..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Isnin, 28 Februari 2011

ADAB-ADAB KETIKA MEMBACA AL-QURAN

Oleh : Nor Asmira Binti Ra'aim
بسم الله الرحمن ارحيم
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yg mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)
Seperti ibadah yang lain, Al-Quran juga mempunyai peraturan dan adab-adabnya yang tersendiri sebelum membacanya. Antara adab-adab ketika membaca Al-Quran adalah seperti berikut:
1. Mengambil wudhuk,berada dalam keadaan suci, serta duduk dalam keadaan sopan dan tenang.
Sebelum membaca al-Qur'an hendaklah membersihkan badan dan disunatkan mengambil wudhuk terlebih dahulu,adapun bagi orang yang berhadas besar seperti haid,nifas dan seumpamanya adalah haram bagi mereka membaca Al-Quran. Selain itu juga,haram bagi kita menyentuh mashaf Al-Quran dalam keadaan tangan yang mempunyai najis.
Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan. Kita juga disunatkan untuk berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta memakai bau-bauan.
2. Menghadap kiblat dan isti’adzhah
Disunatkan menghadap kiblat dan isti’adzhah ketika membaca Al-Quran sepertimana firman Allah di dalam surah An-Nahlu ayat:98
( فإذا قرأت القرءان فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم)
Mafhumnya: maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al-Quran, mohonlah perlindungan dari syaitan yang terkutuk.
3. Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat, agar dapat menghayati dan memahami ayat yang dibaca,serta bertajwid dan tarannum.
Disunatkan untuk membaca AQuran secara perlahan seprtimana firman Allah dalam surah Al-Muzammil ayat:4 yang bermaksud:(Bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan) serta betul tajwidnya dan bertarannum.
Sumber: -Abu Huzaifah yusuf (www.muslim.or.id)
-(http://www.scribd.com/doc/7872896.adab)
P/s: kepada yang berminat tolong berikan pendapat mengenai artikel ini, terima kasih atas sumbangan anda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah