..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Sabtu, 6 Februari 2010

Adakah kita seorang Islam yang ada sensitiviti

Sejak dua menjak kebelakangan ini.... negara kita dekelilingi dengan pelbagai isu yang pelik-pelik dan huru-hara yang entah aper.... saya sendiri pun seorang pemerhati dibelakang tabir sebagai rakyat biasa merasa rimas dengan kejadian massa kini.... kita tidak sudah-sudah dengan isu politik yang kebudakan.... isu seolah-olah rakyat malaysia ini semua budak.... yang dapat ditipu dan disogokkan dengan hujahan hingusan yang tidak konkrik.....

dengan permasalahan isu keagamaan yang tidak berkesudahan.... dengan isu kemelayuan.... dengan isu kalimah Allah... dengan isu DSAI yang sedang dibicarakan... dengan kebangkitan Aduka Taruna.... yang ntah datang dari lubang busut maner.... yang menulis mengikut sedap jari menari.... tanpa menghiraukan dosa dan pahala.... tup...tup..dalam keganasan media.... maya ini....dalam minda ku tercari2 bahan ilmiah untuk ku baca....terpampang satu artikel yang menarik untukku analisis dan membacanya... ketikaku membuka laman maya DRMAZA.... terkejut beruk aku.... apabila ulasan yang dibuat oleh DRMAZA... mengenai dengan tulisan Aduka Taruna(glamour semeta dia nie).... sebelum kecohnya isu... yang siteruna yang bangang nie.... menghina... kemangkatan almarhum Sultan Johor.... pada masa tu... raserr kesian jugaklah ko dia.... tapi apabila dah terbaca artikel dia yang sebelum itu memang sahlah akan kekurangan mental manusia nie....... saya dengan x semena2 rasa amat benci dengan manusia....yang berpewatakan... gila tak bertempat nie.... rasanya...sangat2lah tidak lanyak untuk kita.... berkata sedemikian sebagai seorang yang mengaku diri Islam... siapalah kita... untuk mengkritik peribadi Sahabat Rasulullah dan tabi' tabiin sebegitu sekali dengan mengeluarkan kata2 yang tidak enak telinga mendengarnya.. .... Ya Allah berilah balasan yang setimpal kepada makhluk durjana seperti ini....

untuk mengetahui perihal selanjutnya... anda perlulah nilai dan analisis sendiri... aper yang dicatat oleh aduka taruna ini... dan ulasan khusus daripada Al fadhil DRMAZA yang segani dan dihormati.... terimalah.....

Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:

1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.

2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.

4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.

5. Tuduhan-tuduhan beliau kepada Aishah dan Muawiyah tidak berasaskan fakta sejarah yang sebenar. Saya cadangkan beliau dan sesiapa yang terpengaruh dengannya membaca apa yang telah saya tulis dalam buku PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI SAW : ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN SEJARAH.

6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?

7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?

Lampiran 1

Sembang Mazhab.
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)



Lampiran 2

Aishah R.A bangang dalam tajuk
Oleh : AdukaTaruna

(Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah