..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Selasa, 30 Jun 2009

Apa sebenarnya terjadi di Iran?


Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika - ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai "setan dunia" oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politiknya secara terang-terangan yang akan berani membuat dasar pro-Amerika kerana sebab-sebab sejarahnya.

Pada 1953, Mohammed Mosaddeq memenangi pilihanraya dan dilantik sebagai perdana menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memiliknegarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeq akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini perancangan agensi perisikan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang, syarikat minyak Anglo-Amerika dibawa masuk kembali.

Untuk menggantikannya, Shah Ahmad Reza Pahlavi dinobatkan oleh CIA sebagai raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Maklumat ini fakta sahih. Pada 4 Jun lalu, presiden Amerika Syarikat yang baru Barack Obama sendiri mengakui perkara ini dalam ucapan di Kaherah. Ucapan Obama kepada "warga Islam" sejagat dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik-baik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam – aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni.

Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya dijalankan, ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Pengeboman ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

adi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisis akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili golongan bawahan – kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.

Basij asalnya kumpulan anak-anak muda kampung dan anak muda miskin kota yang direkrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarelawan tetapi dua tahun lalu ia diserap dalam pentabiran Ahmadinejad, sebagai presiden. Basij mendapat kontrak pembangunan, lesen-lesen dan memegang jawatan di lembaga-lembaga di beberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad.

Lembaga ini samalah seperti perbadanan kemajuan ekonomi negeri atau SEDC yang ditubuhkan oleh perdana menteri Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi.

Pasukan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran di bawah pentadbiran Shah yang banyak menjadi tali barut Amerika Syarikat. Pasukan Pasdaran ini mendewasa dalam kancah perang Iran-Iraq.

Basij dan Pasdran kini asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin di kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri yang diwakili oleh Rafsanjani, seorang multibilionaire.

Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional - melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

Rafsanjani taukeh kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat dieksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional - untuk mencari pasaran dunia.

Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini peniaga-peniaga Cina yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan.

Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu, kumpulan Bazaari ini menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Syiah yang berpusat di Qum, kota suci penganut Syiah. Mereka memerlukan satu sama lain.

Golongan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi alias duit kelas bazaari. Kelas ini pula memerlukan fatwa untuk "menghalalkan" apa sahaja perniagaan mereka, termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai "nikah sementara".

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancong tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat dieksport.

Kelas bazaari yang komprador - yang bergantung perniagaan dengan peniaga luar - kini melihat barangan mereka amat susah untuk diimport atau dieksport kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas di sini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama - borjuis nasional dan kelas komprador yang diwakili oleh Rafsanjani-Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru, keadaan ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut-paut dengan Islam, dengan mazhab Syiah atau dengan agama.

Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa, ada lagi satu kumpulan – monarki – saki-baki penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang menggelabah seperti polong tidak bertuan.

Tuannya Reza Pahlavi anak Shah kini tinggal di Kaherah kerana menjadi menantu Anwar Sadat, bekas presiden Mesir.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau Country Height di Kajang.

Kumpulan ini berkumpul bawah televisyen satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancarkan dari Kaherah.

Kelas feudal dan elit atasan ini – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut-paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang-lenang ber-shopping di hujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu.

Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Mohamad. Mereka melihat "gaya hidup" mereka menjadi kacau-bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi, siapakah pula yang berdemonstrasi di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya.

Mereka bersatu bawah bendera dan slogan "undur-undur Ahmadinejad". Ia sama seperti slogan zaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemonstrasi untuk menjatuhkan regim Mahathir.

Awas! Dari semua kumpulan ekonomi ini ada lagi satu kumpulan. Mereka ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas.

Mereka inilah yang gugur ditembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis antirusuhan.

Anak-anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah "penanam anggur" yang tidak memiliki kerja dan masa depan.

Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang mengganggu-gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster.

Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapa saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan SMS dan Twitter.

Mereka bermazhab Ali Shariati, tokoh sarjana yang membakar semangat kebebasan. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che Guevara.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran.
Mereka ingin membebaskan Iran daripada theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.

Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Ia memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran, memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq.

Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Syiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.

Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 sebelum dirampas oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun.

Anak-anak muda di mana sahaja di dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ia adalah sifat dan naluri anak muda. Anak-anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

oleh :Hishamuddin Rais
Jun 25, 09 2:01pm
Malaysiakini.com

Rabu, 24 Jun 2009

Keistimewaan Baitul Maqaddis di Palestine


- ini adalah imej masjidil Aqsa yang sebenar, bukan seperti yang disebarkan kepada kita selama ini -



- ini bukanlah masjidil Aqsa -

Antara keistimewaan bumi Baitul Maqaddis yg diikiraf ALLAH swt dalam kalamNya yang mulia dan hadis Rasulullah saw :

1) Baitul Maqaddis dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjidil Aqsa.
i. Masjidil Aqsa adalah masjid yang kedua dicipta ALLAH swt di muka bumi ini.
Sabda Rasulallah yang bermaksud "Nabi saw pernah ditanya, "Masjid apakah yg pertama dibina di atas muka bumi ini?".Baginda saw menjawab "Masjidil Haram"."Selepas itu masjid apakah pula?". Baginda saw menjawab "Masjidil Aqsa." -
(HR Bukhari & Muslim)

"

ii. Masjidil Aqsa adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.
Nabi saw bersabda "Janganlah kamu bersusah payah utk bermusafir
kecuali utk menuju ke tiga masjid- Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa."
-(HR Bukhari & Muslim)


iii.Firman ALLAH swt : "Maha Suci ALLAH swt yg telah mengIsra'kan hambaNya (Muhammad saw) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkati sekelilingnya utk Kami perlihatkan kpdnya tanda2 kekuasaan Kami" (al-Isra':1)


2) Berdasarkan perspektif Islam,tempat ini merupakan Padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat (Berdasarkan hadis Maimunah binti Saad yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad dlm musnadnya dan juga Ibn Majah: Maimunah telah bertanya kpd Nabi saw;"Ya Rasulullah saw, berikan kami fatwa berkenaan Baitul Maqdis." Baginda saw menjawab "Ia adalah bumi Mahsyar dan Kebangkitan".

3) Ia merupakan tanah para anbiya'.Bahkan ramai anbiya' yg disebut dlm al-Quran dilahirkan,dibesarkan dan disemadikan di sini (lebih 50 orang). Antaranya Nabi Ibrahim as(dimakamkan di Khalil-Hebron),Nabi Ismail as, Nabi Musa as, Nabi Ishaq as, Nabi Ya'qub as, Nabi Syu'ib as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Isa as dll.

***petikan drpd buku Al-Aqsa dalam Bahaya!! oleh Maszlee Malik***


Sedarilah saudara2 seiman dan se'aqidah...bumi suci ini milik kita semua, bukan hanya penduduk Palestin.Bangkitlah berjuang bersama2 para Mujahidin di sana utk membebaskan dan mempertahankan Masjidil Aqsa yg kini semakin terancam oleh tangan2 kuffar la'natullah.Janganlah pernah berhenti berdoa memohon pertolongan ALLAH swt krn pertolonganNya sangat dekat.Mohon semoga para Muslimin di sana ditetapkan dan dikuatkan iman menghadapi jihad ini.

Boikotlah barangan Israel (antaranya Nestle,Danone,Scott,Johnson&Johnson,Coca Cola dll-rujuk http://www.inminds.com/boycott-israel.html). Takutlah pada ALLAH swt utk tak mengambil peduli nasib mereka, juga nasib kita sbg umat Islam.

Setiap rakyat Palestin yg mati di Gaza disebabkan sekatan, kamu sekalian akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH swt Hakim Yg Maha Adil ke atas setiap tiik darah yg mengalir - Aman Palestin Berhad.

Renungan Buat Semua : Kisah di Sebuah Kelas....


Kisah ini sangat menarik untuk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.Wallahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si Guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.
"

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti- gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid - murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak,begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara,untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya." Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.

"Semuanya sudah terbalik.Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet.Sekarang anda berdiri di luar karpet.Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar,digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."

Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat." Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda."Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan."Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."

Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,Perang Tartar, dan lain-lain.

Tapi sekarang tidak lagi.. apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

sumber : islahsite.freephpnuke.org

Cerita ini boleh kita jadikan pengajaran, betapa bahayanya serangan secara diam yang tidak kita ketahui, sehingga boleh memesongkan akidah masyarakat Islam hari ini, yang pada hari ini sudah jauh terpesong dan mudah untuk hanyutbersama arus nafsu kerana terpersona kepada nikmat dunia yang sementara, maka terealisasilah satu jenis manusia sebagaimana yang disebut dalam hadis baginda Rasulullah iaitu manusia yang berpenyakit "wahan" sebagaimana sabda Rasullullah yang bermaksud :

"Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Oleh itu, ingatlah wahai insan, sebelum terlambat.

Selasa, 23 Jun 2009

Selamat Datang Bulan Allah



Tiba lagi bulan Allah, bulan yang berkah, bulan haram yang sendirian. Bulan berlakunya isra` dan mi'raj Junjungan Nabi SAW. Marilah kita mempertingkatkan amalan sholeh kita, amalan yang menjadi sebab bagi kita memperolehi rahmat Ilahi, amalan yang menjadi teman yang menyenangkan dalam kubur nanti, sebelum disenangkan dengan kesenangan abadi dalam syurga yang penuh kenikmatan. Bercakap tentang kubur, maka ianya adalah manzilah pertama bagi setiap insan setelah meninggalkan dunia yang fana menuju ke negeri baqa'.

Apabila kita mati, maka dalam kubur tiada sapa yang sudi untuk bersama. Hanya amalan kita sahaja yang sudi, sedangkan yang lain, baik berupa harta, anak-isteri semuanya kembali, setelah tanah menutupi jenazah kita. Tinggallah kita seorang diri, mengharapkan rahmat ihsan kasihan belas Yang Maha Esa. Allahu ... Allah. Mari perhati syair yang dinukil oleh Syaikh Ibnu Hajar al-`Asqalaani asy-Syafi`i rahimahUllah dalam karya beliau "al-Isti'daad li yawmil ma`aad" berbunyi:-

Wahai insan yang dunia jadi kesibukannya
Telah tertipu ia oleh panjang angannya
Atau yang sentiasa dibuai kelalaianya
Hingga ajal datang mendekatinya
Sungguh mati itu tiba-tiba datang mengejutkannya
Dan kubur itu peti segala amalannya
Bersabarlah atas segala kepayahan dunia
Tiada mati melainkan dengan ajalnya


Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahUllah dalam karya beliau "Mukaasyafatul Quluub" membawa sebuah cerita yang berhubung kait dengan amal sholeh dan bulan Rajab. Ini hanyalah sebuah kisah, terpulanglah untuk percaya atau tidak, sesiapa yang percaya mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar juga panduan serta jadi pemangkin untuk menambahkan lagi amalan dalam bulan yang mulia ini. Sesiapa yang tidak percaya, maka terpulanglah, tiada siapa yang hendak memaksanya untuk percaya. Hujjatul Islam al-Ghazali menukilkan dalam bab ke-100 kitab tersebut, kisah seperti berikut:-

Diceritakan bahawa ada seorang wanita di Baitul Muqaddis (tepatnya Baitul Maqdis @ Baitul Muqaddas) yang menjadikan 12,000 kali Suratul Ikhlash sebagai wiridnya setiap hari di bulan Rajab. Dalam bulan ini, dia mengenakan pakaian dari shuf (yakni sebagai tambahan dan pernyataan sifat zuhudnya). Tatkala dia sakit, dia berwasiat kepada anaknya agar dia dikafankan dengan kain shufnya tersebut. Namun ketika dia mati, dia telah dikafankan dengan kain yang elok. Maka anaknya bermimpi ibunya berkata: "Aku tidak redha kepadamu kerana engkau tidak melaksanakan wasiatku." Terjagalah anaknya itu dengan perasaan cemas, lalu dia mengambil kain shuf ibunya agar dapat dikebumikan bersama ibunya. Maka dia pun menggali kubur ibunya dan tidaklah dia tidak bertemu dengan jenazah ibunya itu, hairanlah anak tersebut lalu dia mendengar satu seruan yang berbunyi: "Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang mentaati Kami dalam bulan Rajab tidak Kami tinggalkan sendirian seorang diri. (yakni ditinggal sendirian dalam lubang kubur)".


Allahu ... Allah, bagaimanakah keadaan kita nanti dalam kubur? Sendirian ? Bertemankan kala dan ular? Allahu.. Allah. Mudah-mudahan kuburan kita nanti menjadi taman syurga dan bukannya jurang api neraka.



***************************

اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان



petikan dari : http://bahrusshofa.blogspot.com/


Renungan : Bagaimana Ayah Begitulah Anaknya


"Siapakah yang menjamin hidup sampai selepas waktu Zohor?" Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar Abdul Aziz, tokoh pemimpin yang bergelar khulafa' ar rasyidin kelima. Ketika itu, khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Maik.

Tetapi baru saja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan berkata, "Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?" Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab,"Biarkan saya tidur sejenak. saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa." Namun pemuda itu kelihatan tidak paus hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi, "Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?" Khalifah Umar mengatakan,"Jika tiba waktu Zuhur , saya bersama orang-orang saya akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya." Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda, "Siapakah yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zohor , wahai Amirul Mukminin."

Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri,Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya.

Renungan buat bapa-bapa, masihkah ada bapa dan anak seperti panduan dan contoh terbaik di atas, fikir-fikirkanlah. dalam situasi kita pada zaman sekarang, generasi terlalu maju sehinggakan akhlak manusia sendiri dimajukan mengikut kehendak nafsu. yang buruk diagung-agungkan dan dan yang baik dipandang serong,disindir-sindir dan diperlekeh fikir-fikirkanlah.

[:: Wasiat Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim ::]



Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
"- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah

Ulama' Kita 1 : TG HJ YAHYA KUPANG (1906-1959)

[::TG HJ YAHYA KUPANG (1906-1959)::]

Nama sebenar Hj Yahya bin Muhammad Taha bin Idris. Beliau dilahirkan di Kg Pisang, Kupang, Baling, Kedah. Berasal dari Pattani. Belajar al-Qur'an dgn bapa saudaranya Awang Besar dan TG Hj Ahmad Awg Besar.

Belajar di Sek Melayu Sik hingga darjah 3. Kemudian memondok dan menadah kitab dgn TG Hj Yaakub selama 6 thn. Kemudian menyambung pelajaran di Makkah selama 12 tahun.

Antara gurunya : Pak Chik Daud Fathoni, TG Hj Yahya Reman, Pak Da Eil, Syekh Mukhtar Utarid, Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Syed Alawi DLL Beliau bersama Pak Su Hj Ahmad berarak sambil bertakbir dan berzikir dgn kuat sehingga komunis mengundurkan diri.

Beliau juga dijemput menghalau komunis di Batu Kurau. Perak. Melahirkan murid yang ramai. Dipercayai seorang yg mempunyai keramat. Meninggal dunia petang Khamis di rumah isteri ke3nya tahun 1959. Dikuburkan di Tanah Perkuburan Masjid al-Huda, Kg Hangus.



[:: TG PAKCU HIM GAJAH MATI(1894- 1968)::]

Tuan Guru Hj Wan Ibrahim Gajah Mati merupakan salah seorang ulamak Kedah yg masyhur. Berusaha memberi ilmu pengetahuan serta menolak pndgn yang menyeleweng tnt akidah. Dilahirkan di Pattani tetapi menetap di Kedah. Adik kpd Tuan G uru Pak Da Ail Pattani yg masyhur mengajar di Makkah. Ayahnya ialah TG Hj Wan Kadir Wan Mustafa (Tok Bendang Daya). Belajar dgn ayahnya. Kemudiannya dgn Tok Jakar di Bermin, Pattani kemudiannya belajar di Makkah. Menguasai penulisan syair arab. Buku Qawaid Feqhiyyah ditulis dlm syair. Mempunyai hubungan yg rapat dgn Tok Kenali. Balik ke Kedah berkahwin dan membuka pondok. Pondoknya mendapat sambutan hangat. Beliau mengajar Fathul Wahhab, Sahih Bukhari DLL. Kitabnya Fathul Jalil Wa Syifa' al-Ghalil ditulis utk menolak pndgn Qidam Mustahil. Meninggal dunia dlm usia 74 tahun dgn memiliki 11 org cahaya mata. Di makamkan di Kg Gajah Mati, Pendang, Kedah.

Ulama' Kita 3: DATO' SYED ALWI BIN TOHIR AL-HADDAD


Beliau merupakan Mufti Johor yang ke IV (1934-1941) dan VI (1947-1961). Beliau pernah mengeluarkan fatwa tentang Fahaman Wahhabiy (Kaum Muda). Beliau menasihati masyarakat Islam supaya tidak terpengaruh dengan fahaman Kaum Muda kerana fahaman kaum muda itu menyamai metodologi golongan Khawarij yang gemar mentakfir dan menyesatkan umat Islam dengan permasalahan furuk. fatwanya boleh disemak pada Himpunan Fatwa Negeri Johor

Ulama' Kita 2: TG HJ AWANG FAKIR


Nama sebenar Hj Abdullah bin Hj Yusuf Bekeng. Ibunya dikenali dgn Mek Teh. Berketurunan Raja Patani. Menetap di Kg Biah dekat Nilam Puri. Mengaji di pondok Chenok, Pondok Bendang Jong dgn Tok Chaok (masyhur dgn gelaran ahli Makrifat).


Tiga bulan makan labu sbb kehabisan beras semasa memondok.Balik ke Kelantan untuk berkahwin.Diberi 'Doa Patani' oleh Tok Chaok.Mengaji pula dgn Tok Mufti Hj Wan Musa, TG PakSu Lah Kg Bot dan Tok Kemuning Tua.Mengaji pula di Makkah 2 tahun. Akhirnya, pulang dan thn 1929 menetap di Kg Lembu (Nilam Puri). Melahirkan ramai murid.

Amalan istimewa : Doa surah al-Ikhlas, Ayat al-Kursi, Ayat 33 n Selawat. Pencuri labunya sakit perut serta merta. 3 Penyamun tidak boleh keluar dari sebuah kebun hingga ke pg kecuali dgn kebenarannya. Kembali kerahmatullah pada 5.50pg, Isnin 4 Mei 1964

Ulama' Kita 1 : Tok Kenali

Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1969 ke Makkah untuk belajar.

Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh. Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu. Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur.

Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat. Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak.

Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi 'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih. Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf al-Nabhani dengan Muhammad Abduh pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak, asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.

Download Kertas Kerja Pemikiran Fiqh Al-Imam AL-Nawawi

Download

Al-Imam Al-Nawawi merupakan salah satu nama yang terbilang di persada kesarjanaan Islam. Kemasyhuran beliau merentasi berbagai disiplin ilmu seperti Fiqh, Hadith, Ulum Al-Hadith, Nasab, Tarikh, Bahasa Arab dan sebagainya.


Khidmat dan sumbangan Al-Nawawi terhadap Islam khususnya di bidang ilmu Hadith sangat besar. Setiap sarjana ilmu hadith seakan-akan berhutang dengannya atas apa yang telah beliau tinggalkan dalam ilmu tersebut. Namanya juga jarang diabaikan oleh para fuqaha’ dalam menyatakan pendapat ulama berhubung satu-satu masalah fiqh. Kecenderungan beliau dalam membahaskan dalil-dalil yang dikemukakan oleh fuqaha’ (khususnya mazhab Syafi‘i) menjadikan sahsiahnya agak tersendiri dan unik. Menyandarkan suatu fatwa kepadanya seakan-akan memberi kekuatan kepada fatwa tersebut.

Keperibadian, pemikiran, manhaj dan sumbangan Al-Nawawi dalam pelbagai bidang ilmu terus dikaji dan dibincangkan sejak sekian lama hingga ke hari ini. Sehingga kini di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi sudah terdapat lebih 20 tajuk tesis M.A dan PhD berkaitan dengannya.

Kehebatan ilmunya diiktiraf dan dihormati, sumbangannya terhadap agama dan umat ini dihargai. Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna Al-Nawawi tidak pernah tersilap di dalam pendiriannya. Ini kerana tiada seorang insan (tidak kira betapa hebatnya dia) yang tidak terlepas daripada kesilapan.

Justeru itu, sebarang kesilapannya turut dinyatakan oleh para pengkaji. Ia tidak mencacatkan kehebatan Al-Nawawi sebaliknya ia hanyalah bukti bahawa beliau juga insan dan insane itu tidak sunyi dari salah dan silap.

Kertas kerja serba ringkas ini hanyalah sedikit pengumpulan terhadap tulisan para sarjana terdahulu. Tulisan ini cuba menumpukan kepada manhaj pemikiran Al-Imam Al-Nawawi khususnya di bidang Fiqh.

Kertas kerja ini dibentang sempena Seminar Pendekatan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah – Aqidah dan Syariah pada 11 Ogos 2007 di Hotel Garuda Plaza, Medan, Indonesia anjuran bersama Kerajaan Negeri Perlis dan Pertubuhan Muhammadiyyah, Indonesia.

Selamat Hari Bapa



Asslamualaikum,
Selamat hari Bapa diucapkan kepada semua kaum bapa, semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.terutamanya salam perjuangan diucapkan kepada semua kaum bapa yang senasib dengan saya, bapa perantau yang senantiasa merindukan gelak tawa anak-anak kesayangan yang ditinggalkan jauh. teruskan perjuangan dan tabahkan hati sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang yang sabar.

Apabila diingati dan dihayati segala penderitaan jiwa dan cabaran hidup yang dihadapi kini, tidaklah seberat cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah dan sahabat dalam usaha menyebarkan dakwah Islam suatu masa dahulu, ini adalah sedikit cabaran yang Allah berikan kepada kita sebagai suntikan dakwah, untuk menguji keimanan kita kepada Allah. Namun hati ini adalah hati manuasia yang kerdil, kadang-kadang selalu merintih kepada Allah semoga dihalau segala masalah ini, rasanya dah tak sanggup untuk menanggungnya, namunku tetap tabahkan jua demi perjuangan dakwah kepada Islam yang tercinta, Ya Allah tabahkanlah hati ini.

Kepada anak-anakku yang dikasihi, tabahkanlah hati kalian dalam menghadapi situasi ini, abi sentiasa bersama walaupun dimana sahaja.

Tuan Guru Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS


Ceria - salamatu Sodri amat dituntut dalam Islam, inilah qudwah yang terbaik buat rakyat tercinta.



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.
Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Selasa, 16 Jun 2009

10 Sifat Buruk Yang Dicela Oleh Allah



SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan
----------------------------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
---------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah
-----------------------
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki
----------------
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil
---------------------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
---------------------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia
-------------------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong
-----------------------
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri
----------------------------------
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak
-----------------------------------
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.

Tujuh perkara ganjil.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau.


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Perginya Sebutir Mutiara Berharga Buat Umat Islam


Satu berita yang amat menyayukan hati seluruh umat islam di dunia. Kebelakangan ini dapat kita lihat seorang demi seorang ulama diangkat oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menemuiNya. Pemergian mereka adalah kehilangan yang amat dirasakan oleh umat islam seluruhnya. 13 Jun 2009 berita kewafatan Ust Dr. Fathi Yakan tersebar seluruh dunia. Hati-hati para pendakwah islam gemuruh ada setengahnya mempersoalkan kebenaran dan kesahihan berita ini. Akhirnya setelah disahkan bahawa Ust Dr. Fathi Yakan telah menghembuskan nafas terakhir, jiwa-jiwa umat yang mengenali Al-Marhum samada pernah menemuinya ataupun mengenali ketajaman mata penanya menagis tersebak-sebak. Hati sayu dan berderu sejuk dan panas apabila mengenang jasa Al-Marhum yang begitu besar dalam menegakkan Islam, menyebarkan Islam, menyampaikan Islam ke seluruh dunia. Kini Beliau telah meninggalkan kita. Pemergiannya disifatkan satu musibah kepada umat islam. Antara sebab kehilangan ilmu adalah pemergian para alim ulama.

Imam Hasan Basri Menyebut :



مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ


"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

14 Jun 2009 Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan ikhwanul Muslimin) di Lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat asar. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Latar Belakang Syeikh Dr. Fathi Yakan

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari / Syabat (kiraan bulanan kuno di negara Lubnan) 1933 di Tarablus Lubnan. Telah berjaya memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Telapun berkahwin dengan Puan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).

Beliau merupakan diantarakan tokoh gerakan Islam di Lubnan dan di dunia Islam bahkan beliau merupakan diantara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan lebih kurang 50 orang saudaranya yang lain sejurus selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba'ie Rahimahullahu di Syria.

Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab dan beliau juga telah menyebarkan risalah-risalah dan tulisan-tulisan yang berbentuk ideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi-generasi kebangkitan Islam dan kebanyakan daripada tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa. Di antara tulisannya yang terkenal adalah ماذا يعنى إنتمائى للإسلام (Apa ertinya saya menganut agama Islam), مشكلة الدعوة والداعية (Masalah yang berkaitan dengan Dakwah dan Pendakwah) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Beliau juga pernah menyertai Perhimpunan Islam Antarabangsa (International Islamic Conference).

Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.

Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki).

Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.

Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).

Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya.

Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.

Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.

Ingatan demi Ingatan dari Syeikh Dr. Fathi Yakan tidak akan kami dilupakan. Irsyadat dan taujihat daripadanya samada dari percakapannya, perbuatannya dan penulisannya akan kami abadikan dalam kamus kehidupan sebagai role model di dalam dunia menyebarkan fikrah islamiah yang tulen.

Semoga Pemergian ini adalah kesedaran buat umat islam. Tanggungjawab untuk meneruskan perjuangan dalam menengakkan syiar islam terpikul di bahu-bahu kita. Semoga Allah merahmati Syeikh Dr. Fathi Yakan dan berbahagia disamping Tuhan Rabbul ''Izzati.

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah