..::AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM::..

Ahad, 23 Ogos 2009

Hari Kedua Puasa

Assalamualikum,

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT, dengan keizinan daripadaNya, kita masih lagi mampu untuk bersama-sama, mengecapi nikmat berpuasa dibulan yang mulia ini.

Ambo amat syukur pada tahun ini, sebab diawal Ramadhan kali ini ambo, dapat berpuasa dan berbuka bersama dengan keluarga dikampung, memandangkan cuti semester kali ini, kita dapat cuti sekolah selama seminggu diawal Ramadhan, syukri Ila Llah.

Hari ini, adalah hari yang kedua ambo berbuka puasa dikampung, ambo berbuka puasa bersama dengan anak, isteri ambo dan ibu ambo yang tercinta.... biasalah kali ini... ibu ambo telah masak makanan kegemaran ambo, iaitu treset jantung pisang.... isteri ambo lak buat minuman kesukaan ambo 'cendol santan.... fooooh!!!! dah x sabar tunggu berbuka puasa, sambil2 tunggu berbuka puasa, ambo naklah buat entry biasa sket... maklumlah kalau kat kampung nie, maner sempat nak buka internet.. sibuk melayan kerenah dua orang putera dan puteri yang x pernah letih... berlari dan ketawa... itulah namanya 'budak'....

oklah marilah kita sama-sama berdoa agar puasa kita kali ini lebih baik daripada ramadhan yang telah lepas......

Khamis, 20 Ogos 2009

Foto wanita kejam bunuh kucing

“Jangan kamu menyangka bahawa Allah lalai terhqadap apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Hanya sanya Allah menangguh (balasan terhadap) mereka ke hari yang mata-mata terbeliak (Hari Kiamat) … “ (Al-Quran).


Dari blog http://pengemisredha.blogspot.com/2009/07/kejam-sungguh.html


< … sesuatu yang nak di share, tentang manusia yang tak berperikemanusiaan..malah lebih dari itu.


sorry,gambar girl ni agak seksi sikit, yang penting wanita ni tiada sifat belas kasihan terhadap binatang …>













Detik dari

azieda11 : apalah salah kucing itu kepada perempuan ini kepada perempuan ini... hingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa.... inilah rupa binatang yang bertopengkan manusia... nampak saja macam manusia tapi jahat macam binatang....

Rabu, 19 Ogos 2009

Ramadhan Dekat Dihati.....

Assalamualaikum,

lama dah rasonyo ambo x menulis, dok asyik petik, pas tu paste, petik pas tu paste.... dah penat jugok rasonya... ingin jugak ambo sekali sekala melemparkan rasa hati ini... yang kadang2 gembira... kadang2 sedih... kadang2... x der perasaan... kadang2 perasaan berbaur... kadang2 persaan x dapat dikesan apakah perasaaan nie... tapi x per yang penting.... perjuangan perlu teruskan...

Kita kini... diselubungi dengan pelbagai isu dan masalah dunia yang x berkesudahan.... dengan kerenah kerjanya.... dengan kerenah keluarganya dan pelbagai kerenah untuk menguji jiwa seorang hamba Allah....

Pada saat kita sedang menghampiri bulan ramadhan ini... teringat lak ambo..kisah2 maso ambo belajar kat timur tengah dulu... betapo kenangan berpuasa dan berhari rayo dinegara orang adalah kenangan yang amat berharga... yang tiada dijual dipasar malam, atau dipasar raya... suasana sambutan ramadhan di sana lebih meriah daripada sambutan raya,berbeza dengan suasana sambutan dinegara kita, belum sempat berpuasa dah bunyi lagu rasa.... baju raya dah siap sebulan lepas.... siap berdodon-dodon lagi satu keluarga... itulah antara perbezaaan yang ketara.

sambutan Ramadhan di Mesir bagi saya amat dirasai, dengan suasana perhiasan di Masjid2 untuk memyambut tetamu Allah datang menunaikan solat terawih, dengan bertambahnya majlis2 ilmu, dengan bertambahnya... Maaidah Ar Rahman( Jamuan orang berbuka puasa) masjid2 dihias dengan lampu yang berkelip2 bak sambutan hari kemerdekaan atau sambutan hari keputraan raja.... ini kurang berlaku di negara kita... tapi biasalahkan... lain tempat lain caranya.....

dimasjid-masjid pada setiap malam ramadhan dipenuhi oleh tetamu Allah, sehinggalah pada malam terakhir bulan ramadhan... lagi nak akhir ramadhan lagi ramai jemaah, realitinya di sini, bukan ambo nak mengata, kalo dikampong2 atau ladang2 pada pertama alhamdulillah dapatlah 2,3 saf.... hampir2 dah nak akhir ramadhan nak satu saf pun susah... itu kat ambo punya kawasanlah, x tahulah pulak kawasan yang lain... kita mendoakan semoga ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang terbaik buat kita berbading dengan ramadhan yang telah lalu....

setelah kepulangan ambo ke tanah air ambo nie.... dulu ambo belajar dah jauh... kini ambo kerja pun,... Allah masih uji ambo dengan berjauhan jugak dengan anok dan isteri ambo.... dugaaan, itulah ujian yang yang amat berat terpikul dibahu ambo kini... bilo difikirkan... orang sedang enak berbuka bersama keluarga... ambo bersendirian bertemankan insan senasib dengan ambo... anak dan isteri sentiasa berjauhan... ambo berdoa semoga Allah menguatkan semangat ambo... untuk menghadapi semua ujian ini.... ramadhan kali ini jugak.. ambo terpaksa berjauhan dengan keluarga, tapi pada ramadhan kali ini bersyukur sebab pada awal ramadhan selama seminggu, ambo dapat berpuasa disamping anak dan isteri tercinta......

pada entry kali ni gak ambo nak ulas serba sedikit mengenai dengan isu2 panas yang sedang hangat diperkatakan lonie.... dalam keadaan dunia kita hari ini.... manusia memandang keduniaan terlalu tinggi sehingga sanggup mengabaikan akhirat untuk kemanisan dunia buat sementara.... seolah2 kini kalau kita perhatikan.... hiburan terlalu melampau mengelilingi dan mengikat kita sehingga kebaikan yang ada terhijab daripada terlakukan oleh kita....

kemampuan untuk individu tertentu untuk bercakap mengenai sesuatu isu penting, sudah tidak dipedulikan lag, siapa mereka, apakah kelayakan mereka, apakah kepakaran... sesiapa sahaja boleh bercakap mengikut sedap dan akal mereka tanpa merujuk kepada mereka yang ahlinya.... x kiralah bab agama ke, politik ke, kewangan ke, dan apa lagilah banyak sangat... yang ambo amat terkilan tersangat-sangatnya... pengulas2 yang x bertauliah dan x berautoriti dalam isu berkaitan agama... masya Allah... sampaikan minah jambul merah.... yang pakai seksipun... boleh mengeluarkan kata... menghukum ulama' dengan sewenang-wenangnya.., kato ulam, nie x patulah, x terbukalah, ulama' politiklah, ulama' jahatlah, macam2 lagi. ulasan orang yang macam nielah yanag akan diwar-warkan oleh media....perkara ini amat sedih sekali...., inilah antara tanda-tanda akhir zaman, apabila orang yang bukan ahli becakap bab agama lebih diambil pakai daripada kata-kata orang yang ahlinya.

ramai orang sekarang yang mengaku Islam tetapi... kelakuan dan jalan hidup tidak seperti Islam langsung... tapi kalau becakap mengalahkan ulama', inilah sepatutnya diserapkan dan ditekankan oleh pemerintah.... bukannya terlalu mementingkan kepada kedunia semata2... ambo bukan nak mengato orang lain... tetapi anak didik ambo sendiri... sudah berkali2 ambo cuba terapkan nilai2 murni dalam diri mereka.... namun hakikat.... media massa lebih memainkan peranan diluar... mereka lebih lama berada diluar dari disekolah... bayangkanlah... masa untuk diterapkan nilai islam disekolah kini hanya 3 jam jer seminggu.... pada masa lain.. aper yang mereka buat... entahlah... kalu difikirkan masalah kebejatan akhlak muda-muda sekarang ambo amat risau sekali, bagaimana lah keadaan pada masa akan datang.... semoga Allah maerahmati kita insya Allah.... cukupalh ambo.... penat dah.... lain kali ambo... kecek lagi... kecek banyok pun x guna bukan ore baco punn....

Selamat berpuasa dan selamat bercuti semester ke 2

10 hadiah Allah di dunia




Kehidupan orang-orang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah janjikan pelbagai 'hadiah', sebagaimana digambarkan-Nya di dalam al-Quran:

1. Sentiasa mendapat petunjuk
"Mereka itu (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka orang-orang yang beruntung." (al-Baqarah:5)

2. Diberi penyelesaian daripada masalah

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar." (at-Thalaq:2)

3. Dipermudahkan segala urusan

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya." (at-Thalaq:4)

4. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak terduga
"... dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga." (at-Thalaq:3)

5. Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa." (Ali Imran:76)

6. Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi." (al-A'raf: 96)

7. Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlindungan daripada Allah

"Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa." (al-Fussilat: 18) "... dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yan bertakwa." (al-Baqarah: 194)

8. Mendapat kemenangan

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan." (an-Naba: 31)

9. Terpelihara daripada tipu daya musuh

"Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu." (Ali Imran: 120)

10. Diberikan 'furqan' (petunjuk untuk membezakan yang benar dan salah)
"Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan." (al-Anfal: 29)

Dipetik dari

Jika Allah Maha Pengasih … Kenapa Disediakan Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan diri kita jugak."

Dipetik dari

Selasa, 18 Ogos 2009

DOA JAUHKAN WABAK PENYAKIT

DOA JAUHKAN WABAK



Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa. AMIN..

Isnin, 17 Ogos 2009

Panduan menghadapi Wabak...Jangan Lupa Berdoa

virus

Sudah diketahui umum  penyakit  virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 32  kes kematian . Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.


Sebagai panduan kepada kita disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:


1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:


“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.


2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:


“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)


Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.



3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:


” Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)


Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk bersama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya



4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

    Nabi saw bersabda: “Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)


Nabi saw bersabda: Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)


Hadis-hadis  ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan di antara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.


Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.


5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.


Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.


Nabi saw bersabda:


“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)


6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).


Aisyah ra bertanya berkata:




“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.”
(Hr Bukhari)


7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:


“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab: “Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)


Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.


8. Sengaja  memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.



Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:


“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)


Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan “ memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan sengaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.” . semoga kita semua dilindungi dari bala` dan wabak ….Amin Ya Rab…


Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati. - Sumber  Blog


Risalah Ramadhan


Saudaraku muslim dan muslimah…

Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

Kami sampaikan risalah ini kepada Anda dengan penuh kerinduan dan penghormatan. Kami sampaikan risalah ini dari lubuk hati kami yang paling dalam, disertai luapan rasa cinta kami kepada Anda karena Allah. Kita mohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar Dia mempertemukan kami dan Anda kelak di Syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan dan rahmat.

Saudaraku muslim dan muslimah…

Sehubungan dengan akan datangnya bulan Ramadhan, kami sampaikan sebuah nasihat sebagai sebuah hadiah yang berharga. Kami tidaklah membuat sesuatu yang baru dalam nasihat ini, melainkan sebagai suatu pengingatan yang insya Allah akan bermanfaat untuk orang-orang yang beriman. Kami harap, semoga Anda berkenan menerimanya dengan lapang dada dan mendoakan kita semua agar senantiasa dijaga, dibimbing oleh Allah Yang Maha Kuasa di jalan yang diridhai-Nya.

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:

[1]. Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kesturi.

[2]. Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai ia berbuka puasa.

[3]. Dibukanya pintu-pintu surga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.

[4]. Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan

[5]. Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa

[6]. Diikatnya syaithan

Saudaraku muslim dan muslimah...

Bagaimanakah kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan kekhususan dan keutamaan ini? Apakah disambut dengan perbuatan yang sia-sia? Berjaga semalaman? Berfoya-foya? Naudzu billahi min zalik.

Sesungguhnya hamba yang soleh akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan ini dengan taubat yang murni kepada Allah, meminta ampunan kepada Allah dan bertekad kuat dan jujur, serta berupaya meningkatkan amal soleh dengan tetap mengharap pertolongan Allah agar Dia memudahkan kita untuk beribadah kepada-Nya.

Saudaraku muslim dan muslimah...

Berikut ini adalah beberapa amal soleh yang wajib dikerjakan atau sangat dianjurkan dilakukan:

[1]. Berpuasa

Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud:

”Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kesturi.”

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :
”Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” [Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim]

Saudaraku muslim dan muslimah...

Tidak diragukan lagi bahawa balasan yang sangat agung tersebut tidaklah diberikan kepada orang yang sekadar meninggalkan makanan atau minuman saja! Akan tetapi hanya sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
”Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan keji serta amal perbuatan keji, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memerlukan puasanya yang sekadar meninggalkan makanan dan minuman” [Hadits Riwayat Imam Bukhori]

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda lagi, yang bermaksud:
”Puasa itu perisai, maka apabila seseorang berpuasa, hendaklah dia tidak berbuat lucah (perbuatan yang menjurus kepada hubungan seksual), tidak berbuat kefasikan, tidak berbuat suatu kebodohan. Apabila seseorang mencaci makinya, hendaklah dia mengatakan: Saya sedang berpuasa!” [Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim]

Saudaraku muslim dan muslimah...

Bila Anda berpuasa, maka hendaknya puasa pula pendengaran, penglihatan dan lisan Anda, serta berpuasalah juga seluruh anggota tubuh Anda! Janganlah keadaan Anda saat berpuasa sama dengan keadaan Anda ketika tidak berpuasa!

[2]. Qiyamu Ramadhan Iaitu Solat Tarawih

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda yang membawa maksud :
”Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” [ Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim]

Ada sebuah peringatan penting, yaitu hendaknya kita menyempurnakan solat tarawih berjama’ah di masjid bersama imam solat, agar kita dicatat sebagai orang-orang yang mendirikan qiyamu Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
”Barang siapa yang mendirikan qiyamu Ramadhan bersama Imamnya sampai selesai, maka dicatat baginya pahala Qiyamu Ramadhan semalam penuh’ [ Hadits Riwayat Ahlus Sunan]


[3]. Bersedekah

Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
”Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” [Hadits Riwayat Tirmidzi].

Diantara bentuk-bentuk sedekah di bulan Ramadhan adalah:

[a]. Memberi makanan

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

”Ertinya : Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka Karena kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera”. [Al-Insan : 8 – 12]

Sesungguhnya salafus soleh (generasi pendahulu umat Islam yang soleh] amat bersemangat untuk memberikan makanan baik kepada yang memerlukan atau kepada teman yang soleh, melebihi semangat menjalankan amal yang lainnya.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya dari buah-buahan surga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” [Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi].

Sebahagian salafus soleh ada yang memberikan makanan kepada saudara-saudaranya kaum muslimin, padahal dia sendiri berpuasa, mereka tidak sekadar memberi makanan, tetapi juga turut duduk sambil berkhidmat (melayani) kebutuhan mereka.

[b]. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:

”Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.” [Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah]

[4]. Bersungguh-Sungguh Dalam Membaca Al-Quran, Mempelajari Tafsirnya dan Memahaminya

Saudaraku muslim dan muslimah...

Bersungguh-sungguhlah dalam membaca Al Qur’an Al- Karim. Bacalah dengan penuh tadabur dan kekhusyuan. Sesungguhnya salafus soleh, semoga Allah merahmati mereka, benar-benar tersentuh hatinya dan terpengaruh dengan Al Qur’an Al-Karim. Dalam sebuah hadits riwayat Imam Baihaqi dari sahabat Abu Hurairoh, semoga Allah meridhainya, beliau berkata: ”Ketika turun ayat Al Qur’an :

”Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” [An-Najm : 59-60]

Ahlus Sufah (para shahabat Nabi yang tinggal di Masjid Nabawi) menangis, berlinang air matanya. Ketika Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam mendengarnya, maka beliau pun turut menangis. Kami (para shahabat Nabi) pun menangis karenanya. Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda: ”Tidak akan disentuh api neraka, orang yang menangis karena takut kepada Allah”.

[5]. Tetap Duduk di Masjid Setelah Solat Subuh Berjamaah Sampai Terbit Matahari

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa duduk di tempatnya setelah solat subuh sampai terbit matahari. [Hadits Riwayat Imam Muslim]

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Barang siapa yang solat subuh berjama’ah lalu tetap duduk setelahnya, berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit, lalu dia solat dua raka’at maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna” [Hadits Riwayat Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah]

Saudaraku muslim dan muslimah...

Besarnya pahala yang Allah berikan atas amalan tersebut adalah amal yang dilakukan di hari-hari biasa, maka apalagi seandainya amal tersebut dikerjakan di bulan Ramadhan?

Marilah kita solat subuh berjama’ah di masjid, lalu setelahnya membaca dzikir atau wirid sesudah shalat, lalu membaca dzikir pagi dan sore yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, atau membaca Al-Qur’an Al-Karim sampai terbit matahari, lalu setelah terbit matahari, solat sunat dua raka’at. Sungguh Allah telah menjanjikan pahala yang besar, seperti pahala haji dan umrah!

[6]. I'tikaf

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa i’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan di tahun terakhir sebelum wafatnya, beliau beri’tikaf selama dua puluh hari terakhir bulan Ramadhan. [Hadits Riwayat Imam Bukhori]

I’tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yaitu berdiam diri di masjid, tidak keluar dari masjid sampai malam Aidil Fitri dengan melaksanakan berbagai amal ketaatan kepada Allah seperti solat wajib berjamaah, solat sunat, memperbanyak berdoa, berdzikir, beristighfar, bertaubat, membaca Al-Qur’an Al-Karim dan amal soleh lainnya.

[7]. Umrah di Bulan Ramadhan

Umrah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang amat besar, bahkan sama dengan pahala haji. Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji atau haji bersamaku” [Hadits Riwayat Imam Bukhori]

Tetapi wajib diketahui, meskipun umrah di bulan Ramadhan berpahala menyamai haji, tetapi ia tidak bisa menggugurkan kewajiban haji bagi orang wajib melakukannya.

Demikian pula halnya solat di Masjidil Haram di Mekah dan solat di Masjid Nabawi di Madinah pahalanya dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan kita untuk dapat umrah di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

[8]. Mencari Lailatul Qadr

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Artinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” [Al-Qodr: 1-5]

Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu lail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. [Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim]

Adapun qiyamu lail yang dimaksud adalah menghidupkan malam tersebut dengan solat tarawih, membaca Al -Qur’an Al-Karim, berdoa, berdzikir, beristighfar dan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam senantiasa berusaha kuat untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau memerintahkan para shahabatnya untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau pun membangunkan keluarganya pada malam-malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan harapan agar mendapatkan malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar terjadi pada suatu malam diantara malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

Ummul Mukminin, Aisyah, semoga Allah meridhainya, pernah bertanya kepada Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam : Wahai Rasulullah, bila aku mendapati malam lailatul qadar, doa apakah yang sebaiknya saya baca? Maka Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda: Bacalah

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibul al-afwa fa’ fu ‘anniy” :

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka untuk memberi ampunan, maka ampunilah aku ” [Hadits Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkannya]

[9]. Memperbanyakkan Dzikir, Doa dan Istighfar

Saudaraku muslim dan muslimah...

Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak dzikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain yaitu:

[a]. Saat berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

[b]. Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.

[c]. Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

”Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” [Adz- Dzariyat: 18]

[d]. Mencari suatu saat dikabulkannya doa di hari Jumaat, yaitu di suatu waktu antara asar dan maghrib di hari Jumaat.

Saudaraku muslim dan muslimah...

Ada beberapa perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi baik di luar Ramadhan, terlebih lagi di bulan Ramadhan, diantaranya:

[1]. Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia lainnya. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.

[2]. Tidur di sebagian waktu solat wajib.

[3]. Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman

[4]. Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid.

[5]. Berbohong dan berbuat perbuatan sia-sia

[6]. Menyia-nyiakan waktu

[7]. Berkumpul bersama teman-teman untuk kegiatan yang sia-sia, mengata,mengumpat, gosip dan semisalnya

[8]. Kaum wanita menghabiskan sebagian besar waktunya untuk memasak makanan.

Saudaraku muslim dan muslimah...

Ketahuilah bahwa hal yang tak kalah pentingnya adalah ikhlas! Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan dahaga! Betapa banyak orang yang mendirikan solat terawih tidak mendapatkan apa-apa selain penat dan letih! Kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari hal demikian. Oleh karena itu Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam menekankan dalam banyak sabdanya : ” Dengan keimanan dan mengharap pahala Allah”. Kita mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menganugerahkan keikhlasan dalam ucapan, amalan kita, baik ketika sendirian maupun bersama orang banyak. Ya Allah, kabulkan permohonan kami ini.

Saudaraku muslim dan muslimah...

Perhatikanlah nikmat usia dan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita! Sungguh umur kita terbatas! Pernakah Anda berfikir, mana orang-orang yang tahun lalu berpuasa Ramadhan bersama kita? Ke manakah orang-orang yang tahun lalu solat tarawih bersama kita? Sebahagian mereka ada yang sudah dijemput oleh malaikat maut! Sebahagian lagi terbaring sakit! Sehingga mereka tidak kuat berpuasa dan solat tarawih. Maka pujilah Allah! Bersyukurlah kepada Allah, wahai Saudaraku!

Berbekalah mulai sekarang juga! Sungguh, sebaik-baik bekal adalah taqwa!

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesempatan untuk berpuasa Ramadhan dan mendirikan Qiyamu Ramadhan, dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang diterima amalan-amalannya dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Amin.

Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Akhir doa kami adalah Alhamdulillahi rabbil ’alamin.

Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu

[Diterjemahkan (dengan penyesuaian) dari buletin ”Risalah Syahri Ramadhan” karya Kholid bin Abdullah Al Hamudiy oleh Bukit Adhinugraha, Bogor 16 Sya’ban 1428 Hijriyah]

Ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna


Petikan Ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna Sempena kedatangan Ramadhan Al-Muazzhom

Kita panjatkan puji syukur ke hadirat Allah swt. Kita ucapkan shalawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.
Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:

Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...


Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.
Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ;
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.
Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini.
Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.
“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya.
Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya,
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)
Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.
“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185)
Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda,
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"

Wahai Akhi, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.
Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.
” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1. Perbaikan Aqidah

Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahwa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa saja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahwa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.
Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah;
“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,
“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman di surat yang sama;
“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.”
(Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman;
“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. berfirman;
“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.”
(At-Takatsur: 1-4)

Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah

Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.”
(Al-Baqarah: 43)
“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.”
(Al-Baqarah: 183)
“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)
Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.

3. Pengaturan Akhlak

Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt.
“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.”
(Asy-Syams: 7-8)
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d:11)
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 19-24)
Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras.
“Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).”
(Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi”
(Al-Baqarah: 219),
lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz saja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.

Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.





Ahad, 16 Ogos 2009

Berzina Kerana Ikhlas



mohd naim mohd zain

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Solat Hajat Perdana SKTL 2009

SKTL,endau: Majlis Solat hajat perdana II telah diadakan pada 14 Ogos 2009, diSurau An Najjah SKTL, ambo macam biasalah sebagai pak imam bergandingan mentop bersama ustaz Aziz, majlis tersebut berlansung bermula pada pukul tujuh malam, bermula dengan ketibaan ibu/bapa dan murid sampailah majlis tamat pada pukul 9.30 malam, dikhatamkan dengan acara paling ditunggu2 iaitu makanlah aper lagi.....




Ari nie, betapalah kurang bernasib baik ambo, semasa nak datang ke sekolah dalam pukul 6.00 petang, ambo dah siap berbaju melayu siap starika lagi, konon-kononnya nak datang awal daripada yang lain, ambo turun dari umah naik motor, tengok langit kat tanjong Gemok clear jah, x dak nampak nak ujan, jap lagi tengah syok bawak moto, tengok atas jambatan mendung jah... x pe lagi... ambo gagahi jua bawak moto, ujan x kuat kot, bisik hati ambo.... sesampai jah ambo atas jambatan endau, ujan terus lebat bagaikan air paip atas kepala ambo, kejap jah habis semua kain baju ambo basah, x kan ambo nak sembahyang ajat pakai kain basah... jadi nyoh!, ambo pusing balik umah salin pakaian lain dan bertolak semula ke sekolah, ingatkan ujan dah kurang.... masih sama lagi, ambo masih lagi kebasahan... selamatlah sampai je kat sekolah, dalam kereta ambo, yang ambo tinggalkan kat sekolah ade, lehlah tukar pakaian ... dan meneruska agenda amanah tugasan ambo pada malam ni.... beres!... syukur kepada Allah yang memberi setiap ujian untuk menguji hambanya....

kehadiran ibubapa pada malam, kira boleh tahanlah.... ramai jugak, teriima kasih kepada semua yang hadir, kita sama-sama mendoakan semoga murid SKTl pada tahun ini, dapat kecemerlang dalam peperiksaan nanti, dan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat... ambo beres sokmo....

sorri gambar x dan nak ambik sebab ambo jadi tok imam....

Catatan Lewat :Pengkebumian Ustaz Asri Rabbani...

Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.


Antara rakan-rakan dan kaum keluarga yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah Asri.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.



Suasana sedih menyelubungi rumah arwah di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.


Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah)


ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

Amy Search juga hadir sebagai penyanyi yang pernah berduet dengan arwah.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.


"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Mas Omar turut hadir.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Yasin antara artis yang hadir.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Antara anggota kumpulan Raihan yang hadir melawat jenazah Asri.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan. - mstar

Siapa Sebenar yang Menghina Islam? fikir-fikirkan...

Bila DAP menghina Islam ramai yang marah...diikuti pulak dengan laporan di Utusan dengan tajuk

DAP boleh hina Islam - Nik Aziz (betol ke TGNA cakap lagu tuu...? jangan nanti kena saman pulak )

seperti yang TGNA cakap..

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.


“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. - Bernama

adakah gadis melayu/Islam ini tidak menghina Islam..??
http://1.bp.blogspot.com/_DW3Bp12L7YI/SZrlddA3UaI/AAAAAAAAUSA/WD88Rej8Ico/s400/arak.jpg
adakah perlakuan melayu/Islam ini tidak menghina Islam..??
[kj2.JPG]
adakah pemimpin melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?


[3.jpg]
adakah orang melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?



http://2.bp.blogspot.com/_dq3_4kpRdy8/SCpLNlVf_GI/AAAAAAAACHY/T4unrdHtDxE/s400/mat%2Brempit.PNG
adakah remaja melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?

http://3.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/RwFK3HBv-_I/AAAAAAAAB4w/XiIR_a88Pg0/s200/rosmah1.jpg
adakah perbuatan isteri pimpinan negara melayu /Islam ini tidak menghina Islam..?


Anak Melayu menempa sejarah pulah dalam pelaburan Arak di Filipina.... Itu pasal pemimpin UMNO semua dia...bila isu arak.. cuma Pemuda UMNO yang bengong saja dok heboh .(baca sini). Adakah ini tidak hina Islam??



Tidakkah apa yang kebanyakkan orang melayu/Islam sekarang buat banyak menghina Islam..kenapa kita pertikaikan bukan Islam hina Islam..sedangkan kita yang mengaku Islam tidak mempertahankan kesucian Islam itu sendiri..?

kenapa kita tidak cermin diri kita bila kita nak mengherdik orang..? di manakah kesungguhan kita mempertahankan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita terlebih dulu telah menghina Islam..bukan setakat perkataan malahan dengan perbuatan lagi..

Bagaimana bukan Islam nak hormat Islam..sedangkan umatnya sendiri tidak menghormati ugamanya..ummi cukup rasa malu bila umat Islam sendiri tak nak menjaga maruah diri dan agamanya..

jadi salahkah mereka yang tidak tahu keindahan Islam menghina Islam.. ? keindahan Islam telah dizahirkan buruk oleh penganutnya sendiri...secara peribadi ummi memang rasa terkilan sangat kerana mereka sudah mencampuri urusan agama kita...tetapi kelantangan mereka adalah kerana kelalaian kita juga..

bagaimana kita nak mereka hormat Islam...?? senang saja..seluruh umat Islam yang mengaku dia Islam kenalah mengamal apa yang diperintah Allah dan tinggalkan yang dilarang Allah..InsyaAllah dengan sendirinya Islam itu akan dipandang mulia oleh seluruh makhluk..

Wallahua'lam..

~UMMIANNI~dipetik dari: Pemuda Besut Blogspot.

Apa Kata Mereka Mengenai Islam...


William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898)
Mantan PM Britain zaman Queen Victoria
"Selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". -
(ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )




Theodore Hertzel
-pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 )
"Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam...jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jawatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.


Lord Cromer
-Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis
"Bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "

Sabtu, 15 Ogos 2009

Keberanian Rasulullah dalam Penyertaan ke Medan Perang


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ وَسَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ وَأَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ وَأَبُو كَامِلٍ وَاللَّفْظُ لِيَحْيَى قَالَ يَحْيَى أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَشْجَعَ النَّاسِ وَلَقَدْ فَزِعَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَانْطَلَقَ نَاسٌ قِبَلَ الصَّوْتِ فَتَلَقَّاهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاجِعًا وَقَدْ سَبَقَهُمْ إِلَى الصَّوْتِ وَهُوَ عَلَى فَرَسٍ لِأَبِي طَلْحَةَ عُرْيٍ فِي عُنُقِهِ السَّيْفُ وَهُوَ يَقُولُ لَمْ تُرَاعُوا لَمْ تُرَاعُوا قَالَ وَجَدْنَاهُ بَحْرًا أَوْ إِنَّهُ لَبَحْرٌ قَالَ وَكَانَ فَرَسًا يُبَطَّأُ

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang paling baik, dermawan dan berani. Pernah pada suatu malam penduduk Madinah dikejutkan oleh suara yang kuat. Orang ramai kemudiannya berangkat menuju ke arah suara tersebut lalu berjumpa Rasulullah s.a.w, ketika itu baginda baru sahaja pulang dari tempat suara tersebut. Baginda telah mendahului mereka pergi ke arah suara tersebut. Pada waktu itu baginda menaiki kuda kepunyaan Abu Talhah. Di leher kuda itu, terdapat sebilah pedang. Kemudian baginda bersabda: Kamu tidak perlu takut, kamu tidak perlu takut. Anas berkata: Rasulullah s.a.w kembali semula ke tempat kami sepantas kilat. Anas berkata lagi: Ketika itu kuda baginda berjalan perlahan.

HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : Kelebihan
BAB : Keberanian Nabi s.a.w Dan Penyertaan Baginda Ke Medan Perang

Nabi s.a.w Adalah Seorang Yang Amat Dermawan




حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ أَبِي مُزَاحِمٍ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ يَعْنِي ابْنَ سَعْدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ ح و حَدَّثَنِي أَبُو عِمْرَانَ مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرِ بْنِ زِيَادٍ وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w adalah Seorang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Malaikat Jibril a.s telah bertemu dengan baginda setiap tahun pada bulan Ramadan sehingga berakhir Ramadan. Rasulullah s.a.w membaca Al-Quran di hadapannya. Apabila Rasulullah s.a.w bertemu dengan Malaikat Jibril, maka baginda adalah orang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan melebihi angin kencang yang diutuskan.



HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : Kelebihan
BAB : Nabi s.a.w Adalah Seorang Yang Lebih Dermawan Dalam Hal Hal Kebaikan Daripada Angin Yang Diutuskan

Petua Pelajar Cemerlang


1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.

2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan

3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru

4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar

5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal

6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu

7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)

8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca

9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu

10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah

Aku dan Solat


Aku tidak sepatutnya bersikap begini. Sepatutnya, aku betul-betul mengambil berat dengan solat. Aku mestilah sedar bahawa aku adalah seorang Islam dan solat pula adalah rukun dan tanda keislamanku. Tanpa solat, di manakah tanda keislammanku? Lainlah kalau aku hanya mahu menjadi seorang Islam tanpa tanda dan lambang keislaman.
Sejak kecil lagi, aku diajar dengan kepentingan solat. Awalnya, aku belajar mengerjakan solat melalui pengamatanku terhadap solat ibu, ayah, abang-abang dan kakak kesayanganku. Aku lihat mereka qiam, aku qiam, mereka rukuk aku rukuk, mereka sujud aku sujud, dan begitulah seterusnya. Di sekolah pula para ustaz mengajarku teori-teori solat. Alhamdulillah kerana mereka adalah para muslim yang bersolat dan aku boleh meneladani mereka.
Kini, setelahku dewasa, aku sepatutnya lebih mengambil berat dengan solat. Kalau dulu, ibu, ayah, kakak dan abang-abang sentiasa mengingatkan daku dengan solat. Belum lagi azan berkumandang, mereka telah mengingatkan daku dengan solat. Tapi kini setelahku dewasa, aku mesti pandai menjaga diriku. Tambahan lagi aku berada berjauhan dengan mereka.
Kini setelahku dewasa, aku lebih memahami dengan apakah itu “solat”? Aku tahu, kalau aku meninggalkan solat, aku berada dalam keadaan yang sangat meruncingkan. Aku sedar bahawa aku sudah lagi tidak dianggap sebagai muslim pada pandangan sebahagian sahabat Nabi s.a.w. dan para ulamak mujtahid. Keislamanku sudah dipertikaikan. Adakah aku mahu meninggalkan solat?
Aku juga pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir. Samada kafir nikmat atau kafir yang sebenar, namun kalimah yang digunakan ialah kalimah kufur. Aku berfikir sendirian, bahawa seorang yang sangat penyantun dan merupakan contoh dan rahmat bagi sekalian alam sudah tentu tidak akan mengeluarkan kata-kata mengkufurkan orang yang meninggalkan solat, kalaulah solat itu satu perkara yang kecil.
Kerana ini, aku bukan sahaja mesti berazam, bahkan mesti berusaha untuk menjaga solat. Aku tahu, ganjaran bagi orang yang bersolat adalah syurga, manakala balasan bagi yang tidak termasuk dalam golongan orang yang bersolat adalah “Saqar”. Adakah jika aku tidak menjaga solatku, Allah tidak akan mencampakkan aku ke dalamnya? Atau neraka “Saqar” itu hanyalah untuk manusia-manusia lain selain aku? Ah…Aku dan mereka sama sahaja di sisi Allah SWT. Kerana itu mulai dari saat ini, aku mesti menjaga solatku. Aku tidak akan melewat-lewatkannya sehingga terkeluar daripada waktunya.
Kalaulah sebelum ini aku selalu solat lewat pada waktunya, terutamanya solat subuh, maka aku mesti berubah. Aku sedar betapa kecewanya ibu ayah yang sentiasa mendidikku jika mereka mengetahui aku banyak terlalai sehingga sanggup melengah-lengahkan solat. Aku mesti insaf. Aku mesti menjaga solatku. Aku mesti tidur lebih awal untuk bangun solat subuh, jika dengan lewat tidurku itu membawa kepada lewatnya solat subuhku. Aku tidak mahu termasuk dalam golongan yang difirmankan Allah SWT: “Maka celakalah bagi orang yang bersolat, pada hal mereka lalai daripada solat mereka”. Aku takut neraka. Aku tidak mampu menanggung azabnya. Ya Allah selamatkan aku daripada azab neraka. Amin Ya Rabbal Alamin.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Ah, dan azan asar pun. Aku mesti segera bersolat. Tapi, adakah aku bersolat di rumah atau di masjid? Mana satu yang lebih baik untukku? Alah, kat rumah sajalah. Kalau bersolat kat rumah sekalipun, solatku dah sah. Tapi, apa pula hukum solat berjemaah? Sepanjang yang aku tahu ia adalah perkara khilaf. Ada ulamak yang mengatakan fardhu ain, ada yang kata fardhu kifayah dan ada yang mengatakan sunat muakkadah sahaja. Tapi, ketiga-tiga pendapat tadi pada dasarnya sama sahaja. Mereka semuanya menggalakkan solat berjemaah. Bezanya, ada yang mengatakan wajib, dan ada yang mengatakan sunat. Semuanya adalah suruhan. Dan tiada seorang ulamakpun yang mengharamkannya atau menganggapnya makruh.
Kerana itu, kenapa aku mesti bersolat di rumah? Ia bukanlah suruhan Allah dan Rasul. Ia juga bukan perkara yang disyorkan oleh ulamak. Lainlah kalau aku ni seorang wanita. Maka mereka lebih baik bersolat kat rumah. Kalaulah aku sebagai muslim tidak menghidupkan masjid, maka siapa lagi? Takkan aku nak mengharapkan kaum kafir musyrikin untuk mengimarahkannya?
Aku juga pernah mendengar seorang penceramah yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak hanya menyuruh kita bersolat, tetapi menyuruh kita mendirikan solat. Katanya: “Jauh bezanya antara bersolat dan mendirikan solat”. Rasulullah s.a.w. pula ada bersabda bahawa membetulkan saf itu termasuk dalam mendirikan solat. Bagaimana mungkin aku memperbetulkan saf kalau aku solat berseorangan di rumah? Kalau begitu aku hanya bersolat dan bukannya mendirikan solat. Kalau begini, aku mesti ke masjid. Aku akan mendapat 27 kali ganda pahala daripada orang yang bersolat di rumah. Kalau aku bersolat jemaah di masjid, bererti aku telah menghidupkan sunnah. Ini kerana Rasulullah s.a.w. tidaklah bersolat fardhu di rumah, kecuali ketika uzur.
Bila aku membaca kitab hadis, aku masih teringat kata-kata salah seorang murid Rasulullah s.a.w., iaitu Ibn Mas’ud r.a.: “Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan kepada kamu sunnah yang perlu diikuti. Sebahagian daripada sunnah tersebut ialah solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. Dan jika kamu bersolat di rumah-rumah kamu, nescaya kamu telah meninggalkan sunnah Nabimu. Dan jika kamu meninggalkan sunnah Nabimu, maka kamu akan sesat”.
Aku fikir, mungkin kerana inilah Rasulullah s.a.w. mengancam untuk membakar rumah-rumah orang yang tidak keluar berjemaah di masjid. Kerana inilah juga Rasulullah s.a.w. tidak memberikan ruhksah kepada seorang yang buta yang meminta kebenaran baginda untuk bersolat di rumah. Alasannya ialah, kerana dia masih lagi mendengar azan. Aku mesti bersegera untuk ke masjid. Aku sudah insaf. Aku mahu mendirikan solat sebagaimana sunnah Rasulullah s.a.w., supaya solatku ini diterima Allah SWT. Aku mahu solatku ini mampu mencegahku daripada perkara-perkara yang keji dan munkar. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk di kalangan orang yang mendirikan solat dan juga kepada zuriatku. Ya Allah, terimalah permohonan doaku ini. Amin.

Disediakan Oleh: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail

Terangi Hatimu Dengan Kalamullah