..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Jumaat, 31 Julai 2009

Haniyah: Abbas & Mossad Bunuh Arafat


Perdana Menteri Palestin dari sayap Hamas, Ismail Haniyah menyatakan dokumen yang beredar berhubungan rancangan dan skandal pembunuhan mendiang Presiden Palestin Yasser Arafat oleh Mahmoud Abbas, Muhammad Dahlan, dan perisikan pengganas Mosad Israel adalah benar.

"Video dokumen itu asli. Arafat mati kerana dibunuh, dan pembunuhan itu direncanakan, dan salah satu dalang pembunuhan itu adalah Presiden Mahmoud Abbas," demikian dikatakan Haniyah dalam khutbah Jumaatnya di Masjid Palestin di kota Gaza.

Dugaan keterlibatan Abbas pun kian kentara kerana pemerintahan autoriti Palestin yang dipegang Fatah di Tebing Barat tidak pernah melakukan inisiatif atau membentuk pasukan khusus untuk menyelidiki dan mengungkap lebih lanjut hal-ehwal kematian Arafat yang oleh banyak pihak dipandang sangat ganjil.

Ditambahkan Haniyah, dari video tersebut juga terungkap serangkaian rencana Fatah yang bersekongkol dengan perisikan Israel untuk menangkap anggota sayap saingan mereka, Hamas, menangkapi para pemimpin sayap tersebut dan memenjarakannya.

Video tersebut diungkap baru-baru ini oleh Ketua Biro Politik PLO Farouq Qudumi yang juga pegawai teras sayap Fatah, dan disebarluaskan oleh pejabat berita Aljazeera. Akibat hal ini, Qudumi terancam dipecat dari Fatah dan pejabatcabang Aljazeera di wilayah Tebing Barat ditutup.

Sementara itu, dari pihak Fatah, mereka menolak kebenaran video tersebut, serta menyatakan Qudumi tengah berusaha menebar fitnah dan kebohongan. (L2/im)

Sumber

2 ulasan:

Bro_mie berkata...

pakat duk brembah la wei puok dio....

azieda11 berkata...

Macam Pas Ngan Umnolah kito kat Malaysia, tok kaba malaysia nak kena jual -)

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah