..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Isnin, 13 Julai 2009

Pagi Yang Memenatkan..

Minggu ini sebagaimana biasa ruten hidup aku, balik ke kampung halaman tercinta menziarahi kedua putra dan putriku serta isteriku tersayang jua ibuku tersayang yang tinggal berdekatan dengan rumah sewaku.

perjalanan hidupku tetap sama, entahkan bila berubah, kepulanganku disamut meriah dan riang oleh kedua cahaya mata, pengarang jiwaku. setelah merempuh perjalanan yang panjang yang penuh dengan kepayahan dan selalunya berperang dengan perasaan muak dan letih melihat stereng kereta yang sama dan x berubah membuatkan jiwaku tidak keruan, kepulanganku kali ini berbeza sedikit kerana ditemani sahabat seperjuang akhi rosdi dapat mengurangkan sedikit strees pada perasaanku, dengan ini perjalanan yang panjang tadi kurasakan hanya singkat sahaja.


dalam perjalan pulang itu pelbagai kenangan dapat kami imbaskan kembali, pelbagai topik menarik dapat kami canangkan dengan bernas dan matang sekali, banyak konlusi yang dapat kami jadikan pengajaran, tidaklah perjalanan jauh tadi menjadi sia-sia, malahan ia telah merubah kepada perjalanan yang ilmiah kerana Allah.

Aku dah biasa dengan ruten hidupku, berjalan jauh beribu batu untuk bertemu keluarga tercinta, namun kadang-kadang aku merasa terlalu penat, lebih-lebih lagi pada hari isnin pada setiap minggu, kerana pada kebiasaan aku akan menaiki bas untuk datang ke destinasi kerjaku, pada pagi tadi aku mejejakkan kakiku dirumah sewaku pada pukul 5.00 pagi, setelah semalaman aku diulit oleh goyangan bas yang berlalu laju tanpa aku sedari di dalam kepekatan malam, hanyaku tahu berdoa agar Allah panjangkan usiaku dan samaikanlah aku ke tempat yang hendak dituju.

dah penat dilambung bas semalaman, pada 6.00 pagi aku perlu bersiap sedia untuk ketempat kerja, menunaikan amanahku sebagai pendidikan, 6.30pagi aku dah terperakkan ke sekolah untuk menguruskan kerja harian, walaupun badan masih penat, aku tetap gagahi jua, itulah harga seorang pendidikan yang merantau jauh mencari rezeki, namun aku redha dengan ketentuan ilahi.

letih adalah satu cabaran dalam usaha kita untuk mendidika anak bangsa ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang, kita tidak mahu melihat generasi akan datang sudah hilang arah pandu hidup mereka, kerana kini terlalu banyak halangan yang terpaksa kita tempuhi, yang dibimbangi akan memjadi ikutan kepada masyarakat kini yang jauh terpesong daripada akidah islam yang sebenar.

Kita semua terpanggil dengan seruan dakwah ini, janganlah kita hanya mendabik dada, akulah Islam sendangkan dia sumbangan yang berharga untuk kita ttipkan saham kita dalam usaha memartabatkan islam dimata dunia, betulkan bak kata TGNA "Ramaiyang mengaku islam tapi tidak tahu aper itu Islam, dan akan marah apabila orang kata kita tidak Islam, sedangkan tindak tanduk kita seolah-olah seperti orang bukan Islam" renung-renungkanlah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
semoga berjaya abe dil

Mohd Fazil bin Ra'aim berkata...

Syukran

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah