tadi menjadi sia-sia, malahan ia telah merubah kepada perjalanan yang ilmiah kerana Allah.

Aku dah biasa dengan ruten hidupku, berjalan jauh beribu batu untuk bertemu keluarga tercinta, namun kadang-kadang aku merasa terlalu penat, lebih-lebih lagi pada hari isnin pada setiap minggu, kerana pada kebiasaan aku akan menaiki bas untuk datang ke destinasi kerjaku, pada pagi tadi aku mejejakkan kakiku dirumah sewaku pada pukul 5.00 pagi, setelah semalaman aku diulit oleh goyangan bas yang berlalu laju tanpa aku sedari di dalam kepekatan malam, hanyaku tahu berdoa agar Allah panjangkan usiaku dan samaikanlah aku ke tempat yang hendak dituju.

dah penat dilambung bas semalaman, pada 6.00 pagi aku perlu bersiap sedia untuk ketempat kerja, menunaikan amanahku sebagai pendidikan, 6.30pagi aku dah terperakkan ke sekolah untuk menguruskan kerja harian, walaupun badan masih penat, aku tetap gagahi jua, itulah harga seorang pendidikan yang merantau jauh mencari rezeki, namun aku redha dengan ketentuan ilahi.

letih adalah satu cabaran dalam usaha kita untuk mendidika anak bangsa ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang, kita tidak mahu melihat generasi akan datang sudah hilang arah pandu hidup mereka, kerana kini terlalu banyak halangan yang terpaksa kita tempuhi, yang dibimbangi akan memjadi ikutan kepada masyarakat kini yang jauh terpesong daripada akidah islam yang sebenar.

Kita semua terpanggil dengan seruan dakwah ini, janganlah kita hanya mendabik dada, akulah Islam sendangkan dia sumbangan yang berharga untuk kita ttipkan saham kita dalam usaha memartabatkan islam dimata dunia, betulkan bak kata TGNA "Ramaiyang mengaku islam tapi tidak tahu aper itu Islam, dan akan marah apabila orang kata kita tidak Islam, sedangkan tindak tanduk kita seolah-olah seperti orang bukan Islam" renung-renungkanlah.

Rabu, 8 Julai 2009

Hakikat kerinduan yang perlu diterima


Di dalam kepekatan malam 16 Rejab, terasa diri kerdil ini untuk mencoret serba sedikit rasa hati yang sentiasa tercuit dek rasa kesedihan, kesepian, kerinduan dan pelbagai perasaan hiba yang tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.aku tahu aku menulis hanya kerna Allah, tiada aper yang aku harapkan hanya keredhaan Allah.

Sesungguhnya keutuhan dan kegagahan semangatku kini untuk mencari rezeki diperantauan adalah disebabkan insan tersayang yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk aku pegang sepanjang masa dan setiap saat, walaupun mereka berada jauh didepan mata tapi hakikatnya hatiku sentiasa merasa dekat dan hampir dengan hati dan jiwa mereka.

kedapan semangat biru yang aku ada kini, entah mampu bertahan sampai bila, mungkin akan hancur jua, namunku mohon pada ilahi agar dikuatkan semangatku kini dan pasak dan thabatkan semangatku ini untuk mendepani cabaran, mehnah dan tribulasi ini buat selama-lamanya,selagi hayat dikandung badan, untuk ku teruskan sisa perjuangan dan jihadku semasa hidup ini.

kadang-kadang aku bermonolog sendirian, aku sering bertanya bilakah akan berakhirnya kepayahan dan penderitaan hidupku ini, yang sentiasa terpaksa berjauhan dan senantiasa memendam kerinduan yang kadang-kadang tidak mampu ku tanggung, oleh dek kerana diriku insan yang lemah, namun ku gagahi jua demi sebutir nasik untuk ku suapkan kepada isteri tercinta dan dua anakku yang sentiasa tersenyum pabila ayahnya pulang menemui mereka, merekalah selama ini yang memberi makna yang besar dalam diriku kini.

anakku membesar dengan panduan isteri sendirian tanpa dapat dibantu olehku insan yang bergelar bapa,yang sepatutnya menjadi ketua keluarga, namun apa yang mampu aku buat hanya telefon dan bertanyakan khabar dari jauh itu saja yang mampu aku lakukan, dan jua aku akan cuba pulang menemui mereka seberapa kerap yang mungkin, kekadang aku akan pulang 2 kali sebulan kekadang disebabkan dengan kekangan masa dan tugasan yang membebani bahuku, terpaksa ku kurangkan kepada 1 kali sebulan. dengan kepulanganku yang jarang begitu berapa keratkah masa yang mampu aku habiskan bersama keluargaku.berapa keratkah!, namun ku tetap bersyukur kepada yang esa.

aku jua kadang-kadang merasa pelik dengan perjalanan hidup yang entah... seolah-olah manusia tidak berfikir dan menginsafikan akan musibah orang lain, apabila kesusahan itu tidak menimpa bahu mereka, mereka memandang enteng dan buat tidak peduli, apabila kita butuh pertolongan mereka, mereka buat saja-saja, macam tidak ada benda besar yang berlaku. cuba kesusahan itu menimpa batang hidung mereka atau kaum kerabat mereka, nescaya seluruh bala tentera yang ada dikerahkan untuk membantu. begitulah kerenah birokrasi yang ada pada masa kini, siapa yang mempunyai kuasa, dialah raja, siapa yang tidak berkuasa akan sengsara tanpa dipeduli. tapi apabila keringat kita diperlukan, kitalah yang akan memjadi hambanya, itulah dunia namanya.namun kita perlu sedar kerana dunialah manusia akan mendapat balasan baik dan buruknya diakhirat nanti, aku tetap juga akan sentiasa senyum kepada dunia walau aper pun dunia buat kepada kita, sesungguhnya semua ini adalh ujian yang terpaksa kita pikul walaupun tidak dipinta.

aku terfikir sejenak... apabila aku membuka laman-laman blog yang terdapat di dalam blog komuniti al azhar, teringat aku masa aku belajar di sana, tak dapat nak aku bayangkan betapa seronoknya, perjalanan hidup aku di sana. lagilah amat membanggakan aku, apabila diteliti sehalusnya da dianalisa sejelasnya, ramai sungguh mahasiswa/wi azhar kini mampu berkecimpung dalam media yang canggih ini, dan mampu turut sama berdakwah secara dunia cyber dan tak dinafikan jugak tulisan ilmiah yang cukup membanggakan dan memberangsangkan, cuma pesanku istiqaamah dalam setiap aper yang kita perjuangan, kerana medan semasa kita belajar dan waqie yang berlaku apabila kita tamat belajar, cukup jauh dan berbeza, kerana di sana teralu banyak duri dan liku-liku perjalan sukar yang terpaksa kita tempuhi.thabatlah sahabatku dalam perjuangan, sesungguhnya kata tidak sama sebagai mana yang di minta.

sunyi,sunyi.... sunyi malam aku kini, aku sudah berkeluarga tapi gaya aku seperti aku masih belum punya keluarga, aku masih lagi tinggal bujang bersama kawan-kawan yang senasib denganku, dulu aku telah merantau jauh mencari ilmu untuk memenuhi dada kontang ini dengan sedikit ilmu Allah yang pastinya takkan kering, aku meninggal keluarga bertahun-tahun aku diuji dengan kesabaran keriduan, kini aku masih berkeadaan sama, masih lagi berjauhan dengan keluarga malah meninggalkan isteri dan anak tercinta dengan penuh perasaan ketat hati, namun kugagahi jua, sesungguhnya ini adalah amanah Allah kepada hambanya untuk memakmurkan alam ini.

aku sedar di sini aku mengajar anak bangsa yang seagama dengan dengan dengan berkat penuh kesabaran, ku didik mereka dengan penuh kesedaran dan dengan penuh tanggungjawab, seolah-olah aku mendidika anak sendiri, namun anak sendiriku tinggalkan dan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang, ku tidak mahu disebabkan anak, isteri dan harta yang boleh menggangu gugat hasrat murni ini, untuk menunaikan amanah Allah ini, namun aku hanya manusia, aku hanya manusia. Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini ya Allah...

tidak pernah ada penyesalan dalam diriku kini, apabilaku fikir dan ku imbas apa yang berlaku pada diriku, tidaklah seberat mana yang ditimpakan oleh Allah kepada hambanya yang lain, lantas ku terus menadahkan tanya memohon keampuanan daripada Allah atas setiap ape yang aku lakukan, aku alpa ya Allah, aku mudah lupa, aku mudah merasa tidak bersyukur dengan apa yang kau telah kurniakan kepadaku, ya Allah aku insan yang hina ya Allah, ampunilah dosa hambamu yang hina ini. sesungguhnya kita adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk menanggung amanah ini, jadi marilah kita sama-sama, melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin. ku sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan duniakan dan diringankan segalan beban yang tertanggung di pundakku, sesunggunhnya kepadamulah tempat untuk ku mengadu.

buat anak dan isteriku sabarlah menanti kehadiran abimu, isya Allah kita akan bersaa nanti, semoga Allah membuka hati kepada insan-insan yang zalim ini, ditundukkan hati-hati mereka dan ditunjukkan Allah kejalan yang dredhainya. kudoakan agar kita semua akan menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain, bukannya sampah yang berkeliaran yang menyemakkan pandangan mata.inilah hakikat kehidupan.

p/s ini hanyalah luahan hati penulis yang tidur dalam kerinduan kepada anak-anak dan isteri tersayang.... abi sayang semua.dedikasi buat anak Abi asyraf wa Arifah abi love you ALL.

Tanjung Gemok Rompin, Pahang.
12.07 malam.

Selasa, 23 Jun 2009

Selamat Hari Bapa



Asslamualaikum,
Selamat hari Bapa diucapkan kepada semua kaum bapa, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.terutamanya salam perjuangan diucapkan kepada semua kaum bapa yang senasib dengan saya, bapa perantau yang senantiasa merindukan gelak tawa anak-anak kesayangan yang ditinggalkan jauh. teruskan perjuangan dan tabahkan hati sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang yang sabar.

Apabila diingati dan dihayati segala penderitaan jiwa dan cabaran hidup yang dihadapi kini, tidaklah seberat cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah dan sahabat dalam usaha menyebarkan dakwah Islam suatu masa dahulu, ini adalah sedikit cabaran yang Allah berikan kepada kita sebagai suntikan dakwah, untuk menguji keimanan kita kepada Allah. Namun hati ini adalah hati manuasia yang kerdil, kadang-kadang selalu merintih kepada Allah semoga dihalau segala masalah ini, rasanya dah tak sanggup untuk menanggungnya, namunku tetap tabahkan jua demi perjuangan dakwah kepada Islam yang tercinta, Ya Allah tabahkanlah hati ini.

Kepada anak-anakku yang dikasihi, tabahkanlah hati kalian dalam menghadapi situasi ini, abi sentiasa bersama walaupun dimana sahaja.

Isnin, 25 Mei 2009

Dugaan mengajar ketabahan





puteri kesayanganku dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Machang, selama 4 hari 2 malam, bermula 20 Mei 2009 hingga 24 mei 2009









Hari pertama keluar daripada wad, jelas terpancar diwajah puteriku ceria tanpa ada tangis, terima kasih yang Allah


beginilah cabaran terpaksa aku tempoh selama 4 tahun berjuang dan berjihad serta bertarung dengan jiwa sendiri untuk mendidik anak bangsa sehingga terabai tanggungjawab kepada keluarga tercinta.

pejam celik-pejam celik, kini aku telah 4 tahun berkecimpung dalam arena pendidikan, telah berpuluh-puluh kali aku memohon untuk melaksanaankan tanggungjawab aku di daerah sendiri, namun kini jawapannya masih menjelma hampa, harapan untuk bersama keluarga berjuang untuk anak bangsa, masih akan sukar dan suram, akupun tidak tahu kenapa.

kejadian tidak diingini berlaku pada 20 Mei 2009, baru sahaja semalam aku mengucapkan selamat hari lahir yang pertama buat puteriku tersayang, pada hari ini aku dikejutkan oleh panggilan daripada isteriku yang menceritakan "bang, anak kita deman kalau abi nak balik,baliklah." aku terkedu mendengar berita tadi pada jam 5.oo, aku memberikan jawapan "sayang, buatlah ape yang patut dulu, sebab abi mungkin tak dapat balik, kelas masih ada 2 hari lagi, tak kan abi nak ambil cuti 2 hari, masak nanti kena marah kat guru besar." itulah alasan yang hanya mampu aku berikan.

selang satu jam, ketika aku baru sahaja selesai solat asar kedengaran telefon berbunyi, "ah, ni daripada isteri aku ni." detik hatiku. dengan tangisan yang bunyinya macam tidak keruan, isteri aku berkata"kalau abi nak balik-baliklah, kalau tak terpulang, adik demam kuat, kini kami on the way ke hospital machang." setelah mendengar kata-kata daripada isteriku tadi, aku tanpa memikir panjang terus aku mencapai beg kain dan masukkan apa barang yang patut dan terus bertolak pulang ke kampung pada jam 7.00 malam. sepanjang perjalanan pulang dengan menggunakan kereta wira burukku, tiada benda lain yang mampu aku fikirkan hanyalah apalah nasib puteriku kini. tanpaku sedari kelajuan keretaku tidak pernah kurang daripada 120KMJ, kelajuan ini tidak pernah aku lakukan, namun hati ini merasakan kelajuan itu terlalu perlahan, yang hanya mampu aku katakan aku ingin cepat samapai ke destinansi yang ku ingin tuju, iaitu kepangkuan puteriku tersayang.

setelah 4 tahun aku ulang alik daripada johor ke kelantan, inilah kali pertama aku membawa kereta dengan kelajuan sebegitu, pada kebiasaannya perjalanan aku dari Endau Johor ke Machang Kelantan, memakan masa 8 jam, namun pada hari itu aku telah memendekkan masa tersebut kepada 6 jam sahaja, cuma bayangan sahabat. bertapa hati tidak keruan disebabkan musibah yang berlaku, namun aku amat bersyukur kepada Allah yang masih lagi memberikan kekuatan kepada ku utuk menghadpi semua mehnah dan tribulasi ini, tanpa ada sunggutan kerana cintaku kepada Allah yang maha esa, setiap ujian daripada Allah tentu ada hikmah, cuma yang amatku kesali, tidakkah ada persaan dan hati perut dikalangan pihak atasan untuk mengatasi masalah golongan yang teraniaya seperti aku, aku tidak nafikan bukan hanya kau yang bergelar pendidikan mendapat dugaan seperti ini.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar hati-hati manusia yang keras ini bisa dilembutkan oleh Allah, moga ada penyelesai disebalik semua masalah ini, bukan disebabkan niat yang baik kita untuk mendidik anak bangsa dibalas dengan tuntutan pengorbanan yang tidak mampu dipikul buat selama.

Namun amanah yang terpikul dipundak kita kini, akan dipikul dengan sebaik mungkin. isya Allah.

takbir!!!! Allahu Akbar.

Selasa, 19 Mei 2009

Selamat Hari Lahir Sayang


Selamat Hari Lahir Sayang : dari abi dan Ummi .

Sesungguhnya kehadiranmu dalam hidup abi memberi sejuta kenangan yang terlalu indah untuk abi kenang,Abi doakan moga Arifah pada suatu hari nanti bakal menjadi muslimat contoh yang mampu mengegar dunia, Isya Allah, kehadiranmu cukup indah sayang dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,hanya ucapan setinggi-tinggi kesyukaran dirafakkan kehadrat Allah yang maha kuasa atas kurniaan yang cukup bernilai ini.

Ahad, 17 Mei 2009

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Azieda11 : Selamat Hari Guru buat seluruh guru di Malaysia amnya, buat seluruh warga guru di SK Teluk Lipat & SK Ladang Mutiara khasnya,

Terutamanya dan teristimewa buat isteri tersayang Noraidalaila yang mengajar di SK Pangkal Jenereh, Temangan Kelantan dengan ucapan tabahkan hatimu dalam mengharungi dunia perguruan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi yang terpaksa ditempuh oleh setiap insan yang bernama guru.

Selamat Hari Ibu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


azieda11 : Selamat Hari ibu buat semua ibu yang telah banyak berkorban terutama buat ibuku dan isteriku yang telah banyak berkorban dalam usaha membesarkan anak-anak, sabar dalam menghadapi mehnah dunia, pengorbanan tiddak dapat dibalas dengan harta dan wang ringgit, terima kasih ibu dan isteriku, tanpa kalian hidupku tiada erti.

Rabu, 29 April 2009

Baiti Jannati


Buat Isteri tersayang,
Syukran Jazilan Khairan Kathiran buat isteriku tersayang,
di atas pengorbananmu selama ini,
walaupun sentiasa ditinggalkan sendirian,
dikau tetap tabah menjaga zuriat kita,
Tanpa ada keluh dan kesah,
Demi melahirkan zuriat yang mampu berbakti kepada masyarakat dan agama.
Sayang,
Tabahkanlah hatimu menghadapi segala mehnah dan tribulasi,
Yang penuh cabaran dalam usaha untuk membesar anak-anak kita,
abang sentiasa berdoa,
moga segala urusan kita di dunia ini dipermudahkan oleh Allah.
Mungkin disebalik ujian yang Allah kurniakan kepada kita kini ada hikmah yang lebih besar daripadanya.
Sayang,
Anak adalah rantai penanda kepada kasih sayang antara kita,
merekalah merupakan antara mehnah yang Allah kurniakan kepada kita,
moga kita cemerlang dalam mendidik mereka ke arah menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Sayang,
Berdoalah semoga perpisahan kita ini tidak lama,
isya Allah akan tiba masanya untuk kita bersama-sama melayari kehidupan berumahtangga yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Teruskan perjuangan......
Kita Jumpa di Negeri Serambi Mekkah
Kelate Kito
Ikhlas daripadaAl fakir ilallah
Azieda11 Bersama Selamanya.

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah