..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Rabu, 8 Julai 2009

Hakikat kerinduan yang perlu diterima


Di dalam kepekatan malam 16 Rejab, terasa diri kerdil ini untuk mencoret serba sedikit rasa hati yang sentiasa tercuit dek rasa kesedihan, kesepian, kerinduan dan pelbagai perasaan hiba yang tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.aku tahu aku menulis hanya kerna Allah, tiada aper yang aku harapkan hanya keredhaan Allah.

Sesungguhnya keutuhan dan kegagahan semangatku kini untuk mencari rezeki diperantauan adalah disebabkan insan tersayang yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk aku pegang sepanjang masa dan setiap saat, walaupun mereka berada jauh didepan mata tapi hakikatnya hatiku sentiasa merasa dekat dan hampir dengan hati dan jiwa mereka.

kedapan semangat biru yang aku ada kini, entah mampu bertahan sampai bila, mungkin akan hancur jua, namunku mohon pada ilahi agar dikuatkan semangatku kini dan pasak dan thabatkan semangatku ini untuk mendepani cabaran, mehnah dan tribulasi ini buat selama-lamanya,selagi hayat dikandung badan, untuk ku teruskan sisa perjuangan dan jihadku semasa hidup ini.

kadang-kadang aku bermonolog sendirian, aku sering bertanya bilakah akan berakhirnya kepayahan dan penderitaan hidupku ini, yang sentiasa terpaksa berjauhan dan senantiasa memendam kerinduan yang kadang-kadang tidak mampu ku tanggung, oleh dek kerana diriku insan yang lemah, namun ku gagahi jua demi sebutir nasik untuk ku suapkan kepada isteri tercinta dan dua anakku yang sentiasa tersenyum pabila ayahnya pulang menemui mereka, merekalah selama ini yang memberi makna yang besar dalam diriku kini.

anakku membesar dengan panduan isteri sendirian tanpa dapat dibantu olehku insan yang bergelar bapa,yang sepatutnya menjadi ketua keluarga, namun apa yang mampu aku buat hanya telefon dan bertanyakan khabar dari jauh itu saja yang mampu aku lakukan, dan jua aku akan cuba pulang menemui mereka seberapa kerap yang mungkin, kekadang aku akan pulang 2 kali sebulan kekadang disebabkan dengan kekangan masa dan tugasan yang membebani bahuku, terpaksa ku kurangkan kepada 1 kali sebulan. dengan kepulanganku yang jarang begitu berapa keratkah masa yang mampu aku habiskan bersama keluargaku.berapa keratkah!, namun ku tetap bersyukur kepada yang esa.

aku jua kadang-kadang merasa pelik dengan perjalanan hidup yang entah... seolah-olah manusia tidak berfikir dan menginsafikan akan musibah orang lain, apabila kesusahan itu tidak menimpa bahu mereka, mereka memandang enteng dan buat tidak peduli, apabila kita butuh pertolongan mereka, mereka buat saja-saja, macam tidak ada benda besar yang berlaku. cuba kesusahan itu menimpa batang hidung mereka atau kaum kerabat mereka, nescaya seluruh bala tentera yang ada dikerahkan untuk membantu. begitulah kerenah birokrasi yang ada pada masa kini, siapa yang mempunyai kuasa, dialah raja, siapa yang tidak berkuasa akan sengsara tanpa dipeduli. tapi apabila keringat kita diperlukan, kitalah yang akan memjadi hambanya, itulah dunia namanya.namun kita perlu sedar kerana dunialah manusia akan mendapat balasan baik dan buruknya diakhirat nanti, aku tetap juga akan sentiasa senyum kepada dunia walau aper pun dunia buat kepada kita, sesungguhnya semua ini adalh ujian yang terpaksa kita pikul walaupun tidak dipinta.

aku terfikir sejenak... apabila aku membuka laman-laman blog yang terdapat di dalam blog komuniti al azhar, teringat aku masa aku belajar di sana, tak dapat nak aku bayangkan betapa seronoknya, perjalanan hidup aku di sana. lagilah amat membanggakan aku, apabila diteliti sehalusnya da dianalisa sejelasnya, ramai sungguh mahasiswa/wi azhar kini mampu berkecimpung dalam media yang canggih ini, dan mampu turut sama berdakwah secara dunia cyber dan tak dinafikan jugak tulisan ilmiah yang cukup membanggakan dan memberangsangkan, cuma pesanku istiqaamah dalam setiap aper yang kita perjuangan, kerana medan semasa kita belajar dan waqie yang berlaku apabila kita tamat belajar, cukup jauh dan berbeza, kerana di sana teralu banyak duri dan liku-liku perjalan sukar yang terpaksa kita tempuhi.thabatlah sahabatku dalam perjuangan, sesungguhnya kata tidak sama sebagai mana yang di minta.

sunyi,sunyi.... sunyi malam aku kini, aku sudah berkeluarga tapi gaya aku seperti aku masih belum punya keluarga, aku masih lagi tinggal bujang bersama kawan-kawan yang senasib denganku, dulu aku telah merantau jauh mencari ilmu untuk memenuhi dada kontang ini dengan sedikit ilmu Allah yang pastinya takkan kering, aku meninggal keluarga bertahun-tahun aku diuji dengan kesabaran keriduan, kini aku masih berkeadaan sama, masih lagi berjauhan dengan keluarga malah meninggalkan isteri dan anak tercinta dengan penuh perasaan ketat hati, namun kugagahi jua, sesungguhnya ini adalah amanah Allah kepada hambanya untuk memakmurkan alam ini.

aku sedar di sini aku mengajar anak bangsa yang seagama dengan dengan dengan berkat penuh kesabaran, ku didik mereka dengan penuh kesedaran dan dengan penuh tanggungjawab, seolah-olah aku mendidika anak sendiri, namun anak sendiriku tinggalkan dan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang, ku tidak mahu disebabkan anak, isteri dan harta yang boleh menggangu gugat hasrat murni ini, untuk menunaikan amanah Allah ini, namun aku hanya manusia, aku hanya manusia. Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini ya Allah...

tidak pernah ada penyesalan dalam diriku kini, apabilaku fikir dan ku imbas apa yang berlaku pada diriku, tidaklah seberat mana yang ditimpakan oleh Allah kepada hambanya yang lain, lantas ku terus menadahkan tanya memohon keampuanan daripada Allah atas setiap ape yang aku lakukan, aku alpa ya Allah, aku mudah lupa, aku mudah merasa tidak bersyukur dengan apa yang kau telah kurniakan kepadaku, ya Allah aku insan yang hina ya Allah, ampunilah dosa hambamu yang hina ini. sesungguhnya kita adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk menanggung amanah ini, jadi marilah kita sama-sama, melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin. ku sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan duniakan dan diringankan segalan beban yang tertanggung di pundakku, sesunggunhnya kepadamulah tempat untuk ku mengadu.

buat anak dan isteriku sabarlah menanti kehadiran abimu, isya Allah kita akan bersaa nanti, semoga Allah membuka hati kepada insan-insan yang zalim ini, ditundukkan hati-hati mereka dan ditunjukkan Allah kejalan yang dredhainya. kudoakan agar kita semua akan menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain, bukannya sampah yang berkeliaran yang menyemakkan pandangan mata.inilah hakikat kehidupan.

p/s ini hanyalah luahan hati penulis yang tidur dalam kerinduan kepada anak-anak dan isteri tersayang.... abi sayang semua.dedikasi buat anak Abi asyraf wa Arifah abi love you ALL.

Tanjung Gemok Rompin, Pahang.
12.07 malam.

2 ulasan:

Bro_mie berkata...

Betul2...dunio lo ni penuh dgn kekejaman...tapi tu lah, demi masa depan, sesuatu perlu dikorbankan, biarpun pahit....tapi x soh bimbang la....insya-Allah, x lamonyo tu...

baguh en3 ni....buleh pesan ko Azhari lain....kumpul ilmu lain....sebar ilmu lain....jangan duk baloh bezo mazhab sano...ISMA la...PMRAM la....ntoh apo2 lagi la....

Mohd Fazil bin Ra'aim berkata...

Terima kasih kepada bro_mie atas kesudian memberi komen ini, syukran. yang baik dikongsi bersama.

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah