..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Isnin, 25 Mei 2009

Dugaan mengajar ketabahan





puteri kesayanganku dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Machang, selama 4 hari 2 malam, bermula 20 Mei 2009 hingga 24 mei 2009









Hari pertama keluar daripada wad, jelas terpancar diwajah puteriku ceria tanpa ada tangis, terima kasih yang Allah


beginilah cabaran terpaksa aku tempoh selama 4 tahun berjuang dan berjihad serta bertarung dengan jiwa sendiri untuk mendidik anak bangsa sehingga terabai tanggungjawab kepada keluarga tercinta.

pejam celik-pejam celik, kini aku telah 4 tahun berkecimpung dalam arena pendidikan, telah berpuluh-puluh kali aku memohon untuk melaksanaankan tanggungjawab aku di daerah sendiri, namun kini jawapannya masih menjelma hampa, harapan untuk bersama keluarga berjuang untuk anak bangsa, masih akan sukar dan suram, akupun tidak tahu kenapa.

kejadian tidak diingini berlaku pada 20 Mei 2009, baru sahaja semalam aku mengucapkan selamat hari lahir yang pertama buat puteriku tersayang, pada hari ini aku dikejutkan oleh panggilan daripada isteriku yang menceritakan "bang, anak kita deman kalau abi nak balik,baliklah." aku terkedu mendengar berita tadi pada jam 5.oo, aku memberikan jawapan "sayang, buatlah ape yang patut dulu, sebab abi mungkin tak dapat balik, kelas masih ada 2 hari lagi, tak kan abi nak ambil cuti 2 hari, masak nanti kena marah kat guru besar." itulah alasan yang hanya mampu aku berikan.

selang satu jam, ketika aku baru sahaja selesai solat asar kedengaran telefon berbunyi, "ah, ni daripada isteri aku ni." detik hatiku. dengan tangisan yang bunyinya macam tidak keruan, isteri aku berkata"kalau abi nak balik-baliklah, kalau tak terpulang, adik demam kuat, kini kami on the way ke hospital machang." setelah mendengar kata-kata daripada isteriku tadi, aku tanpa memikir panjang terus aku mencapai beg kain dan masukkan apa barang yang patut dan terus bertolak pulang ke kampung pada jam 7.00 malam. sepanjang perjalanan pulang dengan menggunakan kereta wira burukku, tiada benda lain yang mampu aku fikirkan hanyalah apalah nasib puteriku kini. tanpaku sedari kelajuan keretaku tidak pernah kurang daripada 120KMJ, kelajuan ini tidak pernah aku lakukan, namun hati ini merasakan kelajuan itu terlalu perlahan, yang hanya mampu aku katakan aku ingin cepat samapai ke destinansi yang ku ingin tuju, iaitu kepangkuan puteriku tersayang.

setelah 4 tahun aku ulang alik daripada johor ke kelantan, inilah kali pertama aku membawa kereta dengan kelajuan sebegitu, pada kebiasaannya perjalanan aku dari Endau Johor ke Machang Kelantan, memakan masa 8 jam, namun pada hari itu aku telah memendekkan masa tersebut kepada 6 jam sahaja, cuma bayangan sahabat. bertapa hati tidak keruan disebabkan musibah yang berlaku, namun aku amat bersyukur kepada Allah yang masih lagi memberikan kekuatan kepada ku utuk menghadpi semua mehnah dan tribulasi ini, tanpa ada sunggutan kerana cintaku kepada Allah yang maha esa, setiap ujian daripada Allah tentu ada hikmah, cuma yang amatku kesali, tidakkah ada persaan dan hati perut dikalangan pihak atasan untuk mengatasi masalah golongan yang teraniaya seperti aku, aku tidak nafikan bukan hanya kau yang bergelar pendidikan mendapat dugaan seperti ini.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar hati-hati manusia yang keras ini bisa dilembutkan oleh Allah, moga ada penyelesai disebalik semua masalah ini, bukan disebabkan niat yang baik kita untuk mendidik anak bangsa dibalas dengan tuntutan pengorbanan yang tidak mampu dipikul buat selama.

Namun amanah yang terpikul dipundak kita kini, akan dipikul dengan sebaik mungkin. isya Allah.

takbir!!!! Allahu Akbar.

1 ulasan:

abu muhammad berkata...

assalamualaikum
takkan dikenali permata kalau bukan bertemu lebih dahulu intan dan kaca
takkan ditemui ketenangan n kebahagiaan kalau tidak lebih dahulu diuji n diduga

Catat Ulasan

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah