..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Hari Lahir Sayang yang ke 32




Selamat Menyambut Tahun kelahiran yang ke 32... umur dah makin lanjut, semoga dipanjangkan usia umi dan dimurahkan rezeki serta mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat..... kami sayang umi... ummmah.... ikhlas dari abi, asyraf, arifah dan amsyar.... love u so much....

Selamat tahun baru 2010




Selamat Menyambut tahun Baru 2010..... 2009 ditinggal menjadi teladan dan pengajaran.... 2010 menjadi sasaran untuk memperbaiki kehidupan dengan lebih baik dan bermakna kepada kita semua... salam tarbiah bilbarakah daripada saya sekeluarga... kullu aam wa antum bil khair.....

Isnin, 28 Disember 2009

Kesederhanaan Ahmadinejad


27 Disember 2009

Sentiasa menjaga solat sekalipun dipinggir jalan



iran-presiden.jpg

Tidur Di ruang Tamu dengan kawalan pengawal keselamatan

iran-president-2.jpg

Saat solat berjamaah di masjid Presiden tidak duduk di shaf pertama.

iran-president-7.jpg

Foto terakhir adalah presiden sedang menikmati makan di ruang makan






azieda 11 : wujudkah insan2 yang bergelar pemimpin bersahsiah seperti ini, dinegara kita malaysia.... fikir-fikirkanlah...., perkara biasa yang kita hadapi realiti kini... bukan digelar pemimpin kalau bukan dikelilingi kemewahan dan kronisme.... kalau aku berjawatan... anak bernak aku sudah pasti berjawatan

Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431



Salam Maal Hijrah 1431, semoga dengan kehadhiran Tahun baru ini, memberi seribu erti buat kita semoga, tahun baru yang lebih baik daripada yang sebelumnya... insya Allah.

Salam Maal Hijrah Buat Semua dari kami

Muhammad Fahim Asyraf
Muhammad Fahim Amsyar
Nurul Arifah Faqihah

Mabruk Alaikum !!!!


Tahniah buat semua team kurratul qadam malaysia yang telah berjaya menggungguli pingat Emas sukan sea setelah sekian lama menanti...
dalam keadaan debaran dan tekanan yang tinggi... team kali ini mampu menterjemahkan kejayaan yang cukup bermakna buat peminat bola sepak Malaysia kini.... tahniah buat semua... semoga kejayaan ini merupakan langkahan baru buat bola sepak Malaysia...Takbir jangan lupa solat....

Ahad, 29 November 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman



1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dfan sesungguhnya ia akan binasa .

Jika Al;lah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ?


Nukilan oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat

Khamis, 26 November 2009

Tata cara merayakan hari raya korban


Salam teman-teman,

'iedul Adha: عيد الأضحى) adalah sebuah hari raya Islam. Pada hari ini diperingati peristiwa korban, iaitu ketika nabi Ibrahim, yang bersedia untuk mengorbankan puteranya Ismail untuk Allah, kemudian digantikan oleh-Nya dengan kibash

Pada hari raya ini, umat
Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan solat 'ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan iedul Fitri. Setelah solat, dilakukan penyembelihan hewan korban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti putranya.

Hari Raya iedul Adha jatuh pada tanggal 10 bulan
Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah perayaan iedul Fitri. Hari ini juga beserta hari-hari Tasyrik(11, 12 dan 13 zulhijjah) diharamkan puasa bagi umat Islam.

Puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah yg telah mempertemukan kita kepada hari yg agung ini dan memanjangkan umur kita sehingga dapat menyaksikan hari dan bulan berlalu dan mempersembahkan kepada kita perbuatan dan ucapan yg dapat mendekatkan kita kepada Allah.

Hari Raya qurban termasuk kekhususan umat ini dan termasuk tanda-tanda agama yg tampak juga termasuk syi’ar-syi’ar Islam maka hendaknya kita menjaganya dan menghormatinya.

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوْبِ

Demikianlah dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati .

Berikut ini akan dijelaskan secara ringkas adab-adab dan hukum-hukum tentang hari raya :

1. Takbir Disyari’atkan .Bertakbir sejak terbit fajar pada hari Arafah hingga waktu Ashar hari tasyrik terakhir yaitu pada tanggal tinggal belas ZulHijjah .

Allah ta’ala berfirman:Dan berzikirlah dalam beberapa hari yg terbilang

Caranya dgn membaca:اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ،اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ“ Allah Maha Besar Allah Maha Besar. Tiada Tuhan selain Allah Allah Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagi-Nya segala pujian.

“Disunnahkan mengeraskan suaranya bagi orang laki di masjid-masjid pasar-pasar dan rumah- rumah setelah melaksanakan shalat sebagai pernyataan atas pengagungan kepada Allah beribadah kepada-Nya dan mensyukuri-Nya.

2. Menyembelih binatang korban. Hal tersebut dilakukan setelah selesai solat ied berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam

:مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُعِدْ مَكَانَهَا أُخْرَى، وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ (رواه البخاري ومسلم)

Siapa yg menyembelih sebelum shalat maka hendaklah dia menggantinya dgn hewan kurban yg lain dan siapa yg belum menyembelih maka hendaklah dia menyembelih.

Waktu menyembelih kurban adalah empat hari; hari raya dan tiga hari tasyrik sebagaimana terdapat dalam hadits shahih dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam.

3. Mandi dan mengenakan wewangian. Hal ini bagi orang laki dan memakai pakaian yg paling bagus tanpa berlebih-lebihan. Sedang-kan wanita disyari’atkan baginya keluar menuju tempat solat ied tanpa tabarruj(bersolek) tanpa memakai wangian dan hendak-lah seorang muslimah berhati-hati pergi dalam rangka ta’at kepada Allah dan shalat sedang dia melakukan maksiat kepada- Nya dgn tabarruj membuka aurat dan memakai wangian di hadapan orang laki.

4. Makan daging korban. RasulullahShalallahu ‘alaihi wassalam tidak makan daging korban sebelum pulang dari solat ied setelah itu baru dia memakannya.

5. Pergi ke tempat solat ied berjalan kaki jika memungkin-kan dan disunnahkan solat ied di lapangan terbuka kecuali jika terdapat uzur seperti hujan misalnya maka pada saat itu sebaiknya shalat di masjid berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam.

6. Solat bersama kaum muslimin dan mendengarkan khutbah.

7. Melalui jalan yg berbeda. Disunnahkan utk berangkat ke tempat solat ied.....pergi jalan lain, balik jalan lain berdasarkan perbuatan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam.

8. Ucapan selamat. Tidak mengapa saling mengucapkan selamat seperti :

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ“ Semoga Allah menerima kitadan anda sekalian”.

sekian, terima kasih.




Terangi Hatimu Dengan Kalamullah