..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Rabu, 1 Julai 2009

PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL DAKWAH

PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL DAKWAH
anjuran Unit Operasi Dakwah,
Sektor Pendidikan Islam,
JPNJ

PENDAHULUAN

Jabatan Pelajaran Negeri Johor dalam usaha mengumpul idea-idea dan kreativiti-kreativiti serta inovasi-inovasi yang dapat menyokong usaha-usaha ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam kalangan murid-murid. Untuk tujuan itu, aktiviti-aktiviti berbentuk penulisan, kajian-kajian tindakan serta sebarang kajian ilmiah yang boleh memberi impak kepada pendidikan di negeri Johor amat digalakkan. Sebagai menyokong usaha-usaha murni ini, Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, ingin mempelawa semua warga guru Pendidikan Islam di negeri ini menyertai pertandingan "Penulisan Artikal Dakwah".




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1) Terbuka kepada semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor.

2) Artikel hendaklah ditulis (penulisan sendiri) tetapi sebarang bentuk rujukan yang boleh menyokong idea adalah dibenarkan.

3) Artikal hendaklah ditulis berdasarkan salah satu daripada tajuk berikut :
a) Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi memantapkan akidah remaja Islam di sekolah.
b) Pengaruh gejala negatif sering kali dikaitkan sebagai punca kemerosotan sahsiah pelajar muslim. Bincangkan langkah-langkah menanganinya menurut pandangan Islam.
c) Ibadat berkualiti sumber pembentukan sahsiah unggul murid. Bincangkan.
d) Solat dapat membangunkan modal insan berkualiti. Cadangkan bagaimana pelaksanaan solat berjemaah dapat diurus dengan berkesan di Sekolah Menengah.
e) Guru merupakan golongan yang paling berpengaruh dalam membangunkan sahsiah unggul murid. Bincangkan bagaimana Guru Pendidikan Islam boleh menjadi penggerak pembentukan peribadi murid di sekolah.
f) Etika berpakaian menurut Islam, kesannya dalam pembentukan sahsiah pelajar.
g) Baginda Rasulullah S.A.W contoh sahsiah unggul. Tuliskan beberapa kisah yang menyokong penyataan ini dan bagaimanakah ianya boleh diteladani oleh pelajar-pelajar muslim.

4) Setiap artikal hendaklah disokong dengan hujah-hujah sama ada dari nas-nas al-Quran, hadith, pendapat-pendapat ulamak ataupun bukti-bukti dari sirah ketamadunan Islam. Ayat-ayat al-Quran yang dijadikan hujah hendaklah dinyatakan nama surah dan nombor ayat manakala hadith-hadith yang dijadikan sandaran hendaklah dinyatakan periwayatnya.

5) Artikel hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensetif mana-mana kaum dan agama lain serta tidak menyentuh isu-isu politik negara.

6) Format penulisan adalah seperti berikut :
6.1) Menggunakan font Arial 12
6.2) Double spacing
6.3) Tidak kurang dari 15 muka surat dan tidak melebihi 25 muka surat, tidak termasuk senarai rujukan.
6.4) Menggunakan kertas A4 saiz
6.5) Ditulis di dalam Bahasa Melayu

7) Penilaian Artikal :
7.1) Jawatankuasa Penilaian Artikel adalah dari mereka yang dilantik oleh JPN Johor.
7.2) Penilaian Artikel akan diasaskan kepada perkara-perkara berikut :
7.2.1) Isi artikel
7.2.2) Pengolahan isi yang menarik berserta hujah dan contoh
7.2.3) Data-data sokongan
7.2.4) Bahasa

8) Hadiah Pemenang (Wang Tunai)
8.1) Pemenang Pertama : RM500.00 (Lima ratus ringgit sahaja beserta sijil)
8.2) Pemenang Kedua : RM300.00 (Tiga ratus ringgit sahaja beserta sijil)
8.3) Pemenang Ketuga : RM200.00 (Dua ratus ringgit sahaja beserta sijil)


9) Tarikh tutup penyertaan ke JPN Johor adalah pada 15 September 2009

10) Penyerahan artikel : Artikel-artikel hendaklah diserahkan dalam bentuk 'hard' dan 'soft copy' ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (U.P : Ketua Unit Pendidikan Islam) dan Ketua Unti Pendidikan Islam akan menyerahkan ke Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor, sebelum atau pada 15 September 2009.

11) Keputusan pemenang akan dimaklumkan. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan adalah MUKTAMAD.

12) Artikel-artikel yang telah dihantar adalah menjadi hak milik pihak penganjur.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah