..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Khamis, 8 Oktober 2009

Salam Lebaran Buat Semua

<

Suasana... raya saya dan anak2... pada tahun nie.... saya x beraya sangat sebab sakit pada hari raya pertama... sampai takleh nak bangun sembahyang raya... x leh nak bayang betapa pilunya perasaan ini....

Assalamualaikum, dah lama rasanya x menulis nie,.... rasa macam dah kematu tangan nak sentuh key pad..... nie.... ape-ape pun rasanya masih belum terlambat untuk saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin...

kalau nak diceritakan kisah, memang banyak sangat... tapi biarlah ia menjadi kenangan... yang penting... usaha jitu ke arah mendepani hari yang mendatang. buat masa sekarang nie... saya disibukkan dengan kerja2 wajib saya di sekolah... disamping kerja-kerja yang dibebani disetiap bahu seorang guru..., bukan hanya mengajar, malahan semua kerja perlu arif, kalau tak kita akan ketingggalan... kalau x ketinggalan pun kita akan di marah oleh bos atau orang atasan... biasalah kerjakan!!!... kalau x, x payah kerja...

kini saya sedang menpersiapkan surau An Najah, untuk persiapan Hari Qualiti peringkat Mersing.... surau sekolah saya tu, baru... jadi banyaklah benda yang perlu saya lakukan... daripada zero.... nak jadikan biar cantik.... lebih2 lagi masa pemantauan dah hampir sangat... maka naik biol kepala saya dibuatnya.....

tapi, ala kulli halnya... semuanya berjalan seperti yang diaturkan.... sekadar kemampuan saya dah lakukan... yang menentukan baik dan buruknya hanyalah Allah... kita tidak mengharapkan aper2 balasan kecuali keredhaan Allah swt. itu yang paling penting.... selaku pekerja, yang perlu kita sentiasa jaga dan ingat, ialah.... AMANAH... selagi kita berpegang kepada prinsip amanah ini.... insya Alllah rezeki yang kita perolehi akan berkat untuk dituai oleh keluarga kita nanti...

Doakanlah semoga, surau SKTL nanti akan mendapat kedudukan yang terbaik nanti.... nie yang saya x nak masuk bertanding nieh!.. kalau masuk bertanding.... pasti nak menang jer.... kalau kalah.... lukalah hati sket..... biasalah tu.... adat dalam bertanding, ader yang menang dan ader yang kalah.....

<

nie lah keaadaan surau saya yang x beraper... sekarang nie...dalam proses tu... touch up... semoga nampak lagi gah dan cantikkkkk......


sedikit seruan dakwah dariku.... sempena dengan perginya Ramagdhan yang mulia... kini syawal pun dah nak berlabuh.... sebagaimana yang kita ketahui dalam bulan syawal nie pun kita masih digalakkan untuk berpuasa.... bukan puasa ari raya.... tapi lepas rayalah iaitu puasa 6..... dalam hari yang berbaki 10 ari syawal nie... marilah kita sama-sama untuk mengejar kelebihan yang ader dalam bulan syawal... moga2 puasa kita pada bulan ini boleh menampung... kekuarangan yang ader pada bulan Ramadhan yang telah berlalu.....

Abu Ayyub Al-Anshari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda bermaksud :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan(puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda:
"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan,sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." (Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.)

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari dibulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar) (Al Mundziri berkata: "Salah satu sanad yang beliau miliki adalah shahih.")

berdasarkan kepada beberapa hadis yang saya, bawakan tadi... maka jelaslah kepada kita... akan galakkan untuk melakukan puasa sunat 6 dibulan Syawal... dalam kita bergembira dihari raya ingatlah pada yang tiada.... dan memerlukan... elakkan daripada membazir....dan secara tidak sengaja melakukan perkara yang membawa kemaksiatkan kepada Allah, nauzubillah..... raya...raya jugak..... ibadah jangan lupa.... marhaban tak ingat... samapai satu hari marhaban..... tapi x paham satu patahpun.... yang dia marhabankan.... jadi..... ingat2lah..... semoga Allah meredhai setiap amalan baik yang kita buat... isya Allah... salam Lebaran daripada saya sekeluarga..... buat semua warga SKTL, SKLM dan kaum kerabat... serta semua para pembaca yang suci folllow blog.... semoga kita mendapat kebaikan yang banyak daripadanya... insy Allah.... ila liqa'... maasalamah.....

Rabu, 9 September 2009

Salam Imtihan buat Murid Tahun 6 SKTL


Assalamualaikum,

Salam Ramadhan buat semua, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu buat kita semua.
salam imtihan buat semua murid tahun 6 SKTL 2009, semoga dapat menjawab dengan penuh ketenangan dan penuh keimanan dalam jiwa... insya Allah kejayaan akan mennati anda... ustaz doakan juga moga anda akan berjaya di dunia dan akhirat...

Alhamdulillah pada tahun ini, antum semua dapat menempuhi peperiksaan dalam bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan...semoga kaejayaan sentiasa mengiringi hidup anda insya Allah...

Rabu, 2 September 2009

Majlis pelancaran Ihya' Ramadhan.



SK. Teluk Lipat, 1 September 2009 : bertempat di dewan wawasan SKTL yang serba indah telah diadakan majlis pelancaran bulan Ihya' Ramadhan yang membawa tema"Ramadhan Dekat Dihati", majlis tersebut bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi.

Majlis yang dijalankan secara ringkas ini telah dirasmikan oleh yang berusaha Tuan Guru Besar SKTL, Encik Zawawi bin Muda. menurut penyelaras Dakwah SKTL ustaz Abdul Aziz bin Hussin, Majlis yang dirancang pada saat akhir ini, berjaya diadakan dengan baik dan jayanya. beliau mengharapkan agar segala program dan aktiviti yang dianjurkan akan mendapat perhatian dan kerjasama dari semua warga sekolah, semoga setiap usaha kerja kita pada ramadhan kali ini mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.

Majlis tersebut ditutup dengan tayangan slide show Ramadhan barakah, yang diselenggarakan oleh Ustaz Mohd Fazil bin Ra'aim, sepanjang perjalanan tayangan tersebut didapati semua murid memberi perhatian yang baik dengan pelbagai soalan mengenai ramadhan diajukan.... Salam ramadhan daripada : azieda11

Sabtu, 15 Ogos 2009

Petua Pelajar Cemerlang


1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.

2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan

3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru

4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar

5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal

6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu

7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)

8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca

9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu

10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah

Rabu, 22 Julai 2009

Jom Belajar Loghat Kelate


Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

pok-e-dèng -pepatung

Selasa, 21 Julai 2009

ASMA'UL HUSNA - Pengertian dan fadhilat-fadhilatnya


‘Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim’


ASMA'UL HUSNA - Pengertian dan fadhilat-fadhilatnya

1. Allah
The God

Apabila dizikirkan 500 X setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. Al Rahman
Maha Pemurah
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 X , maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. Al Rahim
Maha Penyayang
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap hari , InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


4. Al Malik
Maha Merajai/memerintah
The King, The Sovereign

Apabila dizikirkan sebanyak 121 X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.


5. Al Quddus
Maha Suci
The Most Holy

apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap pagi setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lail-lain.


6. As Salaam
Maha Memberi Kesejahteraan
Peace and Blessing

Apabila dizikirkan sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


7. Al Mu'min
Yang Memberi Keamanan
The Guarantor

Apabila dizikirkan sebanyak 236 X , InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8. Al Muhaimin
Maha Pemelihara
The Guardian, The Preserver

Apabila dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan terang & bersih.


9. Al Aziz
Maha Gagah
The Almighty/ The Self Sufficient

Apabila dizikirkan sebanyak 40 X sesudah solat subuh, Insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10. Al Jabbar
Maha Perkasa
The Powerful/ The Irresistible

Apabila dizikirkan sebanyak 226 X pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &
patuh dengan izin Allah.

11. Al Mutakkabir
Maha Megah/Yang Memiliki Kebesaran
The Tremendous

Apabila dizikirkan sebanyak 662 X maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.


12. Al Khaliq
Maha Pencipta
The Creator

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insyaallah yang ingin otak cerdas,
cepat menerima sesuatu pelajaran. Amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat tangkap (faham).


13. Al Baari
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
The Maker

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 X
selama 7 hari berturut-turut, Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh
dari penyakit tersebut.


14. Al Mushawwir
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
The Fashioner of Forms

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan "Ya Mushawwir" sebanyak 21 X, Kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 X. Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.


15. Al Ghaffar
Maha Pengampun
The Ever Forgiving

Sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 X sambil menunggu masuknya solat Jumaat. Insyaallah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16. Al Qahhar
Yang Memaksa
The All Compelling Subduer

Zikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakan & kemewahan dunia & Insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi
kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. Al Wahhaab
Maha Pemberi Kurnia
The Bestower

Dizikir sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.


18. Ar Razzaaq
Maha Pemberi Rezeki
The Ever Providing

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh. Insyaallah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga.Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19. Al Fattaah
Maha Pembuka Rahmat
The Opener/The Victory Giver

Dizikir sebanyak 71 X sesudah selesai solah Maktubah. Insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.


20. Al Aliim
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
The All Knowing/The Omniscient

Dizikir sebanyak 100 X setiap selesai solat Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemaktifatan yang sempurna.

21. Al Qaabidhu
Yang Menyempitkan (makhluknya)
The Restrainer/ The Straightener

Dizikirkan 100 X setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.


22. Al Baasithu
Yang Melapangkan (makhluknya)
The Expander/ The Munificent

Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insyaallah rezeki akan menjadi murah.


23. Al Khaafidh
Yang Merendahhan (makhluknya)
The Abaser

dizikirkan sebanyak 500 X setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawwaduk, Insyaallah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh mertabatnya.


24. Ar Raafi'
Yang Meninggikan (makhluknya)
The Exalter

Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25. Al Mu'izz
Yang Memuliakan (makhluknya)
The Giver of Honor

Dizikirkan sebanyak 40 X setiap hari, Insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


26. Al Mudzil
Yang Menghinakan (makhluknya )
The Giver of Dishonor

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


27. Al Samii'
Maha Mendengar
The All Hearing

Sekiranya ingin doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, Insyaallah doa akan mustajab.


28. Al Bashir
Maha Melihat
The All Seeing

Dizikirkan sebanyak 100 X sebelum solat Jumaat, Insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. Al Hakam
Maha Menetapkan
The Judge/ The Arbitrator

Dizikirkan sebanyak 68X pada tengah malam dalam keadaan suci, Insyaallah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.


30. Al Adllu
Maha Adil
The Utterly Just

Dizikirkan sebanyak 104 X setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. Al Lathiff
Maha Lembut
The Subtly Kind

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah bagi para peniaga, ikthiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32. Al Khabiir
Maha Mengetahui Rahsia
The All Aware

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak
sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.


33. Al Haliim
Maha Penyantun
The Forbearing/The Indulgent

Dizikirkan sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan
dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.


34. Al Azhiim
Maha Agung
The magnificient/The Infinite

Dizikirkan sebanyak 12 X setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 X kemudian ditiupkan pada tangan lalu diucap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya.


35. Al Ghafuur
Maha Pengampun
The All Forgiving

Bagi orangyang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa
& beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.


36. As Syakuur
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
The Grateful

Dizikirkan sebanyak 40 X selepas solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah.
Insyaallah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali mempunyai hajat
yang penting & terdesak.


37. Al 'Aliy
Maha Tinggi
The Sublimely Exalted

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 X
(DIDALAM BAHASA ARAB BUKAN BAHASA MALAYSIA!!!!) lalu direndam pada air yang
dingin dan diberikan si anak meminumnya, Insyaallah lama kelamaan otak si anak itu akan
berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insyaallah.


38. Al Kabiir
Maha Besar
The Great

Bagi seseorang yang kedudukannya telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah,
maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan
suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat.)


39. Al Hafizh
Maha Menjaga
The Preserver

Dizikirkan sebanyak 99 X, Insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang
buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.


40. Al Muqiit
Maha Pemberi Kecukupan
The Nourisher

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalm hutan atau di mana
sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir
ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar telah hilang.

41. Al Hasiib
Maha Membuat Perhitungan
The Reckoner

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkanlah zikir ini sebanyak 777 X
sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insyaallah akan meneguhkan kedudukan kita
tanpa sebarang gangguan.


42. Al Jaliil
Maha Mulia
The Majestic

Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insyaallah kita akan
mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang
pegawai, maka tanpa di sedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.


43. Al Kariim
Maha Pemurah
The Bountiful/The Generous

Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak 280 X ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


44. Ar Raqiib
Maha Mengawasi
The Watchful

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang
kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah,
Insyaallah......


45. Al Mujiib
Maha Mengabulkan
The Responsive/ The Answerer

Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab &
selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 X sesudah solat subuh.
Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.


46. Al Waasi
Maha Luas
Tha Vast/ The All Encompassing

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128 X setiap pagi & petang,
Insyaallah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini
sentiasa diamalkan, Insyaallah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


47. Al Hakiim
Maha Bijaksana
The Wise

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insyaallah
akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 X setiap hari.


48. Al Waduud
Maha Pencinta
The Loving/ The Kind One

Amalkan zikir ini sebanyak 11000 X pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi
insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada
di dalam keadaan harmoni.


49. Al Majiid
Maha Mulia
The All Glorious

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi
& menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkanlah zikir ini
sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke
seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50. Al Baa'its
Maha Membangkitkan
The Raiser of the Dead

Zikirkan sebanyak 100 X dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insyaallah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. As Syahid
Maha Menyaksikan
The Witness

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang atau
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 X secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. Al Haqq
Maha Benar
The Truth/ The Real

Perbanyakkan zikir ini, Insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan
iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. Al Wakiil
Maha Memelihara
The Trustee/ The Dependable

Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkanlah zikir ini, Insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda
& kembali seperti sediakala.


54. Al Qawiyyu
Maha Kuat
The Strong

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


55. Al Matiin
Maha Kukuh
The Firm/ The Steadfast

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.


56. Al Waliyy
Maha Melindungi
The Protecting Friend/ Patron & Helper

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah
elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,
kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan orang-orang
yang bersifat dengki.


57. Al Hamiid
Maha Terpuji
The All Praiseworthy

Perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang
paling berhak menerima segala pujian.


58. Al Muhshiy
Maha Menghitungi
The Accounter/ The Numberer of All

Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam petolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
sesudah solat 5 waktu.


59. Al Mubdi'
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah sebanyak
470 X setiap hari. Insyaallah.....


60. Al Mu'iid
Maha Mengembalikan Kehidupan
The Reinstater Who Brings Back All

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkanlah
zikir ini sebanyak 124 X setiap hari sesudah solat. Insyaallah di pertunjukkan
akan hasilnya.

61. Al Muhyii
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Amalkan zikir ini sebanyak 58 X setiap hari, Insyaallah kita akan diberikan
kemuliaan, darjat dunia & akhirat kelak.


62. Al Mumiitu
Maha Mematikan
The Bringer of Death/ The Destroyer

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan dipermudahkan
di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.


63. Al Hayyu
Maha Hidup
The Ever Living

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.


64. Al Qayyumm
Maha Mandiri
The Self Subsisting Sustainer Of All

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
zikir lah dengan "YA HAYYU YA QAYYUUM..." sebanyak 1000 X setiap malam
atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insyaallah akan
tercapai segala hajat.


65. Al Waajid
Maha Penemu
The Perceiver/ The Finder/ The Unfailing

Andai berkeinginan berkeperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.


66. Al Maajid
Maha Mulia
The Illustrious/ The Magnificent

Demi kecerdasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


67. Al Wahiid
Maha esa
The One/ The All Inclusive/ The Indivisible

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 X setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insyaallah....


68. As Somad
Maha Diperlukan/ Tempat Meminta
The Self Sufficient/ The Impregnable/ The Eternally Besought of All/ The Everlasting

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada
Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin, Insyaallah, diri akan berasa segar sentiasa.


69. Al Qaadir
Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan
The All Able

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkanlah zikir
ini sebanyak 305 X setiap hari, Insyaallah segala hajat akan berhasil.


70. Al Muqtadir
Maha Berkuasa
The All Determiner/ The Dominant

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana
zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita itu.

71. Al Muqaddim
Maha Mendahulukan
The Expediter/ He Who Brings Forward

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 X setiap hari, Insyaallah nescaya segala usahanya
akan berhasil".


72. Al Mu'akkhir
Maha Mengakhirkan
The Delayer/ He Who Puts Far Away

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.


73. Al Awwal
Maha Awal
The First

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 X, setiap hari, Insyaallah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah.


74. Al Aakhir
Maha Akhir
The Last

Amalkan berzikir sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
Insyaallah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.


75. Az Zhaahir
Maha Nyata
The Manifest/ The All Victorious

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1106 X selesai solat waktu di tempat sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala
rahsia yang pelik & sukar serta di beri kefahaman ilmu.


76. Al Baathin
Maha Ghaib
The Hidden/ The All Encompassing

Seperti No. 75 juga, tetapi amalkanlah sebanyak 30 X sesudah solat fardhu.


77. Al Waali
Maha Memerintah
The Patron

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para
wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.


78. Al Muta'aalii
Maha Tinggi
The Self Exalted

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau
mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap, Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya
& segala hajat yang penting-penting akan berhasil.


79. Al Barri
Maha Penderma
The Most Kind And Righteous

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, Insyaallah segala apa yang kita
hajati akan terlaksana dengan mudah.


80. At Tawwaab
Maha Penerima Taubat
The Ever Returning/ Ever Relenting

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali
ke jalan yang lurus.

81. Al Muntaqim
Maha Penyiksa
The Avenger

Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan
zikir ini setiap hari sesudah solah fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat
pertolongan Allah.


82. Al Afuww
Maha Pemaaf
The Pardoner/ The Effacer Of Sins

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala
dosanya oleh Allah.


83. Ar Ra'uuf
Maha Pengasih
The Cpmpassionate/ The All Pitying

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja
yang memandangnya, amalkanlah zikir ini seberapa mampu samada pada
waktu siang mahupun malam.


84. Malikul Mulk
Penguasa Kerajaan (Semesta)
The Owner Of All Sovereignty

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa
diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 X
sesudah solat fardhu & 212 X pada setiap malam selama sebulan. Insyaallah
akan mendapat pertolongan Allah.


85. Dzul Jalaali Wal Ikraam
Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan
The Lord Of Majesty And Generosity

Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 X setiap hari selama sebulan, Insyaallah segala
hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.


86. Al Muqsith
Maha Adil
The Equitable/ The Requiter

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


87. Al Jamii'
Maha Mengumpulkan
The Gatherer/ The Unifier

Sekairannya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.


89. Al Ghaniyy
Maha Memberi Kekayaan
The Enricher/ The Emancipator

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insyaallah apa yang kita
usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat
berkat.


90. Al Maani
Maha mencegah
The Withholder/ The Shielder/ The Defender

Mintalah kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada
Allah dengan memperbanyakkan zikir ini. Insyaallah segala hajat kita akan
tercapai.

91. Ad Dhaar
Maha Memberi derita
The Distressor/ The Harmer

Asma' ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. Insyaallah
dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.


92. An Nafii'
Maha Memberi Manafaat
The Propitious/ The Benefactor

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang
susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. An Nuur
Maha Bercahaya (Menerangi/Memberi Cahaya)
The Light

Menurut Sheikh Ahmad Bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan
dunia mahupun kebaikan akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan
zikir ini setiap pagi & petang.


94. Al Haadii
Maha Pemberi Pertunjuk
The Guide

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian dia
tersesat, hendaklah dia memohon pertunjuk Allah dengan memperbanyakkan
zikir ini, Insyaallah akan diberikan pertolongan oleh Allah akan cepat lepas
dari kesesatan tersebut.


95. Al Baadii
Maha Pencipta
Incomparable/ The Originator

Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan
rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka zikirkanlah dengan zikir ini
sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. Al Baaqii
Maha kekal
The Ever Enduring And Immutable

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insyaallah
dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.


97. Al Waarits
Maha Pewaris
The Heir/ The Inheritor of All

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 X selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya
segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707 X . Insyaallah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.


98. Ar Rasyiid
Maha Pandai
The Guide/ Infallible Teacher And Knower

Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, Nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.


99. As Shabuur
Maha Sabar
The Patient And Timeless

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Sabtu, 18 Julai 2009

Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:


Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.



2. Surah Yunus: 57:


Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.


3. Surah an-Nahl: 69:


Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.


4. Surah al-Isra’: 82:


Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.


5. Surah asy-Syu’ara’: 80:


Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,


6. Surah Fussilat: 44:

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".

[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.


Ketaatan Kepada Perintah Rasulullah dalam Penjagaan Kesihatan

Allah s.w.t. menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah saw, seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Hasyr:7).


Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota Maka adalah untuk Allah, untuk rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu. apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya.



Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah saw. ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.

Baginda bersabda:

Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan, iaitu dengan menggunakan madu dan al-Quran- Riwayat Ibnu Majah.

Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya, Rasulullah saw. ada bersabda:

Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit, dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan jangan berubat dengan benda yang haram.

Hadis ini diperkuatkan dengan hadis-hadis lain, di antaranya hadis yang berbunyi:


Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyedia­kan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.

Al-Quran mengandungi pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, memelihara kesihatan jasad juga roh. Dalam surah al-Maa-idah: 6:

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, Maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit[*2] atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh[*3] perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

[*2] Maksudnya: sakit yang tidak boleh kena air.
[*3] Artinya: menyentuh. menurut jumhur Ialah: menyentuh sedang sebagian mufassirin Ialah: menyetubuhi.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menyuruh orang yang beriman yang hendak mendirikan sembahyang agar membasuh muka dan tangan hingga ke siku, menyapu rambut dan kedua belah kaki hingga ke buku lali. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan itu berupaya memelihara jasad, menjaga kulit daripada objek najis yang terdapat pada­nya. Membersihkan tanah, debu, kotoran-kotoran dan kuman yang mengotorkan tangan. Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, bersiwak untuk memelihara gigi dan alat peng­hadam makanan,

Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri (al-Maa-idah: 6) untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh, memulihkan semula edaran darah juga mencergaskan fungsi sendi otot dan urat saraf.

Di samping membersihkan anggota zahir, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin. Mengelakkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil yang ber­panjangan juga kemungkaran dosa-dosa besar. Akan lahir daripada ibadah tersebut semulia-mulia akhlak dalam diri. Dengan sembahyang jiwa menjadi tenang. Ketenangan merupakan asas kesejahteraan individu.

Allah s.w.t. mewajibkan setiap orang agar berpuasa untuk melahirkan rasa takwa. Berpuasa secara tidak langsung memberi kerehatan pada seluruh organ peng­hadaman, menyebabkan puasa sekarang ini merupakan satu kaedah terbaru, yang diterima umum untuk mengu­bat penyakit dalam perut, radang paru-paru, sakit sendi juga lain-lain penyakit serius.

Untuk memelihara kesihatan, Islam menegah se­seorang memakan makanan yang memberi mudarat seperti bangkai, babi dan sebagainya, juga melarang zina kerana ia merosakkan diri dan masyarakat. Rasulullah saw. juga memberi amaran agar jangan memasukkan makanan ke dalam makanan (menambah makanan sebelum makanan di mulut hancur terkunyah), memberi amaran tentang bahaya taun dan kusta dan menggesa orang yang sakit agar berubat. Baginda juga menegah seseorang membuang air kecil di air yang berlari.

Mengambil makanan ketika perlu merupakan satu faktor utama kesihatan yang berterusan. Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum hadam, melakukan pergerakan yang banyak selepas makan juga tidak baik.

Baginda saw. juga menyuruh agar setiap makanan dan minuman ditutup dengan menyebut nama Allah, agar tidak jatuh padanya binatang yang beracun, yang boleh membunuh pemakan atau peminumnya.

Allah s.w.t. menegah seseorang makan atau minum berlebihan (A1-A’raaf: 31),

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di Setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.
[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.



Al-Ustaz Marzuq (1989: 28) menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu ingin hidup terhindar daripada penyakit, mereka hendaklah makan dalam keadaan sederhana, Punca penyakit ialah makanan yang berlebihan.

Sayidina Umar ada berkata:

Jauhilah makan berlebihan, sesungguhnya ia penyebab rosak diri, mewarisi penyakit, me­nyebabkan malas sembahyang, dan hendaklah kamu menjaga makan, kerana ia paling baik untuk jasad, dan hindarkan daripada berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah bencikan orang alim yang gemuk — Riwayat Abu Naim.



Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:

Orang mukmin makan dalam satu perut, walhal orang kafir makan dalam tujuh perut — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Hadis yang mulia ini mengandungi rahsia kesihatan yang besar. Orang yang sedikit makan, sedikit minumnya. Orang yang sedikit minumnya, kurang tidurnya. Daripada orang yang kurang tidur akan lahir keberkatan pada umurnya. Sebaliknya orang yang penuh perutnya, banyak minumnya, menyebabkannya banyak tidur. Orang yang banyak tidur kurang keberkatan umurnya.

Orang yang mengambil makanan berpatutan sejahtera alat penghadaman tubuhnya. Menyebabkan tubuh dan hatinya dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan alat penghadamannya akan lemah, penat bekerja dan berkemungkinan akan rosak, menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh panca­inderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah, untuk patuh melakukan sesuatu yang baik.



(Petikan dari Buku Doa & Rawatan Penyakit oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Rabu, 24 Jun 2009

Renungan Buat Semua : Kisah di Sebuah Kelas....


Kisah ini sangat menarik untuk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.Wallahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si Guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.
"

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti- gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid - murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak,begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara,untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya." Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.

"Semuanya sudah terbalik.Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.Sekarang anda berdiri di luar karpet.Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar,digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."

Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat." Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan."Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."

Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi.. apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

sumber : islahsite.freephpnuke.org

Cerita ini boleh kita jadikan pengajaran, betapa bahayanya serangan secara diam yang tidak kita ketahui, sehingga boleh memesongkan akidah masyarakat Islam hari ini, yang pada hari ini sudah jauh terpesong dan mudah untuk hanyutbersama arus nafsu kerana terpersona kepada nikmat dunia yang sementara, maka terealisasilah satu jenis manusia sebagaimana yang disebut dalam hadis baginda Rasulullah iaitu manusia yang berpenyakit "wahan" sebagaimana sabda Rasullullah yang bermaksud :

"Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Oleh itu, ingatlah wahai insan, sebelum terlambat.

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah