..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Khamis, 8 Oktober 2009

Test gambar cantik untuk blog...

Salam Lebaran Buat Semua

<

Suasana... raya saya dan anak2... pada tahun nie.... saya x beraya sangat sebab sakit pada hari raya pertama... sampai takleh nak bangun sembahyang raya... x leh nak bayang betapa pilunya perasaan ini....

Assalamualaikum, dah lama rasanya x menulis nie,.... rasa macam dah kematu tangan nak sentuh key pad..... nie.... ape-ape pun rasanya masih belum terlambat untuk saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin...

kalau nak diceritakan kisah, memang banyak sangat... tapi biarlah ia menjadi kenangan... yang penting... usaha jitu ke arah mendepani hari yang mendatang. buat masa sekarang nie... saya disibukkan dengan kerja2 wajib saya di sekolah... disamping kerja-kerja yang dibebani disetiap bahu seorang guru..., bukan hanya mengajar, malahan semua kerja perlu arif, kalau tak kita akan ketingggalan... kalau x ketinggalan pun kita akan di marah oleh bos atau orang atasan... biasalah kerjakan!!!... kalau x, x payah kerja...

kini saya sedang menpersiapkan surau An Najah, untuk persiapan Hari Qualiti peringkat Mersing.... surau sekolah saya tu, baru... jadi banyaklah benda yang perlu saya lakukan... daripada zero.... nak jadikan biar cantik.... lebih2 lagi masa pemantauan dah hampir sangat... maka naik biol kepala saya dibuatnya.....

tapi, ala kulli halnya... semuanya berjalan seperti yang diaturkan.... sekadar kemampuan saya dah lakukan... yang menentukan baik dan buruknya hanyalah Allah... kita tidak mengharapkan aper2 balasan kecuali keredhaan Allah swt. itu yang paling penting.... selaku pekerja, yang perlu kita sentiasa jaga dan ingat, ialah.... AMANAH... selagi kita berpegang kepada prinsip amanah ini.... insya Alllah rezeki yang kita perolehi akan berkat untuk dituai oleh keluarga kita nanti...

Doakanlah semoga, surau SKTL nanti akan mendapat kedudukan yang terbaik nanti.... nie yang saya x nak masuk bertanding nieh!.. kalau masuk bertanding.... pasti nak menang jer.... kalau kalah.... lukalah hati sket..... biasalah tu.... adat dalam bertanding, ader yang menang dan ader yang kalah.....

<

nie lah keaadaan surau saya yang x beraper... sekarang nie...dalam proses tu... touch up... semoga nampak lagi gah dan cantikkkkk......


sedikit seruan dakwah dariku.... sempena dengan perginya Ramagdhan yang mulia... kini syawal pun dah nak berlabuh.... sebagaimana yang kita ketahui dalam bulan syawal nie pun kita masih digalakkan untuk berpuasa.... bukan puasa ari raya.... tapi lepas rayalah iaitu puasa 6..... dalam hari yang berbaki 10 ari syawal nie... marilah kita sama-sama untuk mengejar kelebihan yang ader dalam bulan syawal... moga2 puasa kita pada bulan ini boleh menampung... kekuarangan yang ader pada bulan Ramadhan yang telah berlalu.....

Abu Ayyub Al-Anshari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda bermaksud :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan(puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda:
"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan,sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." (Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Shahih" mereka.)

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari dibulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. " (HR. Al-Bazzar) (Al Mundziri berkata: "Salah satu sanad yang beliau miliki adalah shahih.")

berdasarkan kepada beberapa hadis yang saya, bawakan tadi... maka jelaslah kepada kita... akan galakkan untuk melakukan puasa sunat 6 dibulan Syawal... dalam kita bergembira dihari raya ingatlah pada yang tiada.... dan memerlukan... elakkan daripada membazir....dan secara tidak sengaja melakukan perkara yang membawa kemaksiatkan kepada Allah, nauzubillah..... raya...raya jugak..... ibadah jangan lupa.... marhaban tak ingat... samapai satu hari marhaban..... tapi x paham satu patahpun.... yang dia marhabankan.... jadi..... ingat2lah..... semoga Allah meredhai setiap amalan baik yang kita buat... isya Allah... salam Lebaran daripada saya sekeluarga..... buat semua warga SKTL, SKLM dan kaum kerabat... serta semua para pembaca yang suci folllow blog.... semoga kita mendapat kebaikan yang banyak daripadanya... insy Allah.... ila liqa'... maasalamah.....

Selasa, 29 September 2009

DAKWAH DAN UJIAN

DAKWAH DAN UJIAN

( الدعوة والمحنة )




Hidup manusia adalah penuh dengan ujian, dugaan, kesusahan, rintangan dan cubaan. Adalah mustahil bagi seseorang manusia dapat hidup tanpa menempuh ujian dan dugaan. Ini semua berlaku kepada manusia biasa. Bagaimana pula dengan para pendakwah dan pejuang Islam?


Tentulah mereka lebih banyak dan hebat ujian yang diterima. Setiap orang yang berjuang pada jalan Allah, berdakwah mengajak meninggalkan perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu dan menerima ajaran Islam ; MAKA sudah tentu akan ditentang dan diperangi oleh golongan Taghut dan pendokong kebatilan. Mereka menjalankan amar makruf nahi mungkar akan ditentang oleh pendokong kemungkaran. Firman Allah,




وما نقموا منهم إلا أن يؤمنوا بالله العزيز الحميد

Maksudnya, “ Dan tidak mereka menyiksa mereka melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Terpuji “.


Surah al-Buruj : 8.




Oleh yang demikian hidup pendokong gerakan Islam sentiasa dalam ujian, tekanan, fitnah dan dugaan yang tidak putus-putus. Apatah lagi gerakan dakwah Islamiyah menentang segala bentuk kezaliman dan maksiat, menentang Jahiliyah dalam semua bentuk dan corak samada kebudayaan, pemikiran, perlembagaan, sistem dan lain-lain.




Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah Islamiyah juga merupakan suatu pengertian KHUSUS yang tidak terdapat dalam mana-mana gerakan yang tidak islamik. Malah Allah Ta’ala telah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa dakwah Islamiyah memakan masa dan penuh kesusahan. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42,



لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ..

Maksudnya, “ Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.




Berkata Imam Ibn al-Qayyim, “ Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih”.




UJIAN ADALAH SATU CARA DIDIKAN (TARBIYYAH)




Ujian dalam gerakan Islam dan dakwah adalah suatu cara yang penting UNTUK membina dan membentuk peribadi seseorang pejuang dan da’i, suatu asas pemilihan dalam pimpinan Islam; siapa yang tahan uji maka dialah yang layak memegang teraju pimpinan begitulah sebaliknya WALAUPUN mempunyai ijazah yang tinggi atau pandai berpidato,kerana dengan ujian akan lahirlah mereka yang kuat iman, dan juga dan juga mereka yang munafik,Firman Allah, >



Maksudnya ,Dan ada diantara manusia yang berkata,kami telah beriman dengan Allah,maka apabila di uji pada jalan Allah dia menganggap ujian dari manusia itu sama seperti azab dari Allah……….dan sesungguhnya Allah akan mengetahui mereka yang beriman dan mengetahui orang yang munafikin”.



- al-‘Ankabut : 11 - 15.




FirmanNya lagi:



ليميز الله الخبيث من الطيب

Maksudnya ,Supaya Allah dapat membeza yang baik dari yang buruk “.



- Surah al-Anfal : 37





Telah menjadi sunatullah bahawa kebenaran akan terus bertarung dengan kebatalan , apabila lahirnya sesuatu kebenaran maka turut lahirlah kepalsuan untuk menentangnya , dan untuk menutup dan menghancurkannya.Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 19,




وأنه لما قام عبدالله يدعوه كادوا يكونون عليه لبدا قل إنما أدعو ربى ولاأشرك به أحدا



Maksudnya ,’Dan sesungguhnya apabila bangun sesearang hamba Allah menjalankan dakwah,hampirlah mereka bermuafakat menentangnya .Katakanlah sesungguhnya aku menyembah tuhanku dan tidak aku syirik dengannya seseorang jua pun”.




dan firmanNya :


يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون



Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”




Sejak lahirnya para Rasul dan para pendakwah lagi pertarungan di antara mereka dan golongan pendukung parti Syaitan dan kebatilan wujud. Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Iblis berusaha siang dan malam untuk menentang Nabi Adam ,Nabi Nuh ditentang kaumnya , anak dan isterinya , Nabi Ibrahim ditentang oleh Raja Namrud dan kaumnya , Nabi Musa ditentang oleh Firaun , Haman ,Qarun, Musa Samiriy , dan Bal’am bin Ba’ura .Nabi Muhammad ditentang oleh keluarganya dan musyrikin Makkah , sebab itulah Nabi Muhammad bersabda :




إن أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثال فالأمثال,,,, رواه الترمذى



Maksudnya, “Sesungguhnya manusia yang dahsyat ujian di antara manusia ialah Para Ambia’, kemudian orang yang yang hampir sama dengan mereka,”




dan sabdanya lagi,


إذا أراد الله بعبد خيرا عجل له العقوبة في الدنيا

رواه الترمذى والحاكم والبيهقى


Maksudnya:Apabila Allah mengehendaki dengan seseorang hamba akan kebajikan nescaya menyegerakan baginya siksaan di dunia.”




Sebab itulah seruluh Nabi dan Rasul mrnempuh berbagai - bagai ujian dan dugaan makin besar darjat kenabian dan kerasulan mereka makin besar pula ujian yang diterima dari Allah , begitu juga para pendakwah dan pejuang Islam yang mengikut jejak langkah mereka dengan baik.




Para sahabat Rasulullah diuji dengan dengan berbagai - bagai ujian. Khususnya para Muhajirin, sehingga Allah mencatit sejarah ujian mereka dalam Al - Quran, FirmanNya:




أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا
حتى يقول الرسول والذين ءامنوا متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب .. البقرة 214




Maksudnya,” Adakah kamu menyangka bahawa kamu dapat memasuki syurga , padahal belum datang kepada kamu contoh mereka - mereka yang sebelum kamu, mereka ditimpa kesusahan,kemiskinan dan bala petaka dan mereka digoncang dengan ujian, sehingga berkata para sahabat yang berada bersama - sama Rasulullah , bilakah pertolongan Allah datang ? Tidaklah pertolongan Allah itu hampir".



Para sahabat Rasulullah di zaman Makki diuji dengan berbagai - bagai ujian ada diantara mereka yang dibunuh, mereka diseksa, dipukul dan sebagainya. Sebagai contoh ;Khubaib Bin Adiy ditangkap dan diseksa kemudian dijual kepada seorang ketua kafir untuk dibunuh dan disula dan sebelum dibunuh beliau disula dan dipotong-potongkan anggotanya tetapi beliau tetap mengatakan لا إ له إلا الله محمد رسول الله hinggalah beliau mati dengan iman yang kuat.




Di zaman para Tabiin dan Al- Tabii tidak kurang juga ujian yangditerima oleh pendakwah dan alim ulama ‘ sebagai contoh :



· Said bin Jubair disembelih oleh Al - Hajaj bin Yusof Al Thaqafi

· Imam Abu Hanifah ditangkap dan diseksa

· Imam Al Shafei di tangkap

· Imam Ahmad Bin Hambal di tangkap , dipukul dan diseksa




Di zaman kerajaan Tartar dan di zaman berikutnya banyak para pendakwah, alim ulama’ tangkap , dipenjara dan diseksa ,termasuklah Iman Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.




Di zaman moden ini ramai pendakwah dan pejuang Islam yang ditangkap dan diseksa serta dibunuh. Di antara mereka ialah Imam as-Syahid Hassan alBanna, Sayyid Qutb, as-Syahid Abdul Qadir ‘Audah dan lain-lain.




Dalam hal ini, Imam Hassan al-Banna menegaskan dalam bukunya, بين الأمس واليوم ;



“ Saya suka berterus terang kepada tuan-tuan sekalian bahawa sesungguhnya dakwah kamu ini masih belum dikenali oleh kebanyakan manusia. Dan di hari mereka dikenali dan diketahui tujuan serta matlamat perjuangan , kamu akan menerima tentangan yang paling hebat, permusuhan yang keras dan kamu akan berhadapan dengan kesusahan dan rintangan yang amat banyak, Dan di masa itulah kamu barulah mulai menjalani jalan-jalan para pendakwah.



Sekarang, kamu masih belum dikenali, kamu masih dalam peringkat merintis jalan dakwah serta masih dalam peringkat membuat persediaan untuk berjuang dan berjihad.



Kejahilan rakyat adalah menjadi batu penghalang yang besar di hadapan kamu Dan kamu akan jumpa di kalangan ahli agama Islam dan ulamak rasmi yang merasa pelik cara kamu memahami Islam serta mereka akan menafikan perjuangan kamu untuk membela ugama Islam. Dan kamu akan dapati seluruh pemimpin negara, ketua masyarakat dan mereka yang mempunyai kekuasaan dalam negara AKAN dengki dan memarahi kamu.


Dan seluruh kerajaan di dunia waktu itu akan bangun menentang secara bersama dan setiap kerajaan akan menghad dan menghalang keaktifan dan aktiviti-aktiviti kamu serta meletakkan batu penghalang di jalan-jalan kamu……mereka akan meminta bantuan dan kerjasama daripada kerajaan yang lemah dan orang yang tidak berakhlak mulia UNTUK menentang kamu. Dan semua mereka itu akan menimbulkan keraguan, kesamaran, kekeliruan dan tuduhan liar terhadap dakwah kamu.


Mereka akan meletakkan segala kelemahan dan kekurangan di atas dakwah kamu serta berusaha untuk mewujudkan/menjelaskan bahawa buruknya dakwah kamu kepada masyarakat umum DENGAN menggunakan kekuatan dan kekuasaan serta harta dan pengaruh mereka.




Firman Allah,



يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون - الصف : 6



Maksudnya,” Mereka bertujuan untuk memadam cahaya Ugama Allah dengan mulut mereka , pada hal Allah akan menyempurnakan cahaya ugamanya , walau dibenci oleh seluruh orang - orang kafir”




Kamu dengan itu tidak syak-ragu lagi telah memasuki ke dal;am tahap percubaan dan ujian….kamu akan dipenjara, ditangkap, dipindah kerja, diburu, dirampas hartabenda mu, dibekukan segala kerja dan aktiviti kamu, rumah dan kediaman kamu akan digeledah Dan mungkin ujian dan dugaan ini lama dan panjang masanya. Firman Allah lagi,



أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لايفتنون - العنكبوت 2



Maksudnya, “ Adakah manusia menyangka bahawa mereka ditinggalkan oleh kerana mereka berkata “ Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? “.




Malah Allah telah berjanji dengan kamu selepas itu bahawa ia akan memberi pertolongan kepada seluruh Mujahidin”.





JENIS-JENIS UJIAN




Ujian dalam dakwah Islamiyah amat banyak sekali,ada yang bercorak ujian rohani dan ada yang bercorak jasmani dan kebendaan.



Syed Qutb dalam kitab في ظلا ل القرآن telah menggariskan jenis - jenis ujian yang dihadapi oleh para pendakwah.




1. Penyeksaan dan perkara - perkara yang menyakitkan hati pendakwah yang datang dari pendokong - pendokong gerakan yang batil.



2. Ujian anak isteri, keluarga, dan kekasih yang mana pendakwah takutkan mereka itu diseksa dan diuji dengan sebabnya.



3. Ujian kekayaan dan habuan dunia datang melimpah kepada penyokong - penyokong kebatilan,sedangkan para pendakwah kosong dari habuan seperti itu.




4. Ujian merasakan dirinya dagang dan keseorangan dalam dakwah Islamiah sedangkan orang ramai tidak menyokong kebenaran dan dakwah Islamiah , malah mereka bermuafakat menentang dakwah Islamiah.



5. Ujian perpecahan umat dan negara Islam dan walaupun mereka berpecah dan melakukan maksiat mereka dapat hikmah dari Allah.



6. Ujian keatas nyawa.

7. Ujian tekanan hawa nafsu dan keinginan

8. Ujian tarikan hendak kekal di dunia ini.

9. Ujian berat tulang dan daging atau ujian malah bergerak untuk menjalankan dakwah Islamiah danberjuang kerana Islam.



10.Ujian rindukan kepada harta benda dunia , pangkat serta kekuasaan.

11.Ujian rindukan kepada kemewahan hidup di dunia dan tidak mahu bersusah payah.

12.Ujian susah hendak kekal di atas Istiqamah dan tetap pendirian di atas jalan Iman, kerana lambat kejayaan dapat dicapai.





CARA MENGATASI UJIAN





Pendakwah - pendakwah apabila diduga denganujian dan cabaran atau tekanan dan sebagainya hendaklah dia menghadapi dengan cara - cara berikut :




1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.



2. Membanyakkan membaca Al - Quran dan Doa kepada Allah.



3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak mengharap agar dunia ini sebagai syurga.



4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan berbagai ujian.




5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.



6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar daarinya.



7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak dan mungkin boleh menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.



8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekelian hamba tak lebih dari itu.



9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.



Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dasyat sekalipun, sekeliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti.


disediakan oleh

Ustaz Hj. Mohd Daud Iraqi


Program Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah v1.0



Alhamdulillah dan tahniah kepada pihak Pusat Percetakan Mushaf As-Syarif Raja Fahd di Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi yang telah menghasilkan satu produk Mushaf Al-Quran dalam bentuk elektronik (e-kitab) iaitu Program Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah v1.0. Mushaf elektronik ini sama sahaja dengan Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah yang bercetak dari segi paparan dan tulisannya, tetapi ia ditambah dengan beberapa kemudahan pencarian surah, ayat dan kalimah serta penyalinan teks Al-Quran ke dalam Microsoft Word menggunakan tulisan khat yang sama dalam Mushaf, lebih baik daripada program "Al-Quran dalam Word".

Jika sebelum ini kita sudah ada Al-Quran Flash, maka ini satu lagi program percuma yang mesti dimiliki oleh para guru dan pendidik, khususnya Guru Pendidikan Islam.

Program ini boleh dimuat turun dari laman web pusat tersebut di: www.qurancomplex.com.



Selasa, 15 September 2009

Indahnya Masjid Beijing di Kelantan

Koleksi gambar dari raykinzoku.fotopages.com mengenai keindahan senibina “Masjid Beijing”atau “Masjid China”, panggilan masyarakat tempatan kerana rekabentuknya di pengaruhi oleh senibina masjid di China.


Masjid ini di beri nama Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang akan di rasmikan dalam bulan Ramadhan ini. Layan gambar-gambar di bawah :

masjid-beijing-kelantan-1



masjid-beijing-kelantan-2


masjid-beijing-kelantan-3



masjid-beijing-kelantan-4


masjid-beijing-kelantan-5


masjid-beijing-kelantan-6


masjid-beijing-kelantan-7


masjid-beijing-kelantan-8



Isnin, 14 September 2009

Suasana roh Islam berwarna di Kelantan








SUMBER:http://khadim-alquran.blogspot.com/



Ahad, 13 September 2009

Anak Melayu Moden

Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah pengeluar arak terbesar Filipina

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.

"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.

Menurut Mirzan, beliau sedang berusaha agar penglibatan SMC dengan arak hanya akan tinggal 15 peratus sahaja tahun depan.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran beer Filipina. Syarikat ini telah mengeluarkan San Miguel Beer sejak lebih 100 tahun lalu. Beer ini dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia. Ia dijual di 60 negara di seluruh dunia, lapor laman webnya.

Menurut Mirzan dalam suratnya itu, syarikat itu sedang berubah haluan ke infrastruktor, kemudahan awam dan tenaga yang diperlukan oleh negara Filipina.

Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini.


ImageNamun Mirzan, anak sulong Dr Mahathir ini dalam suratnya menolak perkara itu.



"Sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membantu San Miguel membina pendekatan baru dan harapan saya apabila ianya berjaya akan memberikan kesan baik kepada negara dan rakyat," kata Mirzan.

Berlawanan dengan Mirzan, kerajaan negeri Selangor sedang berusaha mengawal jualan arak ini agar ia tidak diminum oleh orang Islam.

Satu peraturan baru sedang dirangka untuk mengawalnya kerana beer tidak memerlukan sebarang lesen untuk dijual. Yang dikawal oleh undang-undang yang ada hanya liqour sahaja.


Image


Usaha ini dibuat ekoran bantahan umat Islam negara ini apabila kedai 24 jam menjual beer secara bebas kepada rakyat negara ini termasuk kepada umat Islam.


Ia menjadi parah apabila golongan remaja mengambil kesempatan membeli arak ini selepas waktu tengah malam untuk mengelak dari dilihat oleh orang ramai.


Mereka kemudiannya menghabiskan masa tengah malam dengan meminum arak dan kemudiannya tidak segan untuk terlibat dengan aktiviti kurang sihat termasuk merempit dan pecah rumah dan seterusnya terjebak dengan pelbagai jenis kelakuan tidak bermoral lagi.



_



Terangi Hatimu Dengan Kalamullah