..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Isnin, 28 Februari 2011

ADAB-ADAB KETIKA MEMBACA AL-QURAN

Dsediakan oleh:
Nor Asmira binti Ra'aim
Mahasiswi Pendidikan Islam UM 2011



بسم الله الرحمن ارحيم
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yg mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)


Seperti ibadah yang lain, Al-Quran juga mempunyai peraturan dan adab-adabnya yang tersendiri sebelum membacanya.

Antara adab-adab ketika membaca Al-Quran adalah seperti berikut:

1. Mengambil wudhuk,berada dalam keadaan suci, serta duduk dalam keadaan sopan dan tenang.

Sebelum membaca al-Qur'an hendaklah membersihkan badan dan disunatkan mengambil wudhuk terlebih dahulu,adapun bagi orang yang berhadas besar seperti haid,nifas dan seumpamanya adalah haram bagi mereka membaca Al-Quran. Selain itu juga,haram bagi kita menyentuh mashaf Al-Quran dalam keadaan tangan yang mempunyai najis. Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan. Kita juga disunatkan untuk berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta memakai bau-bauan.

2. Menghadap kiblat dan isti’adzhah

Disunatkan menghadap kiblat dan isti’adzhah ketika membaca Al-Quran sepertimana firman Allah di dalam surah An-Nahlu ayat:98
( فإذا قرأت القرءان فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم)
Mafhumnya: maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al-Quran, mohonlah perlindungan dari syaitan yang terkutuk.


3. Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat, agar dapat menghayati dan memahami ayat yang dibaca,serta bertajwid dan tarannum.

Disunatkan untuk membaca AQuran secara perlahan seprtimana firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat:4 yang bermaksud:(Bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan) serta betul tajwidnya dan bertarannum.


Sumber: -Abu Huzaifah yusuf
-(http://www.scribd.com/doc/7872896.adab)

P/S : Segala komen dan pendapat mengenai artikel ini amat di alu-alukan, bagi membantu mahasiswi ini menyiap tugasan dengan baik.

KELEBIHAN MEMPELAJARI DAN MENGHAFAL AL-QURAN

Disediakan oleh : Nor Asmira binti Ra'aim
Mahasiswi UM (Fakulti Pendidikan Islam)


Salam sejahtera diucapkan kepada sahabat sekalian, di sini saya ingin berkongsi artikel tentang kelebihan bagi orang yang menghafal Al-Quran. Sepertimana yang kita sedia maklum,Al-Quran diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril,disampaikan secara mutawatir serta mempelajari dan membacanya adalah merupakan ibadah,dimulai dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas.

Sabda nabi S.A.W:
عن عثمان بن عفان رضى الله عنه قال: قال رسول الله (ص): خيركم من تعلم القرءان وعلمه. (رواه البخاري)
Maksudnya: dari Uthman Bin Affan r.a berkata:Sabda Rasulullah S.A.W: Sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar AQuran dan mengajarkannya.


Antara kelebihan mempelajari Al-Quran ialah:

1) Al-Quran memberi syafaat kepada orang yang membaca dan menghafalnya.
2) membersihkan karat hati
3) menghidupkan rumah yang kosong sebagaimana sabda nabi:


عن إبن عباس رضى الله عنه: قال رسول الله (ص): إن الذي ليس في جوفه شيء من القرآن كالبيت الخرب.
Maksudnya: dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi S.A.W. bersabda: orang yang tidak ada di dalam dada sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seprti rumah yang ditinggalkan kosong.


KELEBIHAN MENGHAFAL Al QURAN:
Disebutkan oleh hadis Rasulullah S.A.W. bahawa sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan busuk adalah seperti berikut:
1) para nabi
2) para ahli jihad
3) para alim ulamak
4) para syuhada
5) penghafal Al-Quran.
6) imam atau pemimpin yang adil
7) tukang azan
8) wanita yang mati beranak
9) orang mati dibunuh atau dianiayai
10) orang yang mati disiang hari atau malam jumaat( kalangan orang yang beriman)

Selasa, 14 Julai 2009

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara jenis-jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Rabu, 24 Jun 2009

Keistimewaan Baitul Maqaddis di Palestine


- ini adalah imej masjidil Aqsa yang sebenar, bukan seperti yang disebarkan kepada kita selama ini -



- ini bukanlah masjidil Aqsa -

Antara keistimewaan bumi Baitul Maqaddis yg diikiraf ALLAH swt dalam kalamNya yang mulia dan hadis Rasulullah saw :

1) Baitul Maqaddis dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjidil Aqsa.
i. Masjidil Aqsa adalah masjid yang kedua dicipta ALLAH swt di muka bumi ini.
Sabda Rasulallah yang bermaksud "Nabi saw pernah ditanya, "Masjid apakah yg pertama dibina di atas muka bumi ini?".Baginda saw menjawab "Masjidil Haram"."Selepas itu masjid apakah pula?". Baginda saw menjawab "Masjidil Aqsa." -
(HR Bukhari & Muslim)

"

ii. Masjidil Aqsa adalah masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.
Nabi saw bersabda "Janganlah kamu bersusah payah utk bermusafir
kecuali utk menuju ke tiga masjid- Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa."
-(HR Bukhari & Muslim)


iii.Firman ALLAH swt : "Maha Suci ALLAH swt yg telah mengIsra'kan hambaNya (Muhammad saw) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkati sekelilingnya utk Kami perlihatkan kpdnya tanda2 kekuasaan Kami" (al-Isra':1)


2) Berdasarkan perspektif Islam,tempat ini merupakan Padang Mahsyar selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat (Berdasarkan hadis Maimunah binti Saad yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad dlm musnadnya dan juga Ibn Majah: Maimunah telah bertanya kpd Nabi saw;"Ya Rasulullah saw, berikan kami fatwa berkenaan Baitul Maqdis." Baginda saw menjawab "Ia adalah bumi Mahsyar dan Kebangkitan".

3) Ia merupakan tanah para anbiya'.Bahkan ramai anbiya' yg disebut dlm al-Quran dilahirkan,dibesarkan dan disemadikan di sini (lebih 50 orang). Antaranya Nabi Ibrahim as(dimakamkan di Khalil-Hebron),Nabi Ismail as, Nabi Musa as, Nabi Ishaq as, Nabi Ya'qub as, Nabi Syu'ib as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Isa as dll.

***petikan drpd buku Al-Aqsa dalam Bahaya!! oleh Maszlee Malik***


Sedarilah saudara2 seiman dan se'aqidah...bumi suci ini milik kita semua, bukan hanya penduduk Palestin.Bangkitlah berjuang bersama2 para Mujahidin di sana utk membebaskan dan mempertahankan Masjidil Aqsa yg kini semakin terancam oleh tangan2 kuffar la'natullah.Janganlah pernah berhenti berdoa memohon pertolongan ALLAH swt krn pertolonganNya sangat dekat.Mohon semoga para Muslimin di sana ditetapkan dan dikuatkan iman menghadapi jihad ini.

Boikotlah barangan Israel (antaranya Nestle,Danone,Scott,Johnson&Johnson,Coca Cola dll-rujuk http://www.inminds.com/boycott-israel.html). Takutlah pada ALLAH swt utk tak mengambil peduli nasib mereka, juga nasib kita sbg umat Islam.

Setiap rakyat Palestin yg mati di Gaza disebabkan sekatan, kamu sekalian akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH swt Hakim Yg Maha Adil ke atas setiap tiik darah yg mengalir - Aman Palestin Berhad.

Selasa, 23 Jun 2009

[:: Wasiat Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim ::]



Datuk Mufti Syeikh Abdullah Fahim

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
"- Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani'ah & Abu Zahidah

Download Kertas Kerja Pemikiran Fiqh Al-Imam AL-Nawawi

Download

Al-Imam Al-Nawawi merupakan salah satu nama yang terbilang di persada kesarjanaan Islam. Kemasyhuran beliau merentasi berbagai disiplin ilmu seperti Fiqh, Hadith, Ulum Al-Hadith, Nasab, Tarikh, Bahasa Arab dan sebagainya.


Khidmat dan sumbangan Al-Nawawi terhadap Islam khususnya di bidang ilmu Hadith sangat besar. Setiap sarjana ilmu hadith seakan-akan berhutang dengannya atas apa yang telah beliau tinggalkan dalam ilmu tersebut. Namanya juga jarang diabaikan oleh para fuqaha’ dalam menyatakan pendapat ulama berhubung satu-satu masalah fiqh. Kecenderungan beliau dalam membahaskan dalil-dalil yang dikemukakan oleh fuqaha’ (khususnya mazhab Syafi‘i) menjadikan sahsiahnya agak tersendiri dan unik. Menyandarkan suatu fatwa kepadanya seakan-akan memberi kekuatan kepada fatwa tersebut.

Keperibadian, pemikiran, manhaj dan sumbangan Al-Nawawi dalam pelbagai bidang ilmu terus dikaji dan dibincangkan sejak sekian lama hingga ke hari ini. Sehingga kini di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi sudah terdapat lebih 20 tajuk tesis M.A dan PhD berkaitan dengannya.

Kehebatan ilmunya diiktiraf dan dihormati, sumbangannya terhadap agama dan umat ini dihargai. Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna Al-Nawawi tidak pernah tersilap di dalam pendiriannya. Ini kerana tiada seorang insan (tidak kira betapa hebatnya dia) yang tidak terlepas daripada kesilapan.

Justeru itu, sebarang kesilapannya turut dinyatakan oleh para pengkaji. Ia tidak mencacatkan kehebatan Al-Nawawi sebaliknya ia hanyalah bukti bahawa beliau juga insan dan insane itu tidak sunyi dari salah dan silap.

Kertas kerja serba ringkas ini hanyalah sedikit pengumpulan terhadap tulisan para sarjana terdahulu. Tulisan ini cuba menumpukan kepada manhaj pemikiran Al-Imam Al-Nawawi khususnya di bidang Fiqh.

Kertas kerja ini dibentang sempena Seminar Pendekatan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah – Aqidah dan Syariah pada 11 Ogos 2007 di Hotel Garuda Plaza, Medan, Indonesia anjuran bersama Kerajaan Negeri Perlis dan Pertubuhan Muhammadiyyah, Indonesia.

Khamis, 28 Mei 2009

Bilangan Sebenar Ayat Al-Quran



Berkata Imam Ad-Daani: “Para ulama sepakat mengatakan bahawa bilangan ayat Al-Quran melebihi 6000 ayat, tetapi mereka berselisih pendapat tentang bilangan yang lebih dari 6000 tersebut”

Berikut adalah pandangan-pandangan ulama dalam masalah ini:

1. Pendapat pertama Ahli Madinah : 6217 ayat (diriwayatkan dari Nafi’)

2. Pendapat kedua Ahli Madinah : 6214 ayat (diriwayatkan dari Syaibah bin Nasshoh) dan 6210 ayat (diriwayatkan dari Abu Ja’far bin AlQa’qa’)

3. Pendapat Ahli Mekah : 6220 ayat (diriwayatkan dari Ibnu Khathir Al-makkiy)

4. Pendapat Ahli Kufah : 6236 ayat (diriwayatkan dari Hamzah AzZayyat, Al-Kisaie dan Khalaf bin Hisyam)

5. Pendapat Ahli Basrah : 6205 ayat (diriwayatkan dari ‘Aashim bin ‘Ajjaj Al-Jahdari)

6. Pendapat Ahli Syam : 6226 ayat (diriwayatkan dari Yahya bin Harith Az-Zammari)

Kesimpulannya tiada riwayat yang menyatakan bilangan ayat Al-Quran itu 6666. Punca perselisihan bilangan ayat-ayat Al-Quran ini ialah Nabi SAW membaca Al-Quran dengan diwakafkan di setiap akhir ayat sebagai isyarat tentang kedudukan akhir ayat. Kemudian setelah sahabat baginda mengetahui perkara tersebut, Nabi SAW menyambung satu ayat dengan ayat selepasnya yang ada kaitan makna untuk menyempurnakan maksud dan kefahaman ayat tersebut, lalu ada yang mengaggap bahawa kedua-duanya dikira satu ayat dan ada yang menganggap ia dua ayat yang berasingan. Khilaf ini tidak beerti ada penambahan ayat atau kurangnya ayat menurut pendapat-pendapat tersebut.

Akhirnya, bilangan yang diguna pakai oleh mushaf-mushaf Rasm Uthmani riwayat Hafs sekarang ialah bilangan Ahli Kufah iaitu 6236 ayat.

Wallahua’lam

Rujukan :
1) Al-Quran
2) Matan Nazimah al-Zuhri. Imam Syatibi, (Syarh Syeikh Abdul Fatah al Qadhi)
3) Al-Itqan. Al-Hafiz Jalaluddin Assuyuthi

Rabu, 6 Mei 2009

Kenapa Allah Mengharamkan Kita Memakan Khinzir ?


Khinzir oh Khinzir...

Yunus:Adakah anda ingin tahu. Satu penjelasan saintifik yang bagus

Bob: Terangkan kepada saya kenapa orang Islam ni sangat mementingkan dan begitu teliti dengan istilah 'Halal dan juga Haram'; apa sebenarnya maksud perkataan-pekataan tersebut

Yunus: Halal bermaksud perkara yang dibenarkan dalam Islam manakala haram pula bermaksud perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam dan al Quranlah yang telah menggariskan perbezaan diantara keduanya.

Bob: Boleh awak beri saya contoh?

Yunus: Ok. Islam telah melarang memakan apa jua jenis darah (kecuali darah ikan dan belalang kalau tak silap saya). Kamu tentu akan setuju bahawa satu analisis kimia terhadap darah menunjukkan ia mengandungi banyak asid urik,iaitu satu bahan kimia yang merbahaya pada kesihatan manusia.

Bob: Kamu benar berkaitan dengan toksid semulajadi yang terkandung dalam asid urik ni.Di dalam badan manusia, ia digolongkan sebagai bahan kumuh/buangan, malahan kami diberitahu bahawa 98% dari asid urik ini diekstrak/ditapis daripada darah oleh buah pinggang dan dibuang melalui sistem perkumuhan

Yunus: Sekarang saya rasa kamu akan dapat merasai betapa beruntungnya satu cara istimewa dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.

Bob: Apa maksud kamu

Yunus: Maksudnya, ketajaman pisau, menyembelih dengan menggunakan nama Allah yang Maha Besar, menyembelih pada urat leher, ini semua akan menyebabkan organ - organ penting lain pada haiwan tidak rosak

Bob: Jadi kematian pada haiwan adalah melalui cara hilangnya darah secara keseluruhan daripada tubuh haiwan tersebut dan bukannya dengan mencederakan pada organ-organ penting yang lain.

Yunus: Ya, sebagai contoh, sekiranya organ jantung, hati, atau otak retak atau rosak, binatang itu akan mati dengan cepat dan darahnya akan menjadi kental dalam salur darah dan ini secara perlahan lahan akan menyebabkan ia meresap ke dalam daging. Ini akan menyebabkan daging diresapi dan tercemar dengan asid urik menyebabkan ia menjadi amat beracun dan baru sekarang pakar-pakar diet menyedari akan hal ini.

Bob: Bercakap mengenai makanan ni,kenapa orang Islam ni menolak untuk memakan daging khinzir atau sebarang makanan yang berkaitan dengannya.

Yunus: Sebenarnya, ada bahagian daripada Al-Quran melarang penggunaan daging khinzir ini. Malah dalam Bible sendiri dalam Leviticus, chapter 11,verse 8, berkaitan dengan daging khinzir ini, kata Bible,? Pada daging khinzir itu, janganlah kamu makan, dan bangkainya janganlah kamu sentuh, ia adalah tidak bersih untuk kamu.
Tahukah juga kamu bahawa seekor khinzir tidak boleh disembelih pada lehernya kerana ia sendiri sebenarnya tidak mempunyai leher jika kita nak tengok dari anatomi semulajadinya. Bagi orang Muslim sekiranya khinzir itu boleh disembelih dan sesuai untuk keperluan manusia,maka Tuhan tentunya akan menjadikan khinzir itu mempunyai leher. Apapun, tanpa melihat pada semua itu, saya yakin bahawa kamu tentu tahu betapa daging khinzir ini, walau dalam apa jua bentuk pun akan memberikan kesan yang merbahaya.

Bob: Sains perubatan mendapati bahawa khinzir ini mrerupakan hos/perumah bagi pelbagai jenis parasit dan berisiko kepada terhadap pelbagai jenis penyakit.

Yunus: Ya, malah selain daripada itu sebagaimana kita berbincang mengenai kandungan asid urik dalam darah tadi, didapati khinzir hanya membuang 2%daripada kandungan asid uriknya sebagai bahan kumuhan dan baki 98% lagi akan kekal sebagai sebahagian dari tubuhnya.

azieda11 : Setiap yang diharamkan oleh Allah itu ada hikmah yang perlu kita kaji bagi orang-orang yang berfikir.
Disedut dari : Islamic Tazkirah

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah