..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..
Memaparkan catatan dengan label Klate Kito. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klate Kito. Papar semua catatan

Selasa, 15 September 2009

Indahnya Masjid Beijing di Kelantan

Koleksi gambar dari raykinzoku.fotopages.com mengenai keindahan senibina “Masjid Beijing”atau “Masjid China”, panggilan masyarakat tempatan kerana rekabentuknya di pengaruhi oleh senibina masjid di China.


Masjid ini di beri nama Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang akan di rasmikan dalam bulan Ramadhan ini. Layan gambar-gambar di bawah :

masjid-beijing-kelantan-1



masjid-beijing-kelantan-2


masjid-beijing-kelantan-3



masjid-beijing-kelantan-4


masjid-beijing-kelantan-5


masjid-beijing-kelantan-6


masjid-beijing-kelantan-7


masjid-beijing-kelantan-8



Sabtu, 1 Ogos 2009

Tugasan Hujung Minggu...

Assalamualaikum....

Salam tarbiah bilbarakah.... dan Salam Perjuangan...

Minggu ni ambo x balik kampung sebab minggu lepas ambo dah balik, jadi dihujung minggu gini ambo terpaksa menyibukkan diri ambo dengan perkara-perkara.. yang tidak membuatkan ambo sedih teringat anak bini...

pagi2 ambo dah basuh baju.. lepas ambo kuar umah gie pasar pagi sabtu kat endau.. carilah ape2 patut untuk dijadikan sarapan pagi(nasi kerabulah!.. ambo ke orang klate..) lepas tu ambo gie sekolah untuk buat ape yang patut, pagi nie ambo nak beberapa member(GB, Zack dan Abu) yang ader kat sekolah buat kerja pemasangan wayar internet ke bangunan baru... biasalah x pandaipun buatlah pandai-pandai... lama-lama pandailah tu..kan!



inilah dia pasar pagi di Endau, Johor... maju ke tak hehehe...


alhamdulillah usaha kami diberkati Allah, kami berjaya menyiapkanya dengan penuh berjaya dan bergaya terima kasih Allah.... org semua dah balik sebab ade keluarga maka tinggallah aku sendirian, kalu ambo tak bersendirian manakan boleh ambo nak berblog... jadi ambo gunalah masa sebelum solat zohor nie untuk berblog....

duduk sorang nie, teringatlah pulak kat anak bini ambo... jadi untuk mengurangkan rindu ambo pada mereka, ambo pun cubalah selak gambo2 yang ade dalam simpanan ambo... tup-tup ambo buat gambo2 tadi jadi macamnie... inilah hasilnya untuk hari thanks Ya ! Allah.



Senyumlah Pada Dunia, hidup kita pastikan tenang.

Rabu, 29 Julai 2009

Adakah Klate Masih Ketinggalan......?

Assalamualaikum,

Salam Tarbiah bil barakah saya ucapkan.

Klate Kito, Dulu Lain Sekarang lain...

setiap kali pilihanraya kita sering kali dijamu telinga dan minda dengan perkataan.."demo tok sir ko kemajuan ko, nak hidup mundur sokmo ko, toksir jadi serupo negeri lain ko, maju ramai ore buleh kijo" dan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan kemajuan dicanang oleh bakal-bakal YB dengan pelbagai janji yang sudah pasti janji hanyalah tinggal janji sahaja.

jadi.... terfikir dihati ini, adakah klate kini masih mundur kalu hendak dibandingkan dengan negeri lain, adakah klate masih lagi ekonomi macam orang zaman dulu, adakah ore klate ni sesok belako lagi..... apabila kita fikirkan gitu... sahlah semua tanggapan itu salah.

cuba anda buat kajian dan perbandingan negeri klate kito dengan negeri lain, tiada perbezaaan malahan bagi diri ambo, ambo beraso beruntung kalu dapat balik klate daripada dok kerja kat luar klate, lonie ambo kijo kat endau johor, kalu nak dibandingkan endau dengan bandar machang memang jauh perbezaaan, machang lebih ambo raso maju daripada endau yang agak ketinggalan.

dibandingkan dari segi kuasa rangkaian talian dimachang dah ade 3G di endau masih lagi GPRS, janganlah pulak kita nak bandingkan machang dengan JB tentulah kemajuan JB lebih lagi.... fikir-fikirkanlah..... dunia Allah yang punya, kita hanya menumpang... jadi buat seperti orang yang menumpang.... jangan lupa diri... dunia dah nak kiamat....

Lihat dan cuba renungkan...

[:: Pasar Kota Bharu Pada tahun 1920 ::]

::. Berhampiran Sungai Kelantan, sekitar Jalan Tok Hakim.::



[:: Pasar Besar Kota Bharu, sekitar 1992::]




::Kota Bharu, 2009 - ruang tengah Pasar Siti Khadijah ::]


Walaupun suasananya tidak lagi sehebat dulu, tetapi masih menyengat !

"Bersatu Di bawah Kepimpinan Ulama'"

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah