..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Selasa, 23 Jun 2009

Download Kertas Kerja Pemikiran Fiqh Al-Imam AL-Nawawi

Download

Al-Imam Al-Nawawi merupakan salah satu nama yang terbilang di persada kesarjanaan Islam. Kemasyhuran beliau merentasi berbagai disiplin ilmu seperti Fiqh, Hadith, Ulum Al-Hadith, Nasab, Tarikh, Bahasa Arab dan sebagainya.



Khidmat dan sumbangan Al-Nawawi terhadap Islam khususnya di bidang ilmu Hadith sangat besar. Setiap sarjana ilmu hadith seakan-akan berhutang dengannya atas apa yang telah beliau tinggalkan dalam ilmu tersebut. Namanya juga jarang diabaikan oleh para fuqaha’ dalam menyatakan pendapat ulama berhubung satu-satu masalah fiqh. Kecenderungan beliau dalam membahaskan dalil-dalil yang dikemukakan oleh fuqaha’ (khususnya mazhab Syafi‘i) menjadikan sahsiahnya agak tersendiri dan unik. Menyandarkan suatu fatwa kepadanya seakan-akan memberi kekuatan kepada fatwa tersebut.

Keperibadian, pemikiran, manhaj dan sumbangan Al-Nawawi dalam pelbagai bidang ilmu terus dikaji dan dibincangkan sejak sekian lama hingga ke hari ini. Sehingga kini di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi sudah terdapat lebih 20 tajuk tesis M.A dan PhD berkaitan dengannya.

Kehebatan ilmunya diiktiraf dan dihormati, sumbangannya terhadap agama dan umat ini dihargai. Sungguhpun begitu, ia tidak bermakna Al-Nawawi tidak pernah tersilap di dalam pendiriannya. Ini kerana tiada seorang insan (tidak kira betapa hebatnya dia) yang tidak terlepas daripada kesilapan.

Justeru itu, sebarang kesilapannya turut dinyatakan oleh para pengkaji. Ia tidak mencacatkan kehebatan Al-Nawawi sebaliknya ia hanyalah bukti bahawa beliau juga insan dan insane itu tidak sunyi dari salah dan silap.

Kertas kerja serba ringkas ini hanyalah sedikit pengumpulan terhadap tulisan para sarjana terdahulu. Tulisan ini cuba menumpukan kepada manhaj pemikiran Al-Imam Al-Nawawi khususnya di bidang Fiqh.

Kertas kerja ini dibentang sempena Seminar Pendekatan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah – Aqidah dan Syariah pada 11 Ogos 2007 di Hotel Garuda Plaza, Medan, Indonesia anjuran bersama Kerajaan Negeri Perlis dan Pertubuhan Muhammadiyyah, Indonesia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah