..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Isnin, 11 Januari 2010

Amanah yang selalu dilupakan...... alpakah kita...

1.  Tugas adalah amanah

 
Hadis riwayat Imam BukhariNabi bersabda "apabila amanah diabaikan orang,tunggulah waktu kehancuran hari kiamat. "seorang lelaki bertanya kepada Nabi,"bagaimanakah amanah diabaikan? "jawab Nabi, "apabila sesuatu urusan diserahkn kepada yg bukan ahlinya, tunggulah kehancuran(hari kiamat).

2. Memilih kawan juga adalah amanah
Imam TirmiziNabi bersabda yang bermaksud,"manusia mengikut agama kawannya,maka hendaklah diperhatikan orang yg hendak dijadikn kawan kamu."

3. Memilih pasangan hidup juga adalah amanah

Imam Bukhari dan Muslim Nabi bersabda,"pilihlah(wanita) dari kalangan yg baik agamanya nescaya kamu akan selamat."
 
Imam Tirmizi Nabi bersabda,"jika(lelaki)yang dtg meminang itu seorang yg kamu redai agama dan akhlaknya(terimalah)dan kahwilah dia."

4. Memilih pemimpin juga adalah amanah.

Surah al-Baqarah ayat 124
Allah berfirman yg bermaksud,"berkata Allah(kepada Ibrahim),"sesungguhnya Allah akan menjadikn kamu imam(pemimpin)utk manusia,"berkata Ibrahim,"dan juga dari keturunanku."(berfirman Allah),"janji Ku tidak akan diberikn kpd mereka yg zalim".
 
Imam al-Hakim meriwayatkanNabi  bersabda yang bermaksud,"sesiapa yg mempunyai kuasa berhubung dgn urusan kaum muslimin lalu dia memberikn sesuatu tugas kepada seseorang sedangkn die megetahui ada yg lebih baik drpd orang itu,dia mengkhianati Allah,rasulnya dan kaum muslimin."


5. Berdakwah juga amanah

i
Riwayat Imam TirmiziNabi bersabda,"Demi Allah hendaklah kamu mengajak kpd makruf dana hendaklah mencegah mungkar dan jika ini tidak dilakukan, akan datanglah kpdmu balasan berbenutk seksaan drpd Allah dlm masa yg terdekat dan ketika itu kamu semua berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkn doa-doa kamu.

6. Mendidik keluarga ke arah kebaikkan adalah amanah

Surah at-Tahrim ayat 6
Firman Allah yg bermaksud,"wahai mereka yg beriman,peliharalah keluarga kamu dr seksaan api neraka.
.,
Imam Tirmizi meriwayatknSabda Nabi yg bermaksud,"tidak ada pemberian yg diberikan oleh seseorang ayah kpd anaknya yg lebih utama drpd adab yg mulia.

7. Menegak Agama Islam sepenuhnya adalah amanah

Dlm surah al-baqarah ayat 108,
Allah berfirman yg brmksd ,"wahai mereka yg beriman,masuklah kamu ke dlm islam secara keseluruhan dan jgn lah kamu turut langkah syaitan. Syaitan merupakan musuh yg nyata bagi kamu."

8. Menuntut ilmu juga adalah amanah

Mengikut Imam Ibn Majah
Nabi bersabda,"menuntut ilmu adalah 1 perkara yg diwajibkn ke atas setiap muslim."
Imam Bukhari dan Muslim,Nabi bersabda,"manusia ibarat lombong emas dan perak,mereka yg baik pada masa jahiliah akan menjadi baik dlm Islam apabila mereka mempunyai kefahaman yg mantap."

Selasa, 29 September 2009

DAKWAH DAN UJIAN

DAKWAH DAN UJIAN

( الدعوة والمحنة )




Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam?


Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,




وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد

Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “.


Surah al-Buruj : 8.




Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.




Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,



لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..

Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.




Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.




UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)




Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato,kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga dan juga mereka yang munafik,Firman Allah, >



Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.



- al-‘Ankabut : 11 - 15.




FirmanNya lagi:



ليميز الله الخبيث من الطيب

Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk “.



- Surah al-Anfal : 37





Telah menjadi sunatullah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatalan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya , dan untuk menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,




وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحدا



Maksudnya ,’Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun”.




dan firmanNya :


يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون



Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”




Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun , Haman ,Qarun, Musa Samiriy , dan Bal’am bin Ba’ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :




إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذى



Maksudnya, “Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia’, kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,”




dan sabdanya lagi,


إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة في الدنيا

رواه الترمذى والحاكم والبيهقى


Maksudnya:Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia.”




Sebab itulah seruluh Nabi dan Rasul mrnempuh berbagai - bagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.




Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai - bagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al - Quran, FirmanNya:




أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا
حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .. البقرة 214




Maksudnya,” Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka - mereka yang sebelum kamu, mereka ditimpa kesusahan,kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama - sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir".



Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai - bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.




Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulama ‘ sebagai contoh :



· Said bin Jubair disembelih oleh Al - Hajaj bin Yusof Al Thaqafi

· Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa

· Imam Al Shafei di tangkap

· Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa




Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama’ tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Iman Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.




Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh. Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain.




Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;



“ Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.



Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.



Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu.


Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu.


Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka.




Firman Allah,



يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون - الصف : 6



Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”




Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,



أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون - العنكبوت 2



Maksudnya, “ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.




Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin”.





JENIS-JENIS UJIAN




Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan.



Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis - jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.




1. Penyeksaan dan perkara - perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong - pendokong gerakan yang batil.



2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.



3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong - penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.




4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.



5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.



6. Ujian keatas nyawa.

7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan

8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini.

9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malah bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah danberjuang kerana Islam.



10.Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan.

11.Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah.

12.Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan dapat dicapai.





CARA MENGATASI UJIAN





Pendakwah - pendakwah apabila diduga denganujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara - cara berikut :




1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.



2. Membanyakkan membaca Al - Quran dan Doa kepada Allah.



3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.



4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.




5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.



6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar daarinya.



7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.



8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.



9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.



Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.


disediakan oleh

Ustaz Hj. Mohd Daud Iraqi


Rabu, 19 Ogos 2009

10 hadiah Allah di dunia




Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai 'hadiah', sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran:

1. Sentiasa mendapat petunjuk
"Mereka itu (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka orang-orang yang beruntung." (al-Baqarah:5)

2. Diberi penyelesaian daripada masalah

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar." (at-Thalaq:2)

3. Dipermudahkan segala urusan

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya." (at-Thalaq:4)

4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga
"... dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga." (at-Thalaq:3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa." (Ali Imran:76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi." (al-A'raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan daripada Allah

"Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa." (al-Fussilat: 18) "... dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yan bertakwa." (al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan." (an-Naba: 31)

9. Terpelihara daripada tipu daya musuh

"Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." (Ali Imran: 120)

10. Diberikan 'furqan' (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
"Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan." (al-Anfal: 29)

Dipetik dari

Jika Allah Maha Pengasih … Kenapa Disediakan Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak."

Dipetik dari

Sabtu, 15 Ogos 2009

Jangan Hina Islam


1. Islam adalah agama suci yang diwahyukan Allah swt. Agama yang mendamaikan hati , menyatukan silaturrahim , memperkayakan budi , menegakkan keadilan , menentang kezaliman , membina peradaban , menolak korupsi , anti penyelewengan , menyanggah penyalahgunaan kuasa , benci sikap hipokrit , tidak berpura - pura , memberi hak beragama dan tidak mencela antara satu sama lain tanpa sebarang asas .

2. Islam agama yang benar Ianya agama Allah Tuhan yang maha sempurna bukan ciptaan manusia yang terdedah kepada 1001 kekurangan dan kelemahan . Justeru itu Islam adalah agama yang layak dianuti bukan dikeji . Islam adalah agama yang wajar diterima bukan dihina .

3. Islam telah membuka ruang kepada umum sejak ia diturunkan sehinggalah kiamat kelak kepada siapa sahaja yang berupaya mendatang satu bukti atau satu surah yang boleh menandingi kebenaran al Quran . Islam pernah mencabar melalui kitab sucinya agar siapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya agar membawa bukti bahawa Islam adalah salah sementara yang lain adalah benar !

هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين

Sila datangkan pembuktian kamu [ untuk menolak kebenaran Islam ]
jika dakwaan kamu benar.

4. Justeru itu , tiada siapa berhak menghina agama Islam sebagaimana Islam melarang penganutnya menghina agama lain . Bahkan tidak dibenarkan sama sekali kepada siapa jua samaada muslim atau non muslim untuk menghina , mempersenda , mempermain , memperkecil , memperlekeh atau 1001 perkataan yang membawa maksud serupa . Melalui apa jua cara , kaedah dan pendekatan penghinaan kepada Islam adalah perbuatan terkutuk yang bukan sahaja mengundang kemarahan ummat Islam tetapi diwajibkan ke atas ummat Islam bangkit membela dan mempertahankan Islam .

5. Akhbar Jylland Posten pernah menghina Islam dengan lukisan karikatur nabi saw , kita pemuda Islam dan seluruh ummat Islam prihatin yang ada iman biarpun sekelumit bangkit menentang di seluruh dunia walaupun akhbar itu dimiliki oleh orang - orang bukan Islam . Begitu sepatutnya penentangan mesti dilakukan oleh ummat Islam kepada akhbar Utusan Malaysia dan lainnya juga menghina Islam apabila memaparkan gambar dan aksi artis yang mendedahkan aurat secara ghairah , mempamerkan keputusan judi sport TOTO , lumba kuda dan sebagainya .

6. Siapa sahaja tidak boleh mempertikaikan kesucian agama Islam . Samaada non muslim atau lebih - lebih lagi seorang yang mengaku muslim . Non muslim yang menghina , mempersenda dan menetang Islam akan ditentang pula oleh ummat Islam sementara yang mengaku muslim tetapi menghina , mempersenda dan menentang Islam adalah murtad dan ia berdepan dengan hukuman bunuh mandatori . Demikian ketetapan Islam dari Allah swt dan Nabinya saw.

7. Begitulah pula Islam menghulurkan tangan sucinya untuk menyambut siapa sahaja dengan penuh mesra dan semangat setiakawan sekalipun ia adalah non muslim andainya mereka bersedia menerima Islam dan ummatnya walaupun mereka tidak menganut ajaran Islam dan beriman kepada Allah swt . Islam tidak boleh memaksa orang lain memeluk ajaran Islam lantaran Islam adalah agama yang mesti dianut dengan rela dan yakin .

8. Ummat Islam berkewajipan memelihara , mempertahan dan memperjuangkan Islam dari segala ancaman dan penghinaan sehinggalah terserlah kesucian dan kemuliaan Islam setelah sekian lama ianya ditudung dan sengaja disembunyikan oleh musuh - musuhnya termasuklah angkara perbuatan sebahagian dari kalangan ummat yang mengaku Islam tetapi jahil dan munafik [ hipokrit ] serta merelakan diri mereka menjadi boneka dan alat musuh .

9. Non muslim pula berkewajipan mendapatkan maklumat dan penjelasan terlebih dahulu daripada pihak yang berauthoriti untuk memberi penjelasan mengenai Islam agar dapat mengelak diri dari kenyataan dan tindakan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan ummat Islam .

10. Perkara yang perlu diawasi dan diberi perhatian oleh semua pihak ialah peranan media musuh yang tidak bertanggungjawab untuk sengaja mempertembungkan muslim dan non muslim atau meruncingkan lagi perbezaan yang sedia wujud . Selayaknya media mengambil peranan mendamaikan dan merapatkan jurang . Jirus air ke atas bara api jangan jirus petrol !

dipetik dari Episod Sebuah Perjuangan

Rabu, 12 Ogos 2009

Tidur ...oh tidur......


Janganlah Ada Pengalaman Sampai Tertidur Seperti Ini


Menurut kajian penulis,:

- Ada individu memberi keutamaan untuk bilik tidur yang cantik,

- Ada mahukan kualiti tidur

- Juga yang mahu masa tidur yang cukup

- Selain itu ada juga yang tak kisah tidur di mana dan bila masa

- Cuma segelintir sahaja tidur mengikut ajaran Islam.

Jadi amatlah rugi kita menumpukan kepada kaedah tidur yang menjauhi ruh Islam sehingga banyak wang dihabiskan serta jauh dari kasih sayang Allah..


Tidur Anak-Anak Juga Perlu dibentuk sedari kecil Lagi


Mari kita rujuk antara adab sebelum tidur adalah;

1. Membersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi)

2. Bersuci dengan mengambil wudhuk.

Perihal di atas adalah untuk sebagai langkah persediaan agar ia menuju kepada ibadah.

Yang pertama: tidur kita dalam keadaan ingat kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Apabila kita ingat Allah, maka kita tahu Allah sukakan kebersihan dan membersihkan diri menghampirkan lagi diri kita kepada Allah.

Yang kedua : tidur menjadi asbab menjauhi kita dari perkara mungkar. Maka tidur itu lebih baik daripada melakukan maksiat.

Yang ketiga : tidur sebagai ruang rehat dan menjana tenaga untuk terus menjalankan ibadah seterusnya dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi. Seperti persediaan untuk bangun di tengah malam untuk melakukan ibadah sunnah yang lain.

Yang keempat : tidur juga sebagai ibadah bila masa kita tidur dalam mengingati yang Maha Esa dan meraih ketenangan sepanjang tidur.

Berwuduk sebelum tidur juga sebagai persediaan seandainya nyawa kita tiba di penghujung semasa lena. Dan seandainya kita meninggal dunia semasa tidur, maka ia ibarat mati dalam keadaan suci bersih. Siapakah yang pasti dan boleh memberi jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula keesokannya..? Tiada sesiapa pun..

Maka renungkanlah dan hayati serta hidupkanlah adab-adab sunnah yang baginda tinggalkan untuk kita..


Tidur Juga Boleh Menjadi Ibadah


Bagaimana Tidur Boleh Menjadi Ibadah dan Meraih Pahala Serta Kasih Sayang Allah..?

Antara pesan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenai adab sebelum, semasa dan selepas tidur boleh kita amalkan setiap hari..
Mengkebutkan (membersih atau kibas) Tempat Tidur Sebelum Tidur


“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.


(Riwayat Bukhari)




Ini membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur.
Berwudhuk Sebelum Tidur

“Apabila kamu akan mendatangi tempat tidur, berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk solat.”


(Riwayat Bukhari)




Cara Tidur Yang Betul


“Apabila kamu hendak tidur berwudhuklah dahulu sebagaimana kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)

Amalan Dzikir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebelum Tidur

Maksudnya: ” Apabila Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu ditiupkan dan dibacakan Qulhuwallahu ahad (surah al Ikhlas), Qul a’u zubirabbil falaq (surah Al-Alaq) dan Qul a ‘u zubirabbinnas (surah An Nas), kemudian dengan kedua tapak tangannya, baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (Riwayat Bukhari & Muslim)


Doa Sebelum Tidur 1

“Dengan nama-MU ya Allah, aku mati dan hidup” (Riwayat Bukhari & Muslim)


Doa Sebelum Tidur 2


Maksudnya:” Ya Allah, dengan Nama-Mu aku meletakkan bahuku, dan dengan nama-Mu aku mengangkatkannya. Jika Engkau menahan rohku (mematikannya), maka berilah rahmat kepadanya, dan jika Engkau menghidupkannya, maka jagalah dia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Riwayat Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan An Nasa’i)


Doa Apabila Ketakutan Dalam Tidur


Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaan-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya, dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)”. (Riwayat Abu Daud & At Tirmizi)


Doa Agar Dapat Tidur Malam

Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa. Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.” (Riwayat At Tabrani & Ibnu Sunni)


Doa Apabila Membalikkan Tubuh Pada Waktu Malam

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Maha Perkasa. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun”. (Riwayat Al Hakim)

Zikir Apabila Terjaga Daripada Tidur Di Tengah Malam


Maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Barangsiapa yang terjaga dari tidur dan berzikir pada waktu malam dengan menyebut ‘La ilaha illallah wahdahu la syarika lah, Lahul mulku wa lahul hamd, wahuwa ‘ala kulli syai ‘in qadir, alhamdulillah wa subhanallah wala ilaha illallah wallahu akhbar wala haula wala quwwata illa billa, atau berdoa ‘Ya Allah ampunkanlah bagiku’ atau berdoa, maka dimustajabkan doanya. Jika dia berwudhuk dan bersolat maka akan diterima solatnya.” (Riwayat Bukhari)

Doa Bangun Dari Tidur


Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami selepas ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)




Mencuci Tangan Apabila Bangun Dari Tidur


“Jika salah seorang daripada kalian bangun tidur, janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum membasuhnya sebanyak tiga kali kerana dia tidak tahu di manakah tangannya ketika dia tidur.”


(Riwayat Muslim)





Syaitan Bermalam Di Dalam Rongga Hidung


“Apabila seseorang bangun dari tidurnya, masukkanlah air ke dalam hidungnya sebanyak tiga kali dan hembuskan. Ini kerana, syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya ketika tidur.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Walau letih atau penat macamana sekalipun, jadikanlah amalan ini sebagai suatu kebiasaan sebelum tidur. marilah kita tanya diri kita “Bagaimana aku mulakan tidur dan bagaimana aku bangun dari tidur..?” Apakah yang membezakan tidur seorang muslim dan seorang kafir. Dengan mengamalkan apa yang baginda didik sudah pasti kita tidur di dalam keadaan tenang dan senang hati mengenangkan tidur kita didatangi pahala dan ganjaran serta keredhaan Allah dalam menyemai sunnah baginda dalam amalan tersebut.

Artikel dipetik dari:qhazanah.wordpress.com. layarilah dan sebarlah untuk perkongsian Ilmu

Sabtu, 1 Ogos 2009

Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia



Semoga Kita mendapat Segala Keberkatan daripada Khazanah Ilmu yang dihasilkan oleh Al Imam Amin...

DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Renungankan bersama...


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

disedut dari...

Selasa, 21 Julai 2009

Berbincang dan bermujadalah kamu ke arah kebaikan urusan dunia dan akhirat kamu, dan janganlah kamu bermujadalah ke arah mempertahan kebatilan yang telah nyata dan sorih.... fikir-fikirkan...dan renung-renungkan..


Khamis, 16 Julai 2009

Peristiwa Isra'dan Mikraj

Pada setiap tahun umat Islam akan menyambut isra' dan mikraj, sudah pastinya sekarang ini atau mana-mana masjid kat malaysia nie dah banyak berkemundang ceramah-ceramah menarik mengenai Isra' dan mikraj, yang pastinya mengamit rasa keinginan kita masing-masing untuk memperbaharui imbasan ingatan kita mengenai peristiwa istimewa ini, sebagai pengajaran hidup buat kita yag bergelar muslim.

Kita akan menyambut tarikh berlakunya peristiwa tersebut pada 20 Julai 2009 ini, peristiwa ajaib itu berlaku pada 27 Rejab marilah kita sama-sama menghayati dan ambil pengajaran berguna daripada peristiwa ini.

“MAHA suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA ( Nabi Muhammad saw ) pada suatu malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha, yang telah Kami berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha melihat” ( maksud ayat 1, surah al-Isra’

Allah swt. telah mengisrakkan Nabi Muhammad saw. dari Masjid Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang sangat jauh itu. Pada zaman dahulu, adalah menjadi perkara biasa orang berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat atau pun menunggang kuda, keldai, unta dan sebagainya.

Sekiranya mengikut jalan biasa, perjalanan dari Makkah ke Palestin mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ia merupakan satu perjalanan yang jauh tetapi dengan kekuasaan Allah swt. perjalanan yang jauh itu dapat dilakukan dalam masa yang singkat yakni beberapa jam sahaja. Bagi mereka, perjalanan yang jauh itu jika dilakukan dalam tempoh beberapa jam sahaja merupakan satu perkara yang sangat mustahil dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.

Bagi mereka, kenderaan seperti kuda, keldai, dan unta yang mereka tunggangi setiap hari tidak mungkin dapat melakukannya. Pada zaman yang serba maju sekarang, perkara tersebut bukanlah pula menjadi satu perkara yang pelik kerana sudah ada kenderaan laju seperti keretapi laju, jet, dan kapal terbang.

Sebab itulah, mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa tersebut untuk menjatuhkan Rasulullah saw. dengan menuduh Rasulullah saw. sebagai pendusta .

Namun demikian, mereka yang beriman dapat menerima kerana peristiwa tersebut merupakan salah satu daripada kekuasaan Allah swt yang telah pernah diberikannya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Contohnya nabi Isa a.s. yang dilahirkan tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata semasa bayi, dapat pula menyembuhkan orang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati, dan sebagainya.

Begitu juga dengan nabi Musa a.s. dengan tongkat yang Allah swt. berikan kuasa telah menjelma menjadi ular yang besar sehingga menelan semua ular ahli sihir raja Firaun. Malah, nabi Musa dapat membelah lautan untuk pengikutnya menyelamatkan diri daripada bala tentera Firaun. Banyak lagi tanda-tanda kekuasaan dari Allah swt yang telah diberikan kepada para rasul yang disebut sebagai mukjizat, dan kepada hambaNYA yang soleh yang dikenali sebagai karamah.

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj itu, nabi Muhammad saw. telah ditunjukkan berbagai contoh teladan yang berguna untuk umat manusia.Antaranya, telah ditunjukkan seorang tua yang tidak henti-henti menambahkan beban yang sedang dipikulnya walaupun dia sudah tidak mampu untuk membawanya. Kisah ini merujuk kepada seseorang yang memegang terlalu banyak pekerjaan yang menjadi tanggungjawabnya tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikannya dengan baik. Sepatutnya seseorang itu hanya menerima tugas yang dia sanggup menyelesaikannya dengan baik sahaja, bukannya bersifat tamak atau ingin menunjuk-nunjuk untuk menjadi lebih popular.

Rasulullah saw. juga ditunjukkan seorang lelaki yang suka makan makanan yang telah tercemar, berbau busuk, sedangkan di sampingnya terdapat makanan yang bersih dan baik. Peristiwa ini digambarkan kepada seseorang lelaki yang suka berzina, isterinya sendiri tidak dipedulikannya malah menjadi kesukaannya untuk melanggani pelacur, sehingga akhirnya dia mengidap pelbagai penyakit seperti AIDS, siflis, dan pelbagai penyakit kelamin lagi sehingga menghancurkan institusi kekeluargaan.

Hasil daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang terbesar sekali ialah menerima tugas dan perintah dari Allah swt. untuk menunaikan ibadah Solat. Ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, berzakat, menunaikan haji dan sebagainya disampaikan melalui wahyu yang diturunkan Allah swt. Sebaliknya, ibadah solat diterima langsung daripada Allah swt. Ini menunjukkan keistimewaan solat. Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat. Jika kita sakit tidak mampu untuk berdiri maka dibolehkan duduk. Jika tidak dapat duduk maka diberi lagi kelonggaran secara berbaring, malah jika baring pun menghadapi masalah maka dibenarkan untuk melakukan dengan isyarat sahaja. Daripada aspek lain, jika air tidak ada maka dibolehkan berwuduk dengan bertayammum sahaja. Pendek kata, ibadah solat hendaklah ditunaikan walau dalam keadaan apa sekali pun dan di mana pun kita berada, kecuali timbul sesuatu halangan yang memang ditakdirkan oleh Allah swt. seperti tidak siuman, pengsan, tidak sedarkan diri, gila dan seumpamanya.

Dinyatakan bahawa sebelum menunaikan solat hendaklah kita membersihkan diri daripada najis dan mengambil air sembahyang, membersihkan tempat bersujud, dan mendirikan solat sepenuh hati dengan memberikan tumpuan seluruh jiwa dan raga kita hanya kepada Allah swt. Insyaallah, dengan amalan bersolat akan mendidik diri kita menjadi bersih, berdisiplin, dan menyihatkan rohani dan jasmani kita.

Selamatkan akidah pesakit menghadapi mati



KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - Orang yang hidup bertanggunjawab menyelamatkan akidah pesakit Islam yang sedang menghadapi saat kematian.

Di saat 'sakratul maut' itu, pesakit yang sedang nazak, menghadapi ujian yang tidak dapat dilhat orang awam iaitu ketika syaitan bersusah payah menghasut dan mempengaruhi supaya pesakit mati di dalam keadaan kufur.

Justeru, mestilah sentiasa mengucapkan kalimah syahadah dan 'Allah' di tepi telinga pesakit secara bertenang dan berterusan, agar pesakit itu mampu untuk melafazkannya buat kali terakhir.

Demikian antara saranan pendakwah bebas Dr Azhar Yaacob ketika menyampaikan kuliah yang bertajuk "Pengurusan Pesakit Nazak-SakratulMaut" di pejabat Harakah tengah hari tadi, dekat sini.

Katanya ada tiga peringkat yang perlu dilakukan oleh orang awam, kaum keluarga dan rakan-rakan pesakit yang nazak iaitu membaca surah Yassin, memilih seseorang yang warak untuk membaca kalimah syahadah kepada pesakit dan membacakan doa daripada surah al-Imran daripada ayat 7 dan 8.

"Itulah saat yang paling getir, dimana malaikat dan syaitan 'bergelut' untuk memastikan pesakit mengikut pegangan. Jangan ada yang mencelah, sebab kita mahu pastikan pesakit mati di dalam Islam," katanya kepada warga kerja Harakah.

Selain itu, Dr Azhar juga turut memeri panduan dan tips yang betul dalam menyampaikan berita kematian kepada waris dan kaum keluarga yang terdekat agar ianya tidak mengundangkan masalah dan menjadikan situasi dalam keadaan panik dan mengejut.

"Sampaikan dengan cara penuh berseni dan bijaksana, supaya yang mendengar atau waris menerima berita itu dapat menerima kematian itu dengan penuh redha," katanya.

Selain itu, adalah sangat tidak digalakkan menunggu waris si mati untuk menunaikan tanggungjawab menyelenggarakan jenazah kerana ianya memakan masa yang lama dan tidak boleh ditangguh.

"Kita beri kadar 7 sehingga 8 jam untuk waris balik. Jangan tunggu sehari suntuk. Ini bukan untuk meraikan orang yang hidup tetapi menguruskan jenazah yang mempunyai 'agenda' untuk mengadap tuhan.

"Pastikan juga hutang-piutang si mati ini diselesaikan, sebaik-baiknya sebelum dikebumikan. Bayangkan orang syahid dalam perang, diterima terus ke syurga tanpa dihisab kecuali yang menghalangnya adalah hutang," katanya yang menamatkan kuliah kira-kira 1.30 petang.-azm_

Rabu, 15 Julai 2009

Kebesaran solat dua rakaat

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?" Lalu Allah berfirman yang ber maksud: “Tidak.”

Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rekaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."

Kemudian Jibril a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal."

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

Allah menyembunyikan reda-Nya dalam taat.
Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.
Allah menyembunyikan Lailatul Qadr di dalam Ra madan.
Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

Selasa, 7 Julai 2009

Muhasabah: Islam untuk semua


Ustaz Zainudin Hashim
Mon | Jul 06, 09 | 11:36:59 am MYT

Islam untuk semua adalah ungkapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapannya mengimbas kembali kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Beliau menjelaskan bahawa orang Cina terlebih dahulu kenal dengan agama Islam kerana agama Islam telah datang ke negara China lebih awal sebelum datang ke Tanah Melayu.

Beliau juga menekankan bahawa agama Islam ini adalah untuk semua golongan dan kaum tanpa batasan sama ada kaum Melayu, Cina mahupun India. Ia adalah ucapan dalam satu majlis meraikan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS pada Muktamar ke-55 awal Jun lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Setiap ahli PAS perlu melihat ucapan Tuan Guru itu sebagai positif, kerana dewasa ini golongan bukan Islam sudah menampakkan minat dan kecenderungan kepada Islam sebagai satu agama yang benar-benar menjanjikan keadilan sejagat tanpa mengira batasan kaum, keturunan atau pegangan agama.

Dan memang menjadi tugas setiap ahli PAS khususnya, menjalankan kerja-kerja dakwah untuk memahamkan semua pihak dalam negara ini agar dapat menerima Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Usaha ke arah memecah tradisi bahawa Islam adalah agama orang Melayu perlu dilipat-gandakan dengan bersungguh-sungguh, kerana inilah kesempatan yang terbaik apabila golongan bukan Islam sudah mula menerima ceramah-ceramah, malah turut menadah tangan untuk berdoa agar Allah menurunkan keselamatan.

Apa yang perlu difahamkan kepada golongan bukan Islam terlebih dahulu, bahawa Islam bukanlah agama untuk orang-orang Arab walaupun al-Quran atau hadis baginda Rasulullah dalam bahasa itu.

Islam juga bukan juga untuk orang Melayu, kerana Islam milik Allah dan Dia yang mencipta semua jenis bangsa manusia dan undang-undang yang sesuai dengan mereka.

Ahli PAS di semua peringkat adalah disaran supaya memelihara beberapa pendekatan dan asas perpincangan agar tidak mengguris mana-mana pihak. Ia perlu dilakukan dengan penuh hikmah iaitu bercakap mengikut tahap kefahaman golongan sasaran, nasihat yang baik yang menjadikan pendengar suka dan mengikutinya dengan baik serta perbahasan yang diselaputi dengan penghujahan yang konkrit dan padat.

Di samping itu juga perlu memelihara faktor-faktor berikut:

1. Membezakan Islam dan orang Islam (Muslimun).

Memperkenalkan Islam kepada bukan Islam iaitu ia adalah agama Allah yang tidak menerima sebarang perubahan atau pindaan hingga berlakunya Kiamat. Adapun orang Islam tidak begitu, kerana mereka adalah manusia yang terdedah kepada sebarang perubahan, sekejap baik, sekejap jahat begitulah seterusnya, ada yang kuat berpegang dengan ajaran agama dan sebaliknya terdapat mereka yang longgar ikatan dan hubungan kepada Allah SWT.

2. Perlu banyak membaca bahan-bahan ilmiah dalam konteks dakwah

Ahli-ahli PAS yang terlibat dalam kerja-keraja dakwah, adalah diingatkan agar banyak membaca, mentelaah, meneliti bahan-bahan yang ada kaitan dengan aspek dakwah, iaitu memperkenalkan kepada golongan sasaran bahan-bahan asli tentang Islam, jauh daripada sebarang sifat tahayul, khurafat, bidah keterlaluan kerana akan memberi gambaran yang tidak baik dan akan mencetuskan impak yang besar kepada para petugas.

Perlu banyak baca bahan-bahan bacaan seperti 'Dasar-dasar Ilmu Dakwah' oleh Dr Abdul Karim Zaidan, 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?' oleh Dr Fathi Yakan, hasil tulisan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Dr Abdullah Nasih Ulwan, Syeikh Muhammad al-Ghazali, karya-karya Tuan-tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, koleksi perdebatan antara Syeikh Ahmad Deedat dan para paderi Barat dan banyak lagi yang ada kaitan dengan aspek dakwah.

3. Perlu contohkan suri teladan yang baik hingga boleh menjadi ikon dalam dakwah

Apa yang dakwah untuk direalisasikan dalam kerja-kerja dakwah, iaitu cakap serupa bikin, dengan mengenengahkan suri teladan, budi bahasa, aspek akhlak yang jitu. Ia bukan sahaja diperlukan ketika bersama golongan sasaran, malah ia jadi amalan harian ketika berseorangan ataupun bersama orang lain, tidak merokok yang boleh memberikan gambaran buruk dan kesan kepada Islam, seolah-olah Islam membenarkan pembaziran. Justeru, apa yang perlu dilakukan ialah setiap tindakan yang positif terbit dari para pendakwah, ialah menjadi ikon kepada golongan sasaran yang mesti dimenanginya.

4. Bersikap menghormati dan memudahkan orang bukan Islam dalam urusan agama

Suka memaafkan golongan sasaran, menghormati mereka bukan hingga peringkat menyanjung secara keterlaluan, kerana ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya yang bermaksud: "Mudahkan urusan mereka dan jangan sekali-kali kamu sulitkannya, berilah berita gembira kepada mereka dan jangan lakukan sesuatu hingga menyebabkan mereka lari daripada kamu."

5. Saling bantu membantu sesama manusia

Iaitu kesanggupan ahli untuk bersedia memberi sebarang bantuan, ia bukan sekadar retorik dengan lidah yang tidak bertulang, akan tetapi dengan gerak kerja hingga ke peringkat mereka merasakan bahawa Islam tidak pernah melarang hubungan Muslim dengan 'non-Muslim', malah menjadi intim atas sebab-sebab kemanusiaan.

Inilah tindakan positif bagi merealisasikan sebaik-baik umat yang difirmankan Allah menerusi ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka, orang-orang yang fasik."

Ia juga tidak bercanggah dengan Ayat 2 Surah al-Maidah yang bermaksud: "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." Iaitu tolong menolong pada perkara yang baik selagi tidak menyalahi akidah dan iman seseorang Muslim kepada Allah SWT.

Moga-moga apa yang diketengahkan dapat menjadi panduan yang efektif, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hubungan antara Islam dan bukan Islam, bukannya diasaskan atas dasar politik sempit semata-mata, malah dilakukan atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT yang mahukan agar semua manusia di muka bumi ini menjadi Islam iaitu berserah diri hanya kepada-Nya dalam suasana harmoni dan semangat setiakawan. - lanh

Rabu, 1 Julai 2009

40 hadis mengenai dengan tanda-tanda kiamat

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

Pertama :
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

Kedua :
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Ketiga :
Zakat dijadikan hutang.
Keempat :
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Kelima :
Anak derhaka terhadap ibunya,
Keenam :
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ketujuh :
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Kelapan :
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Kesembilan :
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Kesepuluh :
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Kesebelas :
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kedua belas :
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
ketiga belas :
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Keempat belas:
Muzik banyak dimainkan.
Kelima belas :
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi

Keterangan

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
jadi insaflah wahai insan, sebelum terlambat, sekarang kita masih punya waktu untuk bertaubat sebelum ajal kunjung datang, pada masa itu tiada guna lagi penyesalan melimpah hanya amalan yang lepas dapat membantu, renung-renungkanlah.
marilah kita sama-sama bedakwah untuk saling ingat-mengingati sesama kita.
semoga tidak tidak tergolong dikalangan orang yang dilaknati oleh Allah.

Selasa, 23 Jun 2009

Selamat Datang Bulan Allah



Tiba lagi bulan Allah, bulan yang berkah, bulan haram yang sendirian. Bulan berlakunya isra` dan mi'raj Junjungan Nabi SAW. Marilah kita mempertingkatkan amalan sholeh kita, amalan yang menjadi sebab bagi kita memperolehi rahmat Ilahi, amalan yang menjadi teman yang menyenangkan dalam kubur nanti, sebelum disenangkan dengan kesenangan abadi dalam syurga yang penuh kenikmatan. Bercakap tentang kubur, maka ianya adalah manzilah pertama bagi setiap insan setelah meninggalkan dunia yang fana menuju ke negeri baqa'.

Apabila kita mati, maka dalam kubur tiada sapa yang sudi untuk bersama. Hanya amalan kita sahaja yang sudi, sedangkan yang lain, baik berupa harta, anak-isteri semuanya kembali, setelah tanah menutupi jenazah kita. Tinggallah kita seorang diri, mengharapkan rahmat ihsan kasihan belas Yang Maha Esa. Allahu ... Allah. Mari perhati syair yang dinukil oleh Syaikh Ibnu Hajar al-`Asqalaani asy-Syafi`i rahimahUllah dalam karya beliau "al-Isti'daad li yawmil ma`aad" berbunyi:-

Wahai insan yang dunia jadi kesibukannya
Telah tertipu ia oleh panjang angannya
Atau yang sentiasa dibuai kelalaianya
Hingga ajal datang mendekatinya
Sungguh mati itu tiba-tiba datang mengejutkannya
Dan kubur itu peti segala amalannya
Bersabarlah atas segala kepayahan dunia
Tiada mati melainkan dengan ajalnya


Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al-Ghazali rahimahUllah dalam karya beliau "Mukaasyafatul Quluub" membawa sebuah cerita yang berhubung kait dengan amal sholeh dan bulan Rajab. Ini hanyalah sebuah kisah, terpulanglah untuk percaya atau tidak, sesiapa yang percaya mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar juga panduan serta jadi pemangkin untuk menambahkan lagi amalan dalam bulan yang mulia ini. Sesiapa yang tidak percaya, maka terpulanglah, tiada siapa yang hendak memaksanya untuk percaya. Hujjatul Islam al-Ghazali menukilkan dalam bab ke-100 kitab tersebut, kisah seperti berikut:-

Diceritakan bahawa ada seorang wanita di Baitul Muqaddis (tepatnya Baitul Maqdis @ Baitul Muqaddas) yang menjadikan 12,000 kali Suratul Ikhlash sebagai wiridnya setiap hari di bulan Rajab. Dalam bulan ini, dia mengenakan pakaian dari shuf (yakni sebagai tambahan dan pernyataan sifat zuhudnya). Tatkala dia sakit, dia berwasiat kepada anaknya agar dia dikafankan dengan kain shufnya tersebut. Namun ketika dia mati, dia telah dikafankan dengan kain yang elok. Maka anaknya bermimpi ibunya berkata: "Aku tidak redha kepadamu kerana engkau tidak melaksanakan wasiatku." Terjagalah anaknya itu dengan perasaan cemas, lalu dia mengambil kain shuf ibunya agar dapat dikebumikan bersama ibunya. Maka dia pun menggali kubur ibunya dan tidaklah dia tidak bertemu dengan jenazah ibunya itu, hairanlah anak tersebut lalu dia mendengar satu seruan yang berbunyi: "Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang mentaati Kami dalam bulan Rajab tidak Kami tinggalkan sendirian seorang diri. (yakni ditinggal sendirian dalam lubang kubur)".


Allahu ... Allah, bagaimanakah keadaan kita nanti dalam kubur? Sendirian ? Bertemankan kala dan ular? Allahu.. Allah. Mudah-mudahan kuburan kita nanti menjadi taman syurga dan bukannya jurang api neraka.



***************************

اللهم بارك لنا في رجب و شعبان و بلغنا رمضان



petikan dari : http://bahrusshofa.blogspot.com/


Khamis, 28 Mei 2009

5 Jenis Sabar



SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud:

"Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi. Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Selasa, 26 Mei 2009

Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa,berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika
kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".

2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda; "Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari
kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.


3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda; "Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi; "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri
dari sepuluh bahagian,sembilan darinya terletak dalam diam
".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW; "Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan
pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib
dan permuliakan
".

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu
pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat.
Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentosa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari :
Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh
Abdul Qadir Al-Jailani.

Ahad, 17 Mei 2009

Matlamat Sebuah Kehidupan

Firman-Nya :


قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Rabu, 13 Mei 2009

Kurangkan ketawa, banyakkan menangis

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?".

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti 'Rajalawak'/'Lawaking' yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah - Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."

Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti �Jomheboh� dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Dipetik dari Harakahdaily
Ustaz Zainudin Hashim
Mon | Apr 27, 09 | 10:59:19 am MYT

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah