DOMINASI hampir mutlak menyaksikan Kelantan melakar kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Johor di Stadium Sultan Mohd IV, sekali gus melonjak ke tangga kedua carta Liga Super, malam tadi.
Akmal Rizal Rakhli membuka tirai jaringan menerusi rembatan daripada dalam kawasan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Mohd Amirul, pada minit kedua sebelum Mohd Badri Radzi menggandakan kelebihan untuk tuan rumah pada minit ke-49.
Indra Putra Mahayuddin memastikan kemenangan dalam genggaman Kelantan apabila meluru untuk paling pantas memanfaat bola muntah tampanan Mohd Amirul dan disudahkan dengan tampanan ke sasaran.
KELATE GOMO KLATE
Khamis, 14 Januari 2010
Kelantan rampas tempat kedua
1/14/2010 07:00:00 PG
azieda11
0 ulasan:
Catat Ulasan