..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Selasa, 27 Oktober 2009

Jambatan Runtuh: Akibat Lompatan Mau



“Payah kontraktor kena jawab, ini bukan holocaust, ini negligence!”

Itu antara komen dilontarkan beberapa penduduk tempatan di lokasi kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampar, Kuala Dipang, Perak pada jam 10.30 malam tadi. Saya tiba di tempat kejadian pada pukul 6 pagi dan meninjau konkrit jambatan terbongkar dan tercabut dari lokasi tapak asal. Menariknya, jambatan terbabit dilaporkan siap dibina 2 minggu lalu.

Persoalannya, adakah tragedi itu berlaku akibat perbuatan beberapa pelajar sekolah menyertai Kem 1 Malaysia didakwa sesetengah pihak melompat-lompat semasa melintasi jambatan? Jika dakwaan itu benar, pasukan khas bakal ditubuhkan berikutan arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menyiasat struktur jambatan secara teliti. Pelik dan ajaib, masakan lompatan beberapa pelajar berusia 12 tahun mampu meruntuhkan jambatan.

Sewaktu entry ini ditulis, hanya satu mayat pelajar berketurunan India, N. Dina Deve, 12 tahun, ditemui pada jam 8.30 pagi tadi kurang 1 kilometer dari lokasi kejadian. Dua lagi mangsa masih dilaporkan hilang, operasi mencari dan menyelamat dipantau dan dikendalikan lebih 250 pegawai dan kakitangan 10 agensi kerajaan masih diteruskan.

298 pelajar dari 65 sekolah di Daerah Kinta Selatan menyertai kem di Pusat Kolokium, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Kuala Dipang bermula semalam dan sepatutnya berakhir Khamis ini.

“Dia anak pertama saya, banyak pandai, dia mahu jadi doktor,” kata bapa berusia 37 tahun.

Dia dan isteri menetap di Puchong, Selangor dimaklumkan berhubung musibah menimpa pada jam 11.30 malam sebelum bergegas ke Kampar.

“Anak saya tinggal dengan saudara di Gopeng sebab dia sekolah sana. Saya sudah jumpa sekolah baharu untuk dia di Puchong. Saya doa sama tuhan, anak saya selamat. Masa dia hendak pergi kem ini, dia jumpa saya, salam. Dia cakap, papa selamat berkerja, sebelum saya balik ke Puchong,” tambahnya sedih.

Dia kemudian menunjukkan gambar anaknya dirakam menggunakan kamera telefon bimbit. Comel, berseragam sekolah, tersenyum, rambut berikat pony tail

“Kalau anak tidak jumpa?,” soal saya.

“Mesti jumpa, saya dapat rasa. Anak saya kena jumpa, dia mesti selamat. Saya ada 3 anak, dia, adik dia 11 tahun dan 1 tahun, semua perempuan tetapi saya paling sayang dia, ” katanya sambil menyapu airmata mengalir di pipi.

Ibu mangsa gagal menahan sebak, menangis teresak-esak sambil ditenangkan ahli keluarga berdiri berhampiran saya.

Setakat ini anak sulung mereka antara 2 pelajar dilaporkan masih hilang. Kerja mencari mangsa dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat Perak dibantu penyelam Vat 69 sukar berikutan arus sungai deras. Hemat saya, kebarangkalian pelajar itu selamat, tipis.

Pada awal kejadian, 22 pelajar dilaporkan hanyut dibawa arus air dianggarkan sedalam 2 meter. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berada di tempat kejadian kemudian mengesahkan 19 pelajar terselamat.

“Pagi tadi berlaku pergaduhan di antara keluarga mangsa dan pihak penganjur kem, bertumbuk dengarnya,” bisik lelaki menghampiri saya.

Saya hanya mendiamkan diri. Namun hati kecil saya berbisik, pelbagai aspek berhubung pembinaan struktur jambatan akan dipersoalkan dalam tempoh terdekat.

Justeru, saya yakin ada pihak bakal sukar tidur malam.

Sumber dari : Mazidul Akmal Sidik



Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang

Oleh:SyaReformis

kd7Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai.


Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah.Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina.Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

kd722 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

kd1


Selasa, 20 Oktober 2009

Kembara Mutiara di Aidilfitri siri kedua

Ikatan Ukhuwwah Semanis Mawaddah inilah ikatan yang ingin kawan semai dan cari, setiap kali berukhuwwah keinginan hati hendak ia sentiasa berkekalan sehinggga ke akhir hayat... dapat dikenang manis dalam ingatan... namun kenangan indah ini sukar untuk diperolehi dan sukar untuk dicari di mana2.... oleh itu setiap ikatan yang terjalin hendaklah sentiasa di ikat kukuh... sepanjang masa... kerana ini adalah tuntutan Islam itu sendiri....

antara ikatan yang manis ialah... ikatan ukhuwwah yang saya semai semasa saya mengajar 3 tahun dulu di SK Ladang Mutiara, Kluang... sehinggga kini saya kenang... betapa ikatan manis itu... seolah2 hubungan kami seperti adik beradik kandung.... ke mana saja bersama.... di sebabkan kepayahan mendidik anak bangsa dan kesukaran yang dihadapi untuk meredah jalanan yang sukar untuk mengajar di SKLM membuatkan hati kami bersatu bersama menghadapi mehnah dan tribulasi yang mencabar ini sehingga ke akhirnya....

macam-macam kenangan manis dan pahit semasa mengajar di sana terlalu banyak dan sukar untuk digambar.... sebagaimana pepatah arab ada mengatakan yang bermaksud : "sesiapa yang tidak merasa, tidak kan tahu akan rasanya", oleh hanya yang tahu akan faham akan situasi kami pada masa itu.... yang tak tahu hanya tahu mengata.... mudah....sabarlah....biasalah tuh..... x perit sangat... dan macam2 lagi kata2 kalau difikirkan boleh melunturkan semangat guru2 yang dilemparkan ke suatu tempat yang semua orang tidak suka... tapi disebabkan rasa amanah terhadap tugas kami teruskan jua.... disebabkan inilah ukhuwwah antara kami teramatlah manis sekali... ya Allah terima kasih atas segalanya... kini semua itu adalah kenangan... saya dah dipindahkan ke sekolah yang baru di SKTL, endau... ingatkan dah dapat pindah balik kelantan.... tapi jauh panggang dari api... itu lha hakikat insan yang lemah seperti... saya... selalu di tindas.... oleh binantang buas yang berkuasa dan berjawatan..... namun kita perlu ingat.... selama mana mereka berkuasa.... kalau hati tidak ingat Allah..... hidup ini ibarat roda..... ingatlah kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah.....

prinsip ini sentiasa dipegang oleh seorang yang bergelar mukmin.... buatlah perkerjaan untuk mendapat keredhaan Rabbi.... bukannya kemuliaan di mata insan kehinaan di sisi Allah... semoga berjaya di dunia dan akhirat.... terima kawan-kawan atas kenangan ini......



Hero Lelaki SKLM dari kiri duduk Baha, Haji Idrus(GPK Coolman) dan Adie, berdiri dari Belakang Ise, Pejal, Suhaimi, ustaz Dil Kya Karee, Zaki, Ustaz Mawi, Juru Teknik Baru SKLM dan Apih Kelate.




Guru Pompuan SKLM baru dan lama termasuklah ngan isteri2 jejaka macho SKLM x termasuk Isteri Tercinta penulis Blog(masa nie dok jauh nun kalate sane)....




Raya kat SKTL pulak.... x kalah meriahnya.... meriah sangat2 sampai perut x leh terima tempahan kerana terlau padat.... dengan makanan x bertema... terima kasih semua dan selamat hari raya.....










Pemantauan Surau Al hakim

Alhamdulillah, sudah selesai tugasan saya menguruskan surau An Najjah SKTL, yang baru 4 bulan beroperasi, tapi dah masuk bertanding sempena pertandingan hari qualiti peringkat daerah mersing.

Hari ini pegawai PPD bahagian Pendidikan Islam (Penyelia Kanan) Ustaz Othman. mengikut apa yang saya dok tengok2 tu x banyak komen yang dilemparkan... kalau nak menang tu x tahulah... kalau menang tu... memang pelik sangatlah... tapi saya dah buat sebaik yang mungkin.... banyak masa yang telah saya korbankan untuk menceriakan suara nie... Insya Allah semoga Allah menganjarkan pahala atas setiap apa yang dilakukan...

inilah hasilnya sepanjang sebulan saya berusaha menghias surau ini....





















Khamis, 8 Oktober 2009

Kembara Mutiara di Aidilfitri

<

Kembara Mutiara singgah di rumah Cikgu Nizam..... rumah kembara yang ke

<

Dah penat makan, jom kita gie umah zaki lak...... meneruskan perjalanan ke renggam... dari kluang... jauh jugak weh....! aku lagi jauh dari endau... dating kluang semata-mata nak raya ngan member tersayang.... sesungguhnya ukhuwwah yang terbina di Mutiara.... sangat manis untuk dikenangan terima kasih mutiara....

<


<

Rehat kejap...... sebelum pergi rumah cikgu zaki kami rehat,kejap.... bagi perut kosong sikit untuk diisi ngan daging arnab muda yang dimasak secara...entah saya pun x tahu.... asal sedap dan halal kira oklah tu....rehat kejap....santai sambil solat asar di masjid kampong tengah renggam...
<

Ini adalah antara kereta yang menyertai kembara mutiara di Aidilfitri 2009..... lebih kurang 11 buah kereta dah macam orang belarak nak kawin.... inilah ukhuwwah yang sukar dicari di luar sana.... hanya istimewa di mutiara....Guru Besar saing... x ikut ker....

To be continue dengan ceriter lak... ari x sempat sebab... nak balik bukak puasa lak.... k jumpa lagi...salam lembaran di Aidilfitri.... esok ada jamuan raya lak kae SKTL.... jangan lupa pakai baju raya eeeekakakkaka....

Cantiknya.....


Airlines @ strange picture


Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture

Airlines @ strange picture




Haiwan pun pandai bergaya....santai....

Pelik tapi menarik.... ini kreativiti x bertempat....... manusia kreatif anugerah..... Allah.... gunakanlah anugerah kelebihan kepada menagungkan Allah.....Takbir!!!!!!! Allahuakbar....

sekadar hiburan santai kita pada hati ini.....





































Terangi Hatimu Dengan Kalamullah