..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Selasa, 23 Jun 2009

Renungan : Bagaimana Ayah Begitulah Anaknya


"Siapakah yang menjamin hidup sampai selepas waktu Zohor?" Pertanyaan itu terlontar daripada mulut seorang pemuda kepada Khalifah Umar Abdul Aziz, tokoh pemimpin yang bergelar khulafa' ar rasyidin kelima. Ketika itu, khalifah yang terkenal keadilannya itu sangat tersentak dengan perkataan si pemuda. Apatah lagi pada ketika itu, dia sedang merebahkan dirinya beristirehat selepas selesai mengebumikan khalifah sebelumnya, Sulaiman bin Maik.

Tetapi baru saja dia merebahkan badannya, seorang pemuda berusia 17 tahun datang menghampirinya dan berkata, "Apa yang tuan lakukan wahai Amirul Mukminin?" Khalifah Umar bin Abdul Aziz menjawab,"Biarkan saya tidur sejenak. saya sangat letih dan penat sehingga hampir tiada kekuatan yang tersisa." Namun pemuda itu kelihatan tidak paus hati dengan jawapan tersebut. Dia bertanya lagi, "Apakah tuan akan tidur sebelum mengembalikan barang yang diambil secara paksa kepada pemiliknya, wahai Amirul Mukminin?" Khalifah Umar mengatakan,"Jika tiba waktu Zuhur , saya bersama orang-orang saya akan mengembalikan barang-barang tersebut kepada pemiliknya." Jawapan itulah kemudian ditanggapi oleh si pemuda, "Siapakah yang menjaminmu hidup sampai selepas waktu Zohor , wahai Amirul Mukminin."

Pemuda itu bernama Abdul Malik. Dia adalah putera Amirul Mukminin sendiri,Umar bin Abdul Aziz. Semoga Allah merahmati kedua-duanya.

Renungan buat bapa-bapa, masihkah ada bapa dan anak seperti panduan dan contoh terbaik di atas, fikir-fikirkanlah. dalam situasi kita pada zaman sekarang, generasi terlalu maju sehinggakan akhlak manusia sendiri dimajukan mengikut kehendak nafsu. yang buruk diagung-agungkan dan dan yang baik dipandang serong,disindir-sindir dan diperlekeh fikir-fikirkanlah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah